Monday, September 13, 2010

~ hatiku, buatmu temanku ~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
بسم الله الرّحمن الرحيم

sebelum kata terus diatur, yuh sama2 kita istighfar di atas segala dosa juga salah silap..
أسثغفروا الله العظيم 
moga Allah penerima lafaz istighfar kita hamba yg hina..
sesungguhnya baginda Nabi Muhammad s.a.w yg tlh dicatatkan syurga baginya pun paling kurang beristighfar 70x dlm sehari..
juga ucapan ألحمد لله jangan pernah dilupa..
siapa kita makhluk tanpa Khaliq yg daripadaNya datang dan akan kembalinya segala kenikmatan yg kita rasa sekarang, segalanya MILIK DIA..

ok yuh sama kita baca satu kisah..
ambil daripada kisah atau mungkin juga luahan hati seorang teman, tp bila baca luahan hati atau mungkin juga diarinya tersentak hati.. (kisah berkait dganku), hopefully dapat perkongsian pendapat atau mungkin juga feedback drpd teman2 pembaca blog..

"bismillahirrahmanirrahim...
dgn nama Allah Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang..
ampunkan aku di atas segala kekhilafanku..
teman...
hari ni sorang lagi hati 'teman' telah kusakiti,
sungguh ia bukan niatku..
salahkah aku berkawan dgn dia, dia, dia dan dan lain2??
teguran ibu>> 1) jangan terlalu sombong dgn lelaki, kelak mereka juga yg akan menyudahkan jenazahmu, yg akan mendirikan solat buatmu dan mereka juga yg akan membantu utk mengebumikan jenazahmu, 2) jangan terlau garang, takut2 xde yg meminang ^_* << betul2 membuatkan hati kecilku ini tersentak terutama ayat yg 1st tu..
dlm diam aku mengakui, dan sungguh aku x boleh lari drpd ayat ni >ar-rijal qauwamuna 'ala nisa'<
tapi bila sekali membenarkan dan merelakan diri utk berkawan, tak sangka macam ni pula jadinya..
tp,
peringatan buat diriku juga dirimu teman,
"لا نكلّف نفسا الاّ وسعها"
mafhum ayat drpd surah al-Mukminun ayat 62 yang bermaksud "Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kemampuannya"
tp teman,
sungguh aku bukan seorang yg betul2 kuat..
suatu ketika aku dikurniakan dgn satu perasaan 'suka' pd seseorang tapi apa yg pasti hatiku lebih berat menyatakan perasaan 2 x betul.. serius kurasakan ia salah!!

w/pun kini baru beberapa 'teman' yg mendekati tp betul2 kurasakan berat..
walau dia seorang penghibur hati, walau dia penasihat diri, dan walau dia kupandang tinggi pd ilmu dan sahsiah diri..
tp serius kukatakan aku still punya rasa bersalah dlm diri....
bkn kerana mereka, tp kerana diriku...
sungguh aku x pandai menjaga hatiku sendiri, hati orang apatah lagi...
aku mudah jatuh hati dgn cara orang..=(
love is a mess??
teman, 
bukan ku tak mahu kalian menjadi temanku cuma rasenye tak dapat nak teruskan sbb rasa bersalah..
usah ditanya rasa bersalah kenapa kerana tlah kusampaikan kpd kalian ttg rasa hatiku ini, mudah2an kalian memahami..
maafkan aku teman,
kdg2 sengaja kucari alasan utk tidak membalas msj2 kalian dgn harapan 'aku tidak perlu menunggu, begitu juga kalian'...
rasa bersalah selalu dtg tatkala bersendirian di atas sejadah,
'kenapa perlu aku menunggu, memikir atau mengharapkan kalian sedangkan aku masih punya tanggungjawab lain??'

teman sedarlah,
kitalah umat akhir zaman yg disabdakan baginda Nabi Muhammad s.a.w dan dijanjikan Allah bahawa kitalah yg akan menghadapi dunia akhir zaman yakni zaman kemenangan dan kebangkitan semula Islam di muka bumi, juga di zaman inilah kita akan berhadapan dgn dajjal laknatullah..
terlalu banyak yg berlegar di ruangan kepala tp andai masih diriku di sini dgn caraku iaitu mengharapkan kalian utk sesuatu perkara yg bagiku belum tiba masanya,
bagaimana Islam nak mengharapkan kita umatnya??
bagaimana Islam nak mengharapkan umat akhir zaman utk menegakkan hukum2 Allah dan mengembalikan zaman kebangkitan khalifah??

renungkan,
betapa susahnya baginda Nabi Muhammad dan rasul2 sebelumnya dlm menegakkan kalimatul haq,
betapa peritnya para sahabat, tabiin juga yang seangkatan sgn mereka dlm meneruskan perjuangan dan kemenangan semasa baginda masih ada,
betapa pedihnya Sallahuddin al-Ayubi, Sultan Muhammad al-Fateh, para mujahidin dan syuhada' serta ikhwanul muslimin dlm mempertahankan kedaulatan Islam,
sedangkan kita..???
selalu terleka memikirkan dia walhal semuanya belum pasti selagi belum diakad nikah..

sungguh, rasa bersalah datang lagi..
(moga Allah tidak menarik rasa bersalah ini dan biarkan aku juga kamu temanku terus di dalam kelalaian)
teman, 
jadikan pengalamanku, pengalamanmu juga teman2 lain sebagai tauladan dan sempadan buat kita..
moga di masa akan datang diriku akan lebih beringat..
maafkan diriku dunia akhirat,
'izinkan aku menghilang',
dan doakan kesejahteraan bersama..
tak perlu dicari ke mana perginya diriku, insyaAllah 'andai ada jodoh  tak ke mana'...
buat masa ni rasanya hatiku belum terbuka utk berkawan..
kupohon diriku tidak dihubungi buat masa ni..
'mungkin belum masanya', itu yg kurasa
cuma permintaanku, andai kalian mendapat khabar pemergianku kerana dijemput Dia Allah Pemilik diriku juga dirimu,
sedekahkan al-Fatihah dan doa buat diriku...
moga kesalahan dan kesilapanku di sini bukan menjadi pemberat kiriku di sana nanti..

ikhlas dari hatiku buatmu teman,"

sekian sahaja drpd temanku, tak semua dapat kuceritakan utk menjaga maslahat sesetengah pihak..
sekian juga drpd anah, cuma pesananku buatmu teman2ku;
1) diriku bukan kuat perasan tp rasenye nak tukar nombor fon dan jauh drpd antum (tak termasuk antunna), jd harapnya antum dapat membantu ana kerana antum 'syabab harapan agama'!!
terpulang apa kata dan nilaian antum juga antunna ttg anah, mudah2an keputusanku x salah..
2) dlm cerita kat atas, 'buang yang keruh, ambil yg jernih', moga ada manfaatnya w/pun mungkin perkara ni remeh utk sesetengah pihak..
3) anah bukan seorang yg pandai menjaga hati sendiri, hati antum (termasuk antunna) apatah lagi... maafkan anah dunia akhirat
4) PERTIMBANGKANLAH KEPUTUSANMU UTK MENYAYANGI DAN DISAYANGI AJNABI
~ izinkan anah menghilang ^_* ~
~ mana2 pihak yg terasa hati dgn entry kali ni, asif jiddan.. sebetulnya ia bkn hanya untuk kalian yg terasa tp juga sebagai perkongsian dgn teman2 lain..

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

2 comments:

::Madu Lebah:: said...

weh,pe cer ni?
aish~

azryn|crew said...

Buang yang Keruh Ambil yang jernih?

jika yang jernih itu Didunia sahaja,pun tidak bergune,jika yang keruh itu pula kesalahan itu memang tidak boleh dilepaskan..sentiasa bersalah dengan Allah s.w.t iaitu lalai..

Lupakan perkara yang tidak baik dan ingat perkara yang baik sahaja? apasalahnya kita fikir2kan kedua2nye,yang perlu diperbetulkan adalah kesilapan diri kita,dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

boleh ke kita melupakannya?..wallahualam..ana rase itu namanya melawan bukan melupakan..wassalam

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!

. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers