Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

~ syeikh hafiz salamah ~

assalamu'alaikum wbt.

*hajat awa nak share ~ doakan dia ~ tp termati jap hajat tu*
tp alhamdulillah jumpe satu artikel ni
(asif, sumber x dinyatakan, web sensitif mgkin utk sesetengah orang)
tp insyaAllah, jom kenali beliau
* copy-paste jah

Syeikh Hafiz Salamah, Kassyaf Dalam Perang Mesir–Israel
Bagi umat Islam di Mesir dan di seluruh dunia yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar, nama Syeikh Hafiz Salamah adalah tidak asing lagi bagi mereka. Ini kerana beliau telah memahat sejarah tersendiri dalam diari ingatan individu Muslim yang bencikan penjajahan, khususnya Israel yang bukan sahaja merampas tanah umat Islam di Palestin lebih setengah kurun, malah bertindak biadap untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh umat Islam di tempat lain termasuklah bumi bertuah, Mesir. Keangkuhan bangsa Yahudi yang mendiami Israel tidak dapat dibendung walaupun cuba ditutup dengan kain sebesar saiz stadium sekalipun. Ini kerana kejahatan, kerakusan dan kebiadapan mereka telah pun diceritakan oleh Allah SWT bagaimana mereka sanggup menjadi penghalang kepada tugas-tugas para anbiya' di kalangan mereka sendiri yang bertindak tanpa mempedulikan para anbiya' adalah utusan daripada Allah SWT.
Kebiadapan mereka perlu diajar seperti yang pernah dilakukan oleh individu Muslim yang berpegang kuat kepada ajaran agama Allah SWT, seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hafiz Salamah ketika tercetusnya perang antara Mesir dan Israel pada tahun 1973. Perang berpihak kepada kemenangan Mesir kerana berkat doa, usaha serta penentangan yang ditonjolkan oleh individu-individu seperti Syeikh Hafiz Salamah.
Rahmat Allah SWT dengan berkat Syeikh Hafiz Salamah, maka Mesir terselamat dalam kancah perang pada 1973 yang akhirnya memaksa tentera Israel berundur dari seluruh kawasan dan wilayah di Mesir kerana perancangan mereka tersekat dengan munculnya satu keajaiban melalui tangan keramat Syeikh Hafiz Salamah.
Keperibadian Syeikh Hafiz Salamah
Namanya Hafiz Ali Ahmad Salamah atau lebih dikenali umum sebagai Hafiz Salamah, dilahirkan pada 10 Jamadilakhir 1344H bersamaan dengan 25 Disember 1925 di bandar Suez. Beliau anak keempat daripada pasangan Ali Salamah iaitu seorang saudagar kain yang menjelajah dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain seperti yang pernah dilkukan oleh Rasulullah SAW pada zaman kehidupan baginda.
Dalma Perang Dunia Kedua, ayahnya berhasrat untuk membawa ahli keluarganya untuk berhijrah ke Kaherah memandangkan Suez adalah tempat masuk segenap bala tentera asing yang mengancam penduduk setempat sekali gus menghalang segala sktiviti harian termasuk perdagangan dengan pelbagai bentuk jenisnya.
Namun Syeikh Hafiz enggan untuk bersama keluarganya ke Kaherah dengan alasan mahu meneruskan perniagaan ayahnya di Suez, sekali gus mahu mampertahankannya daripada segenap anasir yang datang.
Dalam usia mencecah 19 tahun, Syeikh Hafiz menyertai sebuah pertubuhan belia pada 1944 yang dikenali sebagai Jam'iyyah Syabab Muhammad (Pertubuhan Belia Muhammad) yang merupakan penglibatan awalnya dalam kancah penentangan terhadap segenap bentuk penjajahan asing ke atas Mesir.
Kecenderungan kepada gerakan secara tidak langsung
Syeikh Hafiz Salamah sedar, bahawa kebanyakan para aktivis Islam pada masa itu bersama dengan gerakan Islam yang ada pada masa itu yang diasaskan oleh Imam Hassan, yang berjuang bukan sahaja dalam Mesir, malah perjuangan mereka hingga mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyelamatkan bumi Palestin yang dirampas pada 1948 yang ditaja oleh Britain, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Syeikh Hafiz Salamah tidak menolak pendekatan yang dibuat oleh gerakan Islam yang ada pada masa itu dalam meneruskan misi dakwah dan gerakannya. Malah beliau terus bersama Pertubuhan Belia Muhammad yang masih dilihat oleh pihak berkuasa dan tentera asing bukanlah ancaman terhadap mereka, tetapi pada masa yang sama bertindak mengancam dan menghalang hasrat mereka untuk menjajah dan menakluk bumi Mesir.
Beliau yang juga terlibat dalam menyertai ketumbukan gerakan Islam pada tahun 1948 ke Palestin bagi menyelamatkan bumi tersebut terkandas kerana pihak berkuasa Mesir lebih dahulu mengesan individu yang menjadi delegasi untuk menyelamatkan Palestin, nama-nama mereka diserahkan kepada tentera British untuk diambil tindakan undang-undang.
Pada tahun 1950, Syeikh Hafiz Salamah dan juga aktivis gerakan Islam menjadi buruan pihak berkuasa atas arahan British. Akhirnya beliau ditangkap kerana tulisannya yang tersiar di dalam akhbar "An-Nazir" yang mengkritik hebat pakaian wanita dalam pasukan Bulan Sabit Merah yang menyerupai rahib-rahib Kristian.
Beberapa bulan selepas ditahan, Syeikh Hafiz Salamah bertindak garang dengan menghalakan sasaran kritikan pedasnya terhadap kekejaman tentera British pada 1951 yang akhirnya beliau sekali lagi ditangkap hingga kepada berlaku revolusi yang dikenali sebagai "Revolusi Julai 1952" yang dianggap sebagai satu petualang kepada perpecahan orang Arab hingga ke hari ini.
Presiden Mesir ketika itu, Presiden Jamal Abdul Naser mengeluarkan arahan supaya Pertubuhan Belia Muhammad diharamkan serta-merta markaz mereka ditutup, segala aktiviti dihalang bagi menjaga kepentingan Mesir dan Soviet Union ketika itu, kerana PResiden Jamal Abdul Naser adalah pemimpin Mesir yang berhaluan Sosialis, maka Syeikh Hafiz Salamah turut ditangkap dan disumbat ke dalam Penjara Za'bal.
Berjihad di belakang tabir penjara
Syeikh Hafiz Salamah yang diletak di dalam sel yang bernombor 12 di penjara Anbar Al-'Atawilah tidak berdiam diri, malah menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada Presiden Jamal Naser menasihatkannya agar bertakwa kepada Allah SWT, hendaklah beliau takut kepada-Nya yang akan mati dan berada dalam alam kubur hingga sanggup menjadi tali barut musuh Islam dengan menggadai maruah ajaran Islam dan akidah. Beliau bersama para pimpinan gerakan Islam turut memohon agar dibebaskan supaya dapat mempertahan Mesir dari serangan Israel, ia berlaku pada tahun 1967 di mana tentera Mesir kalah dalam peperangan itu.
Beliau menegaskan dengan jelas, bahawa tangan-tangan Muslim yang jarang berwudhuk, tidak akan diberi kemenangan oleh Allah SWT, kerana mereka sama sahaja seperti orang-orang kafir. Permintaan Syeikh Hafiz Salamah akhirnya ditunaikan akan tetapi, sudah agak terlewat kerana Mesir telah menerima kekalahan.
Perang 6 Ramadhan menghadapi tentera Israel
Syeikh Hafiz Salamah boleh dianggap wira dalam peperangan pada tahun 1973 setelah Syeikh Al-Azhar pada waktu Dr. Abdul Halim Mahmoud bermimpi bahawa Mesir akan menerima kemenangan dan mengerahkan seluruh bala tenteranya melalui Presiden Anwar Sadat agar bersiap siaga dalam menghadapi peperangan tersebut.
Syeikh Hafiz Salamah berperanan besar pada peperangan itu. Apabila tentera Israel mengalirkan racun dalam laut Mesir termasuk di Terusan Suez yang menjadi sumber minuman kepada seluruh rakyat negara itu, sesungguhnya Allah SWT tidak menghendaki rakyat negara Mesir mati diracun, maka dengan berkat dan keramat (karomah) Syeikh Hafiz Salamah yang kassyaf kerana banyak beramal dan berzikir kepada Allah, beliau telah mengalihkan air racun tersebut untuk dikirim semula ke Israel agar menjadi sumber minuman beracun dengan jarinya yang mulia itu.
Takdir Allah menentukan segala-galanya apabila Mesir menerima kemengan dalam peperangan tersebut atas berkat doa, gandingan serta penggemblengan tenaga para ulamak yang membuka mata umum bahawa para ulamaklah yang menjadi tulang belakang kemenangan kepada Mesir walaupun mereka pernah dipenjara atas alasan yang tidak munasabah kerana semata-mata mendaulatkan Islam secara praktikal.
Sesungguhnya kehidupan Syeikh Hafiz Salamah sarat dengan perjuangan untuk menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi ini, sama ada menghadapi musuh Allah di kalangan orang-orang kafir Nasrani (Kristian) atau Yahudi, mahupun musuh dalam selimat di kalangan bangsa sendiri yang sanggup menjadi penerus hidup yang menentang Allah SWT.
~ fikir! ~

Saturday, January 22, 2011

~ kini tiba masanya ~

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kini tiba masanya

insyaAllah esok (23 januari 2011) bersamaan 19 safar 1432h akan diadakan majlis pembuangan undi bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012..
justeru itu, sebagaia salah seorang guru pelatih IPGKDRI ana menjemput semua teman2 utk turut sama turun padang { macam YB pulak=) } bagi membuat pilihan dlm memilih bakal pemimpin kita dari kalangan pelajar, insyaAllah..

pesanan atau mungkin kata2 Saidina Abu Bakar utk peringatan kita bersama;
yg antara isinya;
'sekiranya aku sebagai pemimpinmu berada di atas jalan kebenaran, maka sokonglah aku dan bantulah aku.. namun sekiranya aku bukan di atas jalan kebenaran (Islam) maka tegurlah aku....
yang juga merupakan kata2 yg disampaikan salah seorang calon PRK 2011 ustaz razif bin nawi

alhamdulillah, beberapa calon telah memperkenalkan diri semasa malam bicara pemimpin termasuk daripada batch ana sendiri..
sebanyak 6 kerusi yg dipertandingkan bagi batch ana untuk jawatan2 exco
tepi memandangkan hanya 5 calon berdaftar, insyaAllah kelima-limanya akan memegang mana2 exco yg akan dibincangkan semula kelak secara automatiknya..
ketiga-tiga bakal 'yb' daripada kalangan muslimat datangnya drpd kelas pai (pendidikan Islam), seorang pai 1; Mardhiah Othman dan dua lagi calon dari pai3; Najwa Arifah bt Mokhtar dan Farah Diana bt Abu Bakar.. kelas ana??? hanya seorang muslmin berminat dan berkobar2 utk bertanding dalam jawatan umum yg akan menggalas taklifan sebagai Ahli Majlis Tertinggi JPPIPGKDRI iaitu al-akh Muhammad Firdaus bin Omar Baki. bagi muslimin pula, ustaz zulhasanain dari kelas pai 1 dan Mu'az Hakimi dari kelas TeSL 4 yg juga famous dgn panggilan ustaz yg akan bertanding.. Alhamdulillah

bagi junior, hanya 4 kerusi dipertandingkan yg bakal melihat persaingan sengit di antara 6 orang muslimin yg dua daripadanya dari kelas pai iaitu Muhammad Luqman bin Daud yg aktif sebagai imam juga bilal bagi Balai Islam Al-Muttaqin dan Nik Mohd Hanif bin Nik Soh selaku ajk BIAM seperti ustaz luqman. bagi calon perempuan, kedua-duanya juga mungkin telah menang tanpa bertanding (keputusan pilihanraya boleh berubah mengikut persetujuan perwakilan).

bagi calon senior pula iaitu pismp sem3, juga 4 kerusi akan dipertandingkan yg bakal melihatkan persaingan sengit kerana seramai 10 orang yg mendaftar.. begitu juga persaingan bakal diperlihatkan dari kalangan guru pelatih semester 5.. semester 7 tidak akan terlibat sebagai ahli JPP memandangkan mereka sendiri terdiri daripada jawatankuasa pilihan raya 2011 dan mereka tidak dibenarkan mengundi.

juga tidak ketinggaln bebrapa calon tersenarai untuk diundi bagi jawatan MT JPP iaitu seramai 9 orang. yg akan diberikan kerusi hanya 5 jadi untuk jawatan2 ini, persaingan pasti lebih sengit!
untuk ana, ada beberapa nama yg telah ana gariskan untuk diundi yg mana insyaAllah mereka boleh sama2 membantu hasrat BADAM bagi merealisasikan IPG zikir, insyaAllah..

ana di sini sama sekali tidak ingin bertindak selaku salah seorang yg menyeru kepada assabiyah yg sebagai mana sabda nabi apabila ditanya ttg assabiyah;
sahabat tanya; man assabiyah???
qola Nabi Muhammad s.a.w; 'iaitu kamu menolong bangsa kamu atas dasar kezaliman',
na'uzubillah.. kata nabi golongan ini bukan daripada kalangan umatnya..
cuma selaku seorang muslimah ana rasa terpanggil utk sama2 menyeru kepada sahabat sahabiah utk kita mencalonkan seseorang yg kita doakan dia berada di atas jalan Islam, yg bila memimpin akan menyeru kita melaksanakan solat (salah satu ciri yg digariskan Al-Quran, asif ana tak ingat surahnya) dan akan menyeru kita ke arah kebaikan insyaAllah..

bila mana pemimpin Islam terpilih, maka jatuh pula hukum ke atas kita sebagai yg dipimpin utk mentaati pemimpin itu selama mana dia tidak melangkaui batasan agamaNya..
"taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan ulil amri (pemimpin) drpd kalangan kamu" _mafhum ayat Al-Quran

apa pun, syukran kathir kepada barisan JPP IPGKDRI bagi sesi 2010/2011 atas program2 anjuran kalian juga bantuan2 yg disumbangkan..
namun!!
"la haula wala quwata illa billah"
'tiada kekuatan tanpa keizinan Allah"

.: salam pembuangan undi :.
doa jangan lupa!!!
Allah yg utama, tapi politik juga merupakan salah satu drpd cabangan Islam dalam merealisasikan dan mencapai baldatun taiyibah warabbun ghafur.. 
insyaAllah

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Friday, November 26, 2010

.: PiLiH IsLaM aNDa sELaMaT :.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
setelah sekian lama nak update tp x terupdate2.. insyaAllah kali ni anah nak sharekan satu post yg tak kurang pentingnya, yg di dalam cabang ilmu syariat.

* CIRI-CIRI ISLAM *

Ciri-ciri Islam merupakan satu daripada ciri-ciri keistimewaan Islam yang merupakan titik perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain di dunia ini.

Rabbaniyyah
Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.
Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:



1. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyipakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.

Kesan Rabbaniyyah
a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
b. Mengenal fitrah
c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri
d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu

2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.
Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.
>Kesan sumber dan manhaj rabbani
a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
b. Terhindar dari pengaruh kekayaan
c. Islam sesuai untuk semua manusia
d. Mendapat penghormatan dan kehebatan


Syumuliyyah
Ia bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara.

1. Sudut kesyumulan Islam
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesame manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).
Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.

2. Keadilan
Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga.

3. Kehakiman
Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.
Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah.

4. Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.
Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.

5. Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.

6. Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.

Alamiyyah
Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.

Waqieyyah
Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada.

Inqilabiyyah
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada sistem jahiliyyah.

Thabat dan Murunah
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.

~ dalam mencari dan memilih sebuah jemaah, ciri2 ini turut digariskan ~
~ ke arah jemaah yg syumul, insyaAllah

Tuesday, September 21, 2010

~ usrah oh usrah ~

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

untuk entry kali ni, insyaAllah anah nak kongsikan lagi satu info mungkin, artikel juga mungkin, atau apa2 yg sesuai dipanggil antum pembaca blog..
sumber kali ni drpd halaqah.net
insyaAllah jom baca, fahami dan cuba ambil tindakan berdasarkan apa yg kita perolehi drpd artikel ni..

tp yg paling penting, ikhlaskan dulu niat dan neutralkan dulu segala keserabutan mengenainya ^_^ usrah ^_^

Abang Hakim, usrah tu wajib ke? “ satu soalan keluar dari peserta muslimat Simposium Nuqaba’ anjuran Rakan Masjid. Kelihatan muka peserta yang lain menanti dengan penuh tanda tanya.
 
“ Usrah itu wajib dan tak wajib”. Jawab ana dengan tenang dan yakin. “Aik, macam mana pula tu?” Soal pula peserta muslimat yang lain. Ana sudah duga persoalan itu akan keluar. Mulut mengukir senyum. Bagus, stratergi untuk memancing minat mereka bertanya dah mengena.
 
Begini, usrah itu wajib kepada orang yang menjadi ahli da’wah dan tidak wajib kepada yang bukan ahli da’wah.” Permulaan jawapan yang sengaja dibiarkan berselirat. Ya. Umpan mengena lagi, kali ini dari adik muslimin. “Erm.. macam mana tu abang hakim, bukan ke setiap orang yang mengatakan lailaha illa allah itu seorang daie”. Jelas kelihatan dan keserabutan di muka setiap peserta.
 
Slot tengahari memang sukar untuk dipenuhi. Mata mudah mengantuk. Badan cepat letih. Sebab itu ana mengambil pendekatan provokasi dalam menyempurnakan slot ketika cinta bertasbih tengahari ini. Slot yang menjemput naqib yang pernah mengendalikan smart group dengan jayanya satu ketika dahulu. Entah kenapa, komiti gatal menjemput ana dan ana pula terlepas cakap memberi persetujuan. Sedangkan, ana bukanlah yang terbaik. Namun, kerana Allah demi Islam, ana galas juga amanah ini.
 
Ana menjawab, “Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh kepada ahli da’wah iaitu orang yang telah berintima’ @ menyertai jemaah islam secara langsung. Sebagai analogi, hanya orang yang mendaftar di university sahaja yang wajib masuk ke lecture. Masyarakat yang tidak mendaftar di universiti tidak wajib untuk masuk ke lecture walaupun umur mereka sebaya.”
 
Justeru, dengan persetujuan menyertai jemaah islam bererti kita telah bersetuju menurut segala perancangan yang disusun oleh jemaah. Perkara pokok sebuah jemaah ialah tarbiyyahnya dan tunjang tarbiyyah ialah usrah.
 
Menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jemaah kerana disitu tempat percambahan fikrah jemaah berlaku. “Abang Hakim, maknanya usrah tue tempat kita menuntut ilmu ye?” seorang peserta mengajukan soalan. Ana tersenyum. Bagus, mereka semua bersemangat dan tidak tidur.
 
“Usrah bukanlah tempat menuntut ilmu!” Beberapa orang peserta kelihatan tercengang dan terkebil-kebil mata. Ana menyambung lagi, “Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah” Kelihatan kerut di beberapa muka peserta. Sengaja ana biarkan mereka terus berfikir.
 
Sebenarnya usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan mendapat ilmu dan ukhuwwah.
 
Sebagai analogi, di kilang kereta, orang tak naik kereta. Di situ tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai…. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.
 
Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu pernah dipopularkan satu istilah, “Usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al fatihah.”
 
Muka peserta sudah mula cerah. Awan redup keliru mula berarak pergi. Kini perlu menghuraikan jawapan tidak wajib usrah pula. Peserta semakin tekun dan fokus. Perasaan ingin tahu mereka dicabar. Bagaimana satu soalan boleh ada dua jawapan yang bertentangan?
 
Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da’wah. Menurut al Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad’u boleh diklasifikasikan kepada 2 golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah.
 
Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam. Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita gelarkan sebagai ahli da’wah.
 
Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP, mereka ialah adik-adik smart group. Mereka belum lagi menjadi ahli da’wah. Pendekatan kena berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam. Kena banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama, rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat.
 
Rumusan sudah dibuat. Peserta mengangguk-angguk tanda faham. Selepas habis slot tengahari itu, ana pasang satu video klip gambar usrah yang ana kendalikan. Ada yang kehairanan. Tiada pun ‘sut usrah’ yang kami pakai ketika usrah?
 
Ya, memang tiada set jubah dan serban dalam usrah kami. Wahai adikku sayang, tiada siapa kata usrah hanya boleh dijalankan di masjid semata bukan? Ingatlah , usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu, tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah adik-adikku. (^^)/"...................

"la quwata illa bil jama'ah, la jama'ata illa bil qiyadah, wala qiyadata illa bit ta'ah"
~ "kalian adalah sebaik-baik umat yg diturunkan kpd manusia; mengerjakan dan mengajak kpd ma'ruf dan mencegah kemungkaran, serta beriman kpd Allah"..
teman, kita bukanlah pemula da'wah tp harapnya bukanlah kita juga yg mengakhiri da'wah
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers