Monday, September 20, 2010

~ petiklah bunga itu ~

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
yuh baca, hayati, fahami dan ambil ibrah drpd puisi kat bawah ni,
~ i'm just copying from iluvislam ~
Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Ain Farhana
Editor: Isyrak



Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]

~ moga daku diberikan kekuatan..
kenapa mesti sang kumbang yg gagah memilih si bunga yg cantik2 je?? 
~ fikir, fikir, danteruskan berfikir!!! ~

Monday, September 13, 2010

~ hatiku, buatmu temanku ~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
بسم الله الرّحمن الرحيم

sebelum kata terus diatur, yuh sama2 kita istighfar di atas segala dosa juga salah silap..
أسثغفروا الله العظيم 
moga Allah penerima lafaz istighfar kita hamba yg hina..
sesungguhnya baginda Nabi Muhammad s.a.w yg tlh dicatatkan syurga baginya pun paling kurang beristighfar 70x dlm sehari..
juga ucapan ألحمد لله jangan pernah dilupa..
siapa kita makhluk tanpa Khaliq yg daripadaNya datang dan akan kembalinya segala kenikmatan yg kita rasa sekarang, segalanya MILIK DIA..

ok yuh sama kita baca satu kisah..
ambil daripada kisah atau mungkin juga luahan hati seorang teman, tp bila baca luahan hati atau mungkin juga diarinya tersentak hati.. (kisah berkait dganku), hopefully dapat perkongsian pendapat atau mungkin juga feedback drpd teman2 pembaca blog..

"bismillahirrahmanirrahim...
dgn nama Allah Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang..
ampunkan aku di atas segala kekhilafanku..
teman...
hari ni sorang lagi hati 'teman' telah kusakiti,
sungguh ia bukan niatku..
salahkah aku berkawan dgn dia, dia, dia dan dan lain2??
teguran ibu>> 1) jangan terlalu sombong dgn lelaki, kelak mereka juga yg akan menyudahkan jenazahmu, yg akan mendirikan solat buatmu dan mereka juga yg akan membantu utk mengebumikan jenazahmu, 2) jangan terlau garang, takut2 xde yg meminang ^_* << betul2 membuatkan hati kecilku ini tersentak terutama ayat yg 1st tu..
dlm diam aku mengakui, dan sungguh aku x boleh lari drpd ayat ni >ar-rijal qauwamuna 'ala nisa'<
tapi bila sekali membenarkan dan merelakan diri utk berkawan, tak sangka macam ni pula jadinya..
tp,
peringatan buat diriku juga dirimu teman,
"لا نكلّف نفسا الاّ وسعها"
mafhum ayat drpd surah al-Mukminun ayat 62 yang bermaksud "Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kemampuannya"
tp teman,
sungguh aku bukan seorang yg betul2 kuat..
suatu ketika aku dikurniakan dgn satu perasaan 'suka' pd seseorang tapi apa yg pasti hatiku lebih berat menyatakan perasaan 2 x betul.. serius kurasakan ia salah!!

w/pun kini baru beberapa 'teman' yg mendekati tp betul2 kurasakan berat..
walau dia seorang penghibur hati, walau dia penasihat diri, dan walau dia kupandang tinggi pd ilmu dan sahsiah diri..
tp serius kukatakan aku still punya rasa bersalah dlm diri....
bkn kerana mereka, tp kerana diriku...
sungguh aku x pandai menjaga hatiku sendiri, hati orang apatah lagi...
aku mudah jatuh hati dgn cara orang..=(
love is a mess??
teman, 
bukan ku tak mahu kalian menjadi temanku cuma rasenye tak dapat nak teruskan sbb rasa bersalah..
usah ditanya rasa bersalah kenapa kerana tlah kusampaikan kpd kalian ttg rasa hatiku ini, mudah2an kalian memahami..
maafkan aku teman,
kdg2 sengaja kucari alasan utk tidak membalas msj2 kalian dgn harapan 'aku tidak perlu menunggu, begitu juga kalian'...
rasa bersalah selalu dtg tatkala bersendirian di atas sejadah,
'kenapa perlu aku menunggu, memikir atau mengharapkan kalian sedangkan aku masih punya tanggungjawab lain??'

teman sedarlah,
kitalah umat akhir zaman yg disabdakan baginda Nabi Muhammad s.a.w dan dijanjikan Allah bahawa kitalah yg akan menghadapi dunia akhir zaman yakni zaman kemenangan dan kebangkitan semula Islam di muka bumi, juga di zaman inilah kita akan berhadapan dgn dajjal laknatullah..
terlalu banyak yg berlegar di ruangan kepala tp andai masih diriku di sini dgn caraku iaitu mengharapkan kalian utk sesuatu perkara yg bagiku belum tiba masanya,
bagaimana Islam nak mengharapkan kita umatnya??
bagaimana Islam nak mengharapkan umat akhir zaman utk menegakkan hukum2 Allah dan mengembalikan zaman kebangkitan khalifah??

renungkan,
betapa susahnya baginda Nabi Muhammad dan rasul2 sebelumnya dlm menegakkan kalimatul haq,
betapa peritnya para sahabat, tabiin juga yang seangkatan sgn mereka dlm meneruskan perjuangan dan kemenangan semasa baginda masih ada,
betapa pedihnya Sallahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh, para mujahidin dan syuhada' serta ikhwanul muslimin dlm mempertahankan kedaulatan Islam,
sedangkan kita..???
selalu terleka memikirkan dia walhal semuanya belum pasti selagi belum diakad nikah..

sungguh, rasa bersalah datang lagi..
(moga Allah tidak menarik rasa bersalah ini dan biarkan aku juga kamu temanku terus di dalam kelalaian)
teman, 
jadikan pengalamanku, pengalamanmu juga teman2 lain sebagai tauladan dan sempadan buat kita..
moga di masa akan datang diriku akan lebih beringat..
maafkan diriku dunia akhirat,
'izinkan aku menghilang',
dan doakan kesejahteraan bersama..
tak perlu dicari ke mana perginya diriku, insyaAllah 'andai ada jodoh  tak ke mana'...
buat masa ni rasanya hatiku belum terbuka utk berkawan..
kupohon diriku tidak dihubungi buat masa ni..
'mungkin belum masanya', itu yg kurasa
cuma permintaanku, andai kalian mendapat khabar pemergianku kerana dijemput Dia Allah Pemilik diriku juga dirimu,
sedekahkan al-Fatihah dan doa buat diriku...
moga kesalahan dan kesilapanku di sini bukan menjadi pemberat kiriku di sana nanti..

ikhlas dari hatiku buatmu teman,"

sekian sahaja drpd temanku, tak semua dapat kuceritakan utk menjaga maslahat sesetengah pihak..
sekian juga drpd anah, cuma pesananku buatmu teman2ku;
1) diriku bukan kuat perasan tp rasenye nak tukar nombor fon dan jauh drpd antum (tak termasuk antunna), jd harapnya antum dapat membantu ana kerana antum 'syabab harapan agama'!!
terpulang apa kata dan nilaian antum juga antunna ttg anah, mudah2an keputusanku x salah..
2) dlm cerita kat atas, 'buang yang keruh, ambil yg jernih', moga ada manfaatnya w/pun mungkin perkara ni remeh utk sesetengah pihak..
3) anah bukan seorang yg pandai menjaga hati sendiri, hati antum (termasuk antunna) apatah lagi... maafkan anah dunia akhirat
4) PERTIMBANGKANLAH KEPUTUSANMU UTK MENYAYANGI DAN DISAYANGI AJNABI
~ izinkan anah menghilang ^_* ~
~ mana2 pihak yg terasa hati dgn entry kali ni, asif jiddan.. sebetulnya ia bkn hanya untuk kalian yg terasa tp juga sebagai perkongsian dgn teman2 lain..

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, September 6, 2010

~ hati 3, 5, 8 ~

assalamualaikum warahmatullah..

(mood tgh malas nak menaip tp semangat nak share tinggi dan rindukan teratak perkongsian, dowh ada yg x kena ni ^~^)

sblm kata diatur, sblm bicara dilafazkan dan sblm tangan diteruskan utk menaip..
syukur, syukur, syukur..
alhamdulillah syukur krna masih diberi ruang masa dan kesihatan utk terus mengerjakan ibadah dlm bulan Ramadhan 1431h..
mudah2an ramadhan kali ni membawa suatu perkara baik dlm hidup kita..
mana2 individu yg terasa diuji dan teruji, 
ingatlah bahawa "dalam setiap kesusahan ada keberkatan" insyaAllah..
* syukran kpd teman2 yg sudi berkongsi kata dgn anah *

ok lah, back 2 topik..

3, 5 dan 8 BICARA HATI
sumber;
- ustaz mahizan b mat lazim
- masjid lama bandar taiping
- 24 ramadhan 1431h
- pinjam nota mak, huu buku sendiri x bawa ^_*

3 PENYAKIT HATI
1) sombong
2) bangga diri (ujub)
3) hasad dengki

8 TANDA TERKENA VIRUS PENYAKIT HATI
1) malas mengerjakan ibadah
2) tidak tersentuh dgn ayat2 Allah (al-Quran)
3) tidak tersentuh dgn perkara@kejadian kauniyah (kejadian alam) c/o kemalangan, kematian dll
4) bekerja utk mengumpul harta dunia sehingga terlupa urusan akhirat
5) berkawan dgn org2 yg suka melakukan maksiat
6) tidak merasakan takut apabila melakukan maksiat
7) meringankan dosa2 kecil
8) tidak mementingkan sumber pemakanan

5 CARA MENGUBAT PENYAKIT HATI
1) banyakkan membaca Al-Quran dan mentadabbur isinya
2) banyakkan berpuasa
3) mengerjakan solat malam (qiamullail)
4) perbanyakkan istighfar
5) berkawan dgn org2 yg soleh dan sukakan majlis2 ilmu

Allahu akbar!!!
nau'zubillah di atas segala kelalaian..
moga Dia sentiasa ada utk membimbing kita
"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wahablana min ladunka rahmah, innaka antal Wahhab"
"jangan Engkau pesongkan hati2 kami setelah Kau berikan petunjukMu"..

sblm ustaz mengakhiri kuliahnya, sempat ustaz ceritakan satu kisah yg anah kira menyentuh hati2 para jamaah yg datang...
> izinkan dan gembirakan juga mereka utk beraya <
*tajuk sendiri tp insyaAllah cerita ni perkongsian drpd ustaz*

suatu ketika waktu Rasullullah s.a.w sedang berjalan di hari raya, 
Rasulullah terserempak dgn sekumpulan anak2 kecil yg sedang bergembira dgn pakaian baru mereka dan bermain (gembira dgn kedatangan 1 syawal),
lalu baginda tersenyum, senang dgn keletah gembira anak2 kecil..
pastu bila nabi berjalan lagi, xjauh dr tempat anak2 itu bermain nabi ternampak dgn seorang anak kecil yg sedang duduk dlm keadaan sedih..
lalu baginda menghampiri anak itu dan berlakunya perbualan ringkas;
Rasulullah: mengapa kamu hanya berada di sini dan tidak turut serta dgn anak2 kecil itu bermain??
anak kecil: sesungguhnya Rasulullah bapaku telah syahid di medan Badar dan ibuku telah berkahwin lain dan bersama dgn suaminya..

lantas air mata baginda mengalir laju, tersentak dgn nasib seorang anak seorang syahid dlm Perang Badar al-Kubra..
lalu,
Rasulullah: mahukah kamu aku jadikan Fatimah sbgai kakakmu dan Aishah sebagai ibumu?
anak kecil itu tanpa berkata apa2 terus memeluk erat Rasulullah..
"dalam kesusahan ada keberkatan"
pastu baginda nabi membawa anak kecil itu ke rumah baginda dan meminta agar saidatina Fatimah r.ah menyediakan kpd anak itu pakaian yg baru
dan meminta saidatina Aishah menyediakan makanan yg sedap2 kpd anak kecil itu..
dgn harapan mudah2an anak itu dpt merasakan gembira sprti anak2 kecil lain..
mulianya dan pengasihnya Rasulullah..

teman, seruan ustaz;
dalam keriangan dan kemeriahan kita utk menyambut kedatangan syawal 1431h ni,
~JANGAN DILUPAKAN GOLONGAN YANG TURUT SAMA INGIN BERAYA~
tunaikan hajat mereka, "...zawil qurba wal yatama wal masakin..."
kepada mana2 yg belum tunaikan zakat fitrah, yuh jgn tangguh2 lagi takut2 x sempat atau mungkin juga terlupa..
*syukur ayah dah bayarkan utk anak2 tanggungannya*

sekian utk kali ini..
sblm tu nak wish;
"selamat meraikan eidul fitri"
moga dgn beransurnya Ramadhan 1431h bkn bermaksud beransurnya ibadah2 yg kita lakukan,
ramadhan sebagai bulan tarbiyah, bulan2 lain sebagai medan utk terukan ibadah dan penguji..
Allahu rabbi,
"tunjukkan kami jalan yg lurus,
iaitu jalan orang2 yg telah Engkau berikan nikmat kepadanya,
bukan jalan mereka yg dimurkai
dan bukan jalan orang2 yg sesat.."

p/s: 1) kepada teman2 yg nak datang beraya ke rumah, tafaddhal 'alaikum..
       2) maaf andai ada yg terasa dgn anah (sama ada baru atau da lama kenal)

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, August 30, 2010

~ akan adakah doa buat kita??? ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

huu lame rasanya tak update blog, tetiba je setting wifi laptop tertukar off9,
banyak benda nak diceritakan dan dikongsi bersama teman2, mudah2an ada manfaat diperolehi bersama... insyaAllah..
untuk entry yg dah ditaip beberapa hari sudah ni insyaAllah anah nak kongsikan satu cerita yg disampaikan encik Baharom (KJ Pendidikan Jasmani IPGKDRI) waktu kuliah ringkas antara tarawikh beberapa hari sudah kat Balai Islam Al-Muttaqin..
alhamdulillah, syukur masih dipilih dan punya kesempatan utk mendengar kuliah2 agama..

كما قال الله تعالى في قرءان الكريم,
من سورة الأنبياء (21:35) "كلّ نفس ذائقة الموت".. الى اخر اية
yang bermaksud "tiap2 yang berjiwa akan merasakan mati..."
k, jom baca + fahami + hayati + ambil 'ibrah daripada kisah di bawah
anah x ingat yg dimaksudkan encik baharom siapa tp kisah ni kisah benar yg terjadi kat sorang laki warga Singapore @ Indonesia namanya rohaizat (laki),
diceritakan rohaizat ni sorang yg berjaya kat tempatnya sebagai usahawan tp satu hari dia mengahadapi kemalangan yg membuatkannya koma selama lebih kurang 3 bulan..
lps beberapa ketika, rohaizat telah bermimpi bertemu dgn suatu lembaga yg dikatakan malaikat maut yakni Izrail..
dlm mimpinya, izrail berpesan bhwa saudara rohaizat ni akan meninggal beberapa jam slps bertemu dgnnya (malaikat), dan mengatakan bahawa dia harus mencari beberapa orang utk mendoakannya (asif, lupa berapa orang yang dimaksudkan)..

lalu bertanyalah si rohaizat ni;
1) bagaimana dgn doa2 ahli keluarganya,
2) bagaimana dgn doa2 ahli qaryah yg datang melawatnya,
3) bagaimana dgn doa2 sahabat2 sepejabatnya,
dan beberapa lagi persolan bagaimana dan bagaimana dgn doa2 org di sekelilingnya
termasuk penulis yg menceritakan kisah ini (ditulis di dlm akhbar)..

lalu jawab izrail atau mungkin juga persoalan;
1) bagaimana mungkin doa ahli keluargamu dimakbulkan sedangkan mereka x menyayangimu sepenuh hati (terlalu leka mencari harta sampai mengabaikan keluarga)...?
teman; "bukan wang ringgit yg diminta tp cukuplah sekadar menziarahi dan saling mengingati"

2) bagaimana mungkin doa2 ahli kampungmu dimakbulkan sedangkan mereka tidak mengenali dirimu..?
teman; "rajin2lah menziarahi rumah2 Allah supaya kerna janjiNya pasti.. 'yuhibbuhu wa yuhibbunahum' yakni mereka menyintai Allah dan Allah menyintai mereka'.."
- teringat ada satu kuliah kat BIAM juga suatu ketika sblm ni, "jangan sampai nanti apabila saat kematian kita bila dibawakan jenazah ke masjid @ surau, masjid @ surau itu taknak menerima kita.." sbb apa??? x pernah berjumpa pun dgn jenazah tersebut semasa hayatnya, na'uzubillah..

3) bagaimana mungkin doa2 sahabat sepejabatmu diterima sedangkan mereka membencimu kerana di saat kamu menjadi ketua, kamu mengherdik, menghina dan memaki mereka..?
" kullukum ra'iun wakullukum masulun 'an ra'iyatihi"...
teman; "mengertilah bahawa tiap drpd kita punya perasaan"..

.............. aduh, air mataku mengalir..............

namun, selepas beberapa ketika datanglah semula malaikat izrail td berjumpa dgn rohaizat 2..
dlm keadaan takut rohaizat mendengar bait2 kata sang malaikat..
"tapi kamu beruntung kerana sesunggunhya kamu telah punyai pendoa2 yang ikhlas mendoakanmu"...
sapa golongan ni???
_rohaizat tertanya begitu juga anah_
"mereka inilah anak2 yatim yg mana pada suatu masa dahulu kamu telah mendermakan wangmu utk mereka sebagai sedekah"...
alhamdulillah betapa syukurnya hati...
teman; "jangan pernah merasakan harta yg dirimu belanjakan di jalan Allah adalah sia2, semuanya kelak akan berbalik kepada dirimu"...

..........Allahu rabbi, kerdilnya terasa diriku.......

cerita disambung, slps kejadian tu rohaizat 2 diberi peluang kali kedua oleh Allah utk bangun kembali di atas "kesedaran baru" dan menceritakannya kpd penulis akhbar tesebut..
moga dapat dijadikan tauladan bersama, insyaAllah...

persoalannya kat sini, akan adakah doa buatku????
buat kita????
teman, andai satu masa nanti kalian mendengar berita kematianku,
izinkan anah meminta jasa kalian....
"doakan anah"...
tp sebelum apa2, kupohon berbilion kemaafan kpd semua terutam mereka yg pernah mengenali insan kerdil ini..
moga perjalanan di alam kemudian dipermudahkan Allah Pemilik alam...
sedekahkan al-fatihah buatku, moga diriku tenang menerima apa yg dilalui..
"dunia ini adalah ladang utk ke akhirat"
apabila datnagnya kematian, xkan dikurangkan atau ditambah masa ketentuan itu...
~ apabila tiba saat kematian itu ~

"Allahu rabbana, ampunkan kami"
pandu kami ke arah redhaMu...
'aku tanpa cintaMu bagai layang2 terputus talinya'

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, August 23, 2010

~ jika aku jatuh hati ~

بسم الله الرّحمن الرّحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
untuk entry kali ni, anah tak bercadang nak tulis panjang
just nak share salah satu koleksi video u-tube yg ada,
yuh hayati bersama, moga ada nasihat terselit di situ buat hati kita, insyaAllah..
*huu teringat tazkirah ustaz zaki mlm td slps 4 rakaat tarawikh;
dimulakan tazkirah dgn teka-teki;
dlm banyak2 nasi yg kita makan hanya satu nasi yg insyaAllah kekal,
nasi apa 2???
nasihat jawabnya..
orang putih cakap nasihat> now, see, heart
means sekarang kita lihat hati.. ^_^
antara lain point yg anah ingat ustaz ki ckp;
bersyukurnya kita kat Malaysia puasa 12 -13 jam je sehari, kat england dan beberapa tempat lagi, sampai 20 jam diorang puasa..
kat situ je dpt kita muhasabah balik kualiti puasa kita yg sekejap 2 nak banding dgn sahabat sahabiah kita di tempat yg disebut...
"Allahu rabbi, terimalah ibadah solat kami, puasa kami, doa2 kami serta hajat2 kami"..
moga2 kita tidak tergolong di antara mereka yg rugi, amiin..

~ ok lah, jom tengok video ~
Ya Allah...
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu…

Ya Muhaimin...
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati...
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah...
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah...
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
 
Allahu rabbi, ketuk hati2 kami andai kami terleka jauh dgn cinta dunia, duhai Rabb Pemilik Cinta.. Amin... 

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers