Monday, September 6, 2010

~ hati 3, 5, 8 ~

assalamualaikum warahmatullah..

(mood tgh malas nak menaip tp semangat nak share tinggi dan rindukan teratak perkongsian, dowh ada yg x kena ni ^~^)

sblm kata diatur, sblm bicara dilafazkan dan sblm tangan diteruskan utk menaip..
syukur, syukur, syukur..
alhamdulillah syukur krna masih diberi ruang masa dan kesihatan utk terus mengerjakan ibadah dlm bulan Ramadhan 1431h..
mudah2an ramadhan kali ni membawa suatu perkara baik dlm hidup kita..
mana2 individu yg terasa diuji dan teruji, 
ingatlah bahawa "dalam setiap kesusahan ada keberkatan" insyaAllah..
* syukran kpd teman2 yg sudi berkongsi kata dgn anah *

ok lah, back 2 topik..

3, 5 dan 8 BICARA HATI
sumber;
- ustaz mahizan b mat lazim
- masjid lama bandar taiping
- 24 ramadhan 1431h
- pinjam nota mak, huu buku sendiri x bawa ^_*

3 PENYAKIT HATI
1) sombong
2) bangga diri (ujub)
3) hasad dengki

8 TANDA TERKENA VIRUS PENYAKIT HATI
1) malas mengerjakan ibadah
2) tidak tersentuh dgn ayat2 Allah (al-Quran)
3) tidak tersentuh dgn perkara@kejadian kauniyah (kejadian alam) c/o kemalangan, kematian dll
4) bekerja utk mengumpul harta dunia sehingga terlupa urusan akhirat
5) berkawan dgn org2 yg suka melakukan maksiat
6) tidak merasakan takut apabila melakukan maksiat
7) meringankan dosa2 kecil
8) tidak mementingkan sumber pemakanan

5 CARA MENGUBAT PENYAKIT HATI
1) banyakkan membaca Al-Quran dan mentadabbur isinya
2) banyakkan berpuasa
3) mengerjakan solat malam (qiamullail)
4) perbanyakkan istighfar
5) berkawan dgn org2 yg soleh dan sukakan majlis2 ilmu

Allahu akbar!!!
nau'zubillah di atas segala kelalaian..
moga Dia sentiasa ada utk membimbing kita
"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wahablana min ladunka rahmah, innaka antal Wahhab"
"jangan Engkau pesongkan hati2 kami setelah Kau berikan petunjukMu"..

sblm ustaz mengakhiri kuliahnya, sempat ustaz ceritakan satu kisah yg anah kira menyentuh hati2 para jamaah yg datang...
> izinkan dan gembirakan juga mereka utk beraya <
*tajuk sendiri tp insyaAllah cerita ni perkongsian drpd ustaz*

suatu ketika waktu Rasullullah s.a.w sedang berjalan di hari raya, 
Rasulullah terserempak dgn sekumpulan anak2 kecil yg sedang bergembira dgn pakaian baru mereka dan bermain (gembira dgn kedatangan 1 syawal),
lalu baginda tersenyum, senang dgn keletah gembira anak2 kecil..
pastu bila nabi berjalan lagi, xjauh dr tempat anak2 itu bermain nabi ternampak dgn seorang anak kecil yg sedang duduk dlm keadaan sedih..
lalu baginda menghampiri anak itu dan berlakunya perbualan ringkas;
Rasulullah: mengapa kamu hanya berada di sini dan tidak turut serta dgn anak2 kecil itu bermain??
anak kecil: sesungguhnya Rasulullah bapaku telah syahid di medan Badar dan ibuku telah berkahwin lain dan bersama dgn suaminya..

lantas air mata baginda mengalir laju, tersentak dgn nasib seorang anak seorang syahid dlm Perang Badar al-Kubra..
lalu,
Rasulullah: mahukah kamu aku jadikan Fatimah sbgai kakakmu dan Aishah sebagai ibumu?
anak kecil itu tanpa berkata apa2 terus memeluk erat Rasulullah..
"dalam kesusahan ada keberkatan"
pastu baginda nabi membawa anak kecil itu ke rumah baginda dan meminta agar saidatina Fatimah r.ah menyediakan kpd anak itu pakaian yg baru
dan meminta saidatina Aishah menyediakan makanan yg sedap2 kpd anak kecil itu..
dgn harapan mudah2an anak itu dpt merasakan gembira sprti anak2 kecil lain..
mulianya dan pengasihnya Rasulullah..

teman, seruan ustaz;
dalam keriangan dan kemeriahan kita utk menyambut kedatangan syawal 1431h ni,
~JANGAN DILUPAKAN GOLONGAN YANG TURUT SAMA INGIN BERAYA~
tunaikan hajat mereka, "...zawil qurba wal yatama wal masakin..."
kepada mana2 yg belum tunaikan zakat fitrah, yuh jgn tangguh2 lagi takut2 x sempat atau mungkin juga terlupa..
*syukur ayah dah bayarkan utk anak2 tanggungannya*

sekian utk kali ini..
sblm tu nak wish;
"selamat meraikan eidul fitri"
moga dgn beransurnya Ramadhan 1431h bkn bermaksud beransurnya ibadah2 yg kita lakukan,
ramadhan sebagai bulan tarbiyah, bulan2 lain sebagai medan utk terukan ibadah dan penguji..
Allahu rabbi,
"tunjukkan kami jalan yg lurus,
iaitu jalan orang2 yg telah Engkau berikan nikmat kepadanya,
bukan jalan mereka yg dimurkai
dan bukan jalan orang2 yg sesat.."

p/s: 1) kepada teman2 yg nak datang beraya ke rumah, tafaddhal 'alaikum..
       2) maaf andai ada yg terasa dgn anah (sama ada baru atau da lama kenal)

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

2 comments:

محمد حذوان بن حميدان said...

ramadhan bulan tarbiah utk kita mmperbaiki iman kita..ramadhan kareem ya ukhti.. (^_^)

::Madu Lebah:: said...

nak dtg raya kal0 sempat la..
hu3~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers