Showing posts with label akhawatku. Show all posts
Showing posts with label akhawatku. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

~ haaa, ermm ~

bismillahirrahmanirrahim..
insyaAllah ringkas tapi ada isinya
(w/pun copy-paste ^_^ )

KHUSUS BUAT MUSLIMAT
Haa... jangan tak percaya.. dalam zaman serba moden nie, solekan memang memainkan peranan yang penting dalam diri seseorang insan yang bergelar muslimah. So... di sini ada beberapa tips khas untuk muslimah. Kosnya??? percuma ajer...try lerr yaa....
  1. Jadikan Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  2. Calitkan "lipstick kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  3. Sapulah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa :al-haya" (malu) yang dibuat di salun iman.
  4. Gunakanlah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  5. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan "kelemumur" pandangan muslimin yang berbahaya.
  6. Perindahkanlah tangan anda dengan gelang "tawaddhu' " dan jari jemari anda dengan cincin "ukhuwah fillah"
  7. Sebaik-baiknya "kalung " anda adalah "kalung kesucian".
Bedakilah wajah anda dengan "air wudhu' " nescaya akan terbit nur di akhirat nanti, InsyaAllah...

Thursday, January 13, 2011

usaha!

~ muslimah yang mukminah pembentuk baldatun taiyibah ~

Thursday, January 6, 2011

~ MUSLIMAH YANG DIKASIHI ~

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........

~ masih mengumpul kekuatan utk terus blogging (banyak yg nak dikongsikan tapi...) Allahu rabbi, kuatkan hatiku.. doakan deh 
~ moga2 Allah meredhai dan mengampunkan salah silap kita, amiin

Tuesday, December 28, 2010

~ jatuh cinta, salah ke?? ~


ummul menulis: "Jatuh cinta satu kesilapan??
Limaza??...
Bukankah ia hadir dari rahmat Yang Esa??
Bukankah ia datang tanpa dipinta??
Hadir tanpa diduga??

CINTA bukan satu kesilapan....
Tapi tempat menguji ketakwaan,
Cintakah kita pada Yang Esa atau....
Melangit pada yang tak kekal?
Samaada kita hamba...
Pada CINTA atau PENCIPTA...

CINTA bukan satu kesilapan
Ia perasaan nan suci
Kita yang menzahirkan,
Kenapa cinta dipersalahkan?
Tatkala ia dinodai...
Bukan salah cinta itu...tapi diri!!!
Sebab tak di bina dengan Islam
Tak dihalusi dengan keimanan
Tak dibajai dengan ketakwaan...

CINTA bukan satu kesilapan
Tapi tapak penyubur iman,
Kerana...tak sempurna iman seseorang itu
Jika ia tak mengasihi saudaranya
Seperti mana ia mengasihi dirinya..

CINTA bukan satu kesilapan...
Bukankah Allah Maha Pengasih dan Penyayang?
CINTA itu luas maknanya...

CINTA ibu membawa ke syurga
CINTA keluarga membawa bahagia
CINTA pada kerajinan membawa kejayaan
CINTA pada buku dicurahkan ilmu
CINTA pada sahabat mendapat berkat
CINTA pada ibadah mendatangkan rahmat Tuhan
CINTA pada Allah kebahagiaan yang hakiki

TAPI...
Memang CINTA itu satu kesilapan!!!
Jika ia menjauhkan diri dari Pencipta
Jika ia membina jurang dari Yang Esa
Jika ia mengalpakan diri...

Lantas mengangkat darjat kemaksiatan
Jika ia memadamkan cahaya ilahi
Jika ia mengundang kemungkaran
KhalidNya
Jika ia menjadikan kita hambanya...
Maka seharusnya CINTA itu kau jauhi
DAN...
MEMANG IA MERUPAKAN
SATU KESILAPAN!!!

~ sumber: ukhwah.com

Friday, November 5, 2010

~ tolong beritahu kepada si dia ~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
alhamdulillah wa syukru lillah,
setelah sekian lama tak dapat nak update blog sbb wifi tak ok, dan beberapa masyaqqah lain, syukur pagi ni masih diberi ruang kpd anah utk sama2 berkongsi beberapa artikel yg ada dlm dokumen..
untuk entry kali ni, khas anah dedicatekan buat teman2 seperuangan
(sekelas, sekuliyah, se-ipg dan semua yg mengenali diri especially who think herself or himself as an adolescent)
buat peringatan bersama, terutama diri yg mengepost
cinta... cinta.... cinta..??

jom baca, faham, dan ambil ibrah dan disusuli dgn tindakan bersama..
ke arah melahirkan seorang yg tahu, mahu, dan mampu, insyaAllah

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, CINTA AGUNG adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, CINTA MANUSIA bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nantir30;

Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya.

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya.

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya.

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,yang hanya manusia biasa.

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna;

Tapi bersahabatlah kerana Allah..

sekian untuk kali ni untuk peringatan bersama
adoi, akhir2 ni entry anah lbih kurang isu sama je.. insyaAllah yg ni yg terakhir..
mudah2an tiada lagi permasalahan gini,
~ mudah2an dirimu mengerti ~
adoi, susahnye nak jaga hati
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, September 20, 2010

~ petiklah bunga itu ~

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
yuh baca, hayati, fahami dan ambil ibrah drpd puisi kat bawah ni,
~ i'm just copying from iluvislam ~
Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Ain Farhana
Editor: Isyrak



Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]

~ moga daku diberikan kekuatan..
kenapa mesti sang kumbang yg gagah memilih si bunga yg cantik2 je?? 
~ fikir, fikir, danteruskan berfikir!!! ~

Wednesday, August 18, 2010

~ 12 perkara??? ~

assalamu'alaikum warahmatullah....






 rindu rasanya nak update blog (moga kerinduan kita di dalam redha Allah), alhamdulillah di pagi hari ni anah masih diberikan kesempatan utk berkongsi sedikit pengisian yg dicedok ilmuNya juga peringatan buat ana wa antum jami'an drpd satu laman ni (x ingat dah sumbernya kat mana, asif jiddan)
yuh baca, moga jadi peringatan bersama insyaAllah..
~ 12 perkara yang dianjurkan supaya kita sentiasa berjaga-jaga ~
> terutama kepada para muslimat, 'kerana dirimu begitu berharga' ^_^ <

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

 2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...jadi hantu loceng.

~ wangian syurga ~
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. Semoga kita semua baik lelaki atau perempuan, terpelihara daripada apa yang dikatakan fitnah wanita akhir zaman.

Allahu rabbi, bimbing diriku..
~ sekian sahaja utk entry kali ini, terlalu byk yg ingin dikongsikan bersama teman2 penziarah juga followers blog tp belum berkesempatan (pelik dgn diri sendiri yg x pandai menggunakan nikmat masa sebaiknya di saat masih diberikan kelapangan sedangkan 'mereka yg berjuang di atas jalan Allah itu taklifan juga wajibat melebihi masa yg ada, isk3)
insyaAllah utk entry akan datang, sedikit perkongsian ikhlas drpd anah utk teman2, jemputan memberikan kata2 semangat, nasihat, teguran dll
~ mohon jasa baik teman2 doakan kejayaan serta kemaslahatan bersama, huu on da way nak siapkan kerja kursus pendek (students IPG mesti tahu nih ^_*) yg makin bertimbun... "doa yg dimakbulkan adalah doa seorang sahabat kepada sahabatnya yg tidak diketahui pun yg dia didoakan", insyaAllah sesama kita turtkan doa utk semua umat Islam termasuk pejuang2 agama di bumi Palestin, Iraq, n so on...

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers