Saturday, July 2, 2011

~ beraninye deme! ~

assalamu'alaikum wbt
bismillahir rahmanir rahiim..
(mudah2an bukan menulis kerana emo)
- lamenye nak share bende ni tp x kesampaian, alhamdulillah mlm atau pg ni sempat menulis -

قال الله تعالى في كتابه العظيم
من سورة النور في اية 4:
yang bermaksud ;
"dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu 
menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik"

wa min ayatil ukhra..
(yg mana memaksudkan ayat itu juga; LARANGAN MEMBUAT TUDUHAN ZINA TANPA 4 ORANG SAKSI)
Allahu akbar!
sampai ditarafkan fasiq, na'uzubillahi min zalik.

ini tak, mudah2 je nak tuduh dan paling mengerikan sampai bersumpah mubahalah (BERANINYE DEME! padahal salah konsep, alahai..)
Allahu a'lam.
 x boh ckp panjang2, sesiapa yg makan cili dia yg terasa pedasnya..
(suasana x menginzinkan w/pun 'qul al-haq walau kana murran)
moga2 Allah ampuni kita dan bukakan hati2 kita..
amiin Ya Allah


~ tafakkaru!!! ~

Monday, May 23, 2011

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

duk jalan2 kat blog sahabat2 ikhwah wa akhawat, terasa sesuatu;
~~ rindu blogging ~~
dlm keadaan mood belum panas nak study, nak ambil kesempatan update jap
moga ada manfaatnya, insyaAllah

kalau ikutkan entry kali ni cuma nak informkan pada pembaca n pengikut teratak anah,
alhamdulillah bancikku hasan adnan da selamat sampai Malaysia dari India, sabtu pagi lpas n n0w at hometown jd baby sitter (muhsein n haziq).
syukur, walaupun belum berkesempatan nak bercakap dgn bancik,
dapat tahu bancikku sihat cuma sedikit penat.

tp alhamdulillah sambil2 dengar ikim ni, nak share sesuatu;
asif, x pasti kata2 atau hadis tp nama imam hassan al-basri disebut
nasihat mengenai "Punca Rosaknya Hati"
insyaAllah sama2 beringat dan muhasabah

1) sengaja berbuat dosa yg diketahui
2) belajar ilmu tapi tidak mengamalkan ilmu tersebut
3) mengerjakan suatu amalan tapi tidak ikhlas
4) makan rezeki yg dikurniakan Allah tp tidak bersyukur
5) sentiasa tidak berpuas hati dgn pemberian yg diberikan Allah
6) terlibat mengebumikan jenazah tapi tidak ambil iktibar dan pengajaran


akhiral kalam, doakan anah dan sahabat2 lain (exam week lagi) dan doakan mudah2an nahnu kulluhum sentiasa dipilih Allah utk mendapat petunjukNya..

"Allahu rabbi, jangan Kau biarkan urusan2 kami ditentukan oleh diri kami sendiri"
insyaAllah esok akan berdepan kurikulum pendidikan Islam PIM 3101


~ sekian utk kali ini, wassalam ~


~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Wednesday, May 11, 2011

~ doakan dia ~

assalamu'alaikum wbt.
bismillahi 'ala barakatillah..

sebelum melangkah lebih jauh ke dunia berita dan artikel spt mana hari2 biasa, nak jugak post utk mlm ni insyaAllah..
da lama cadang nak post memandangkan jadual kuliyah dah makin ringan (lumrah IPG se-Malaysia da dekat nak exam tp mlm kne recover klas)
alhamdulillah mlm ni berkesempatan..
dah2, back to topic ^_^
~ doakan dia ~

sape dia???
hua akhi habibi..
al-akh hasan bin adnan

nape?
alhamdulillah 1 mei 2011 baru2 ni abgku brlepas ke nepal, india tmpat terletaknya banjaran himalaya dan Gunung Everest sebagai tarikan utamanya kat sne..
abg ke sana bersama misi mendaki gunung everest (layak ke manusia 'tawan' makhluk lain??)
alhamdulillah, berkesempatan jumpa abg w/pun x hantar sampai KLIA (anah bersama adik dgn misi lain pulak, balik ganu insyaAllah utk teruskan pengajian isnin tu -pagi abg berlepas padahal bas terkandas, selasa baru adikku dpt masuk klas..) apa pun, perencanaan Allah adalah yg terbaik, ditakdirkan bas terkandas ada la sbbnye tu.

syukur, lepas juga rindu da sbulan lbih x jumpe abg n adik-beradik lain (sume ada kecuali kakak 2nd yg kje kat sabah ngan kembarku yg wktu tu tgh final exam UiTM).. paling best dpt jumpe anak2 buah w/pun jumpe nuha n waeil kejap je, x sampai stengah jam pun sbb kakak dgn anak2nye baru sampai pgi anah ngan adik nak balik. apa pun, alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.
makasih mak n ayah sbb sanggup jemput anah ke KL (on da way sbenarnye sbb mak ayah g meeting PIBG aniesah, pastu lawat kwn ayah di dungun n sepupu di kemaman. jumaat pagi baru kuar t'ganu)

alhamdulillah selamat sampai KL, jumpe abg n kak ipar wif anak2; muhsein, haziq n iman ^_^..
mlm tu g amik kakak no4..
esoknye da siap2 sume petang baru kuar nak ke rumah makcik utk jumpe abgku hasan.
malam tu sambil2 kemas beg mendakinya, x henti jugak cerita pengalaman daki bukit goh tong a.k.a genting highlands sebagai persediaan naik everest..
alhamdulillah sumenye ok w/pun katanya dlm suhu yg belum pun sampai satu angka dan negatif, dlm belas2 gitu; hidung da berair, bibir pun da crammed.
Allahu akbar!
kuasa Dia yg menyelamatkan dan memberi kekuatan serta semangat kpd hambaNya yg Dia mahu..
tp x boleh nafi la, yg mendengar pun da terase semacam.
camne la ye keadaan dia kat sne skarang, dlm keadaan suhu yg da negatif..
khabar berita x dapat langsung.
bayangkan nak send satu mesej pun da 5 ringgit..
"la haula wala quwata illa billahil 'aliyyil 'azim"..
padaNya diletakkan pengharapan, moga abg terpelihara..

malam tu, seronok dengar cerita ttg macam2nya jenis manusia yg dicipta..
subhanallah..!!
abg cter, dari ketua pendakinya yg da pernah naik 5 kali,
kat sne nanti ada org yg tolong angkut2 barang 'hepa' kalau x silap namanya.
orangnye mcm kita, kecil tapi Maha Hebatnya Dia, 
hepa tu mampu angkut 6 tong gas dan ditambah beberapa barang lain dlm satu2 masa.
dan hepa2 ni juga la yg tolong angkut kayu2 utk binaan mcm nak buat hotel kat atas.
serius, x pernah terlintas camtu.
betul kata pepatah, 'jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengalaman' < mcm da terubah ^_^

selain hepa, ada juga satu haiwan ni (x ingat namanya) tp haiwan ni mcm kerbau tapi besar lagi dgn tanduk yg lebih tajam dan panjang, mengancam gitu.
dari satu aspek, binatang ni sangat membantu tp pada aspek lain, ia sangat berbahaya utk para pendaki!
sebab??
binatang ni akan langgar je kalau ada org berhenti depannya.
bayangkan tepi2 tu dah la jurang..
teringat kata2 lecturer anah, da ramai yg meninggal waktu mendaki..
Allahu akbar!
moga bancik dan rombongannya seramai 8 orang termasuk dia (abgku yg termuda, 25) selamat walau dlm keadaan apa pun dia..

.......... to be continue.........
tunggu abgku bancik balik, "doakan dia" selamat
dan doakan buat kami para guru pelatih IPG seluruh Malaysia nak berdepan minggu exam,
buat student U, it's time to doa, doa, doa n doa..!
"la taknatu min rahmatillah"

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~ 

Saturday, May 7, 2011

~ syeikh hafiz salamah ~

assalamu'alaikum wbt.

*hajat awa nak share ~ doakan dia ~ tp termati jap hajat tu*
tp alhamdulillah jumpe satu artikel ni
(asif, sumber x dinyatakan, web sensitif mgkin utk sesetengah orang)
tp insyaAllah, jom kenali beliau
* copy-paste jah

Syeikh Hafiz Salamah, Kassyaf Dalam Perang Mesir–Israel
Bagi umat Islam di Mesir dan di seluruh dunia yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar, nama Syeikh Hafiz Salamah adalah tidak asing lagi bagi mereka. Ini kerana beliau telah memahat sejarah tersendiri dalam diari ingatan individu Muslim yang bencikan penjajahan, khususnya Israel yang bukan sahaja merampas tanah umat Islam di Palestin lebih setengah kurun, malah bertindak biadap untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh umat Islam di tempat lain termasuklah bumi bertuah, Mesir. Keangkuhan bangsa Yahudi yang mendiami Israel tidak dapat dibendung walaupun cuba ditutup dengan kain sebesar saiz stadium sekalipun. Ini kerana kejahatan, kerakusan dan kebiadapan mereka telah pun diceritakan oleh Allah SWT bagaimana mereka sanggup menjadi penghalang kepada tugas-tugas para anbiya' di kalangan mereka sendiri yang bertindak tanpa mempedulikan para anbiya' adalah utusan daripada Allah SWT.
Kebiadapan mereka perlu diajar seperti yang pernah dilakukan oleh individu Muslim yang berpegang kuat kepada ajaran agama Allah SWT, seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hafiz Salamah ketika tercetusnya perang antara Mesir dan Israel pada tahun 1973. Perang berpihak kepada kemenangan Mesir kerana berkat doa, usaha serta penentangan yang ditonjolkan oleh individu-individu seperti Syeikh Hafiz Salamah.
Rahmat Allah SWT dengan berkat Syeikh Hafiz Salamah, maka Mesir terselamat dalam kancah perang pada 1973 yang akhirnya memaksa tentera Israel berundur dari seluruh kawasan dan wilayah di Mesir kerana perancangan mereka tersekat dengan munculnya satu keajaiban melalui tangan keramat Syeikh Hafiz Salamah.
Keperibadian Syeikh Hafiz Salamah
Namanya Hafiz Ali Ahmad Salamah atau lebih dikenali umum sebagai Hafiz Salamah, dilahirkan pada 10 Jamadilakhir 1344H bersamaan dengan 25 Disember 1925 di bandar Suez. Beliau anak keempat daripada pasangan Ali Salamah iaitu seorang saudagar kain yang menjelajah dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain seperti yang pernah dilkukan oleh Rasulullah SAW pada zaman kehidupan baginda.
Dalma Perang Dunia Kedua, ayahnya berhasrat untuk membawa ahli keluarganya untuk berhijrah ke Kaherah memandangkan Suez adalah tempat masuk segenap bala tentera asing yang mengancam penduduk setempat sekali gus menghalang segala sktiviti harian termasuk perdagangan dengan pelbagai bentuk jenisnya.
Namun Syeikh Hafiz enggan untuk bersama keluarganya ke Kaherah dengan alasan mahu meneruskan perniagaan ayahnya di Suez, sekali gus mahu mampertahankannya daripada segenap anasir yang datang.
Dalam usia mencecah 19 tahun, Syeikh Hafiz menyertai sebuah pertubuhan belia pada 1944 yang dikenali sebagai Jam'iyyah Syabab Muhammad (Pertubuhan Belia Muhammad) yang merupakan penglibatan awalnya dalam kancah penentangan terhadap segenap bentuk penjajahan asing ke atas Mesir.
Kecenderungan kepada gerakan secara tidak langsung
Syeikh Hafiz Salamah sedar, bahawa kebanyakan para aktivis Islam pada masa itu bersama dengan gerakan Islam yang ada pada masa itu yang diasaskan oleh Imam Hassan, yang berjuang bukan sahaja dalam Mesir, malah perjuangan mereka hingga mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyelamatkan bumi Palestin yang dirampas pada 1948 yang ditaja oleh Britain, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Syeikh Hafiz Salamah tidak menolak pendekatan yang dibuat oleh gerakan Islam yang ada pada masa itu dalam meneruskan misi dakwah dan gerakannya. Malah beliau terus bersama Pertubuhan Belia Muhammad yang masih dilihat oleh pihak berkuasa dan tentera asing bukanlah ancaman terhadap mereka, tetapi pada masa yang sama bertindak mengancam dan menghalang hasrat mereka untuk menjajah dan menakluk bumi Mesir.
Beliau yang juga terlibat dalam menyertai ketumbukan gerakan Islam pada tahun 1948 ke Palestin bagi menyelamatkan bumi tersebut terkandas kerana pihak berkuasa Mesir lebih dahulu mengesan individu yang menjadi delegasi untuk menyelamatkan Palestin, nama-nama mereka diserahkan kepada tentera British untuk diambil tindakan undang-undang.
Pada tahun 1950, Syeikh Hafiz Salamah dan juga aktivis gerakan Islam menjadi buruan pihak berkuasa atas arahan British. Akhirnya beliau ditangkap kerana tulisannya yang tersiar di dalam akhbar "An-Nazir" yang mengkritik hebat pakaian wanita dalam pasukan Bulan Sabit Merah yang menyerupai rahib-rahib Kristian.
Beberapa bulan selepas ditahan, Syeikh Hafiz Salamah bertindak garang dengan menghalakan sasaran kritikan pedasnya terhadap kekejaman tentera British pada 1951 yang akhirnya beliau sekali lagi ditangkap hingga kepada berlaku revolusi yang dikenali sebagai "Revolusi Julai 1952" yang dianggap sebagai satu petualang kepada perpecahan orang Arab hingga ke hari ini.
Presiden Mesir ketika itu, Presiden Jamal Abdul Naser mengeluarkan arahan supaya Pertubuhan Belia Muhammad diharamkan serta-merta markaz mereka ditutup, segala aktiviti dihalang bagi menjaga kepentingan Mesir dan Soviet Union ketika itu, kerana PResiden Jamal Abdul Naser adalah pemimpin Mesir yang berhaluan Sosialis, maka Syeikh Hafiz Salamah turut ditangkap dan disumbat ke dalam Penjara Za'bal.
Berjihad di belakang tabir penjara
Syeikh Hafiz Salamah yang diletak di dalam sel yang bernombor 12 di penjara Anbar Al-'Atawilah tidak berdiam diri, malah menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada Presiden Jamal Naser menasihatkannya agar bertakwa kepada Allah SWT, hendaklah beliau takut kepada-Nya yang akan mati dan berada dalam alam kubur hingga sanggup menjadi tali barut musuh Islam dengan menggadai maruah ajaran Islam dan akidah. Beliau bersama para pimpinan gerakan Islam turut memohon agar dibebaskan supaya dapat mempertahan Mesir dari serangan Israel, ia berlaku pada tahun 1967 di mana tentera Mesir kalah dalam peperangan itu.
Beliau menegaskan dengan jelas, bahawa tangan-tangan Muslim yang jarang berwudhuk, tidak akan diberi kemenangan oleh Allah SWT, kerana mereka sama sahaja seperti orang-orang kafir. Permintaan Syeikh Hafiz Salamah akhirnya ditunaikan akan tetapi, sudah agak terlewat kerana Mesir telah menerima kekalahan.
Perang 6 Ramadhan menghadapi tentera Israel
Syeikh Hafiz Salamah boleh dianggap wira dalam peperangan pada tahun 1973 setelah Syeikh Al-Azhar pada waktu Dr. Abdul Halim Mahmoud bermimpi bahawa Mesir akan menerima kemenangan dan mengerahkan seluruh bala tenteranya melalui Presiden Anwar Sadat agar bersiap siaga dalam menghadapi peperangan tersebut.
Syeikh Hafiz Salamah berperanan besar pada peperangan itu. Apabila tentera Israel mengalirkan racun dalam laut Mesir termasuk di Terusan Suez yang menjadi sumber minuman kepada seluruh rakyat negara itu, sesungguhnya Allah SWT tidak menghendaki rakyat negara Mesir mati diracun, maka dengan berkat dan keramat (karomah) Syeikh Hafiz Salamah yang kassyaf kerana banyak beramal dan berzikir kepada Allah, beliau telah mengalihkan air racun tersebut untuk dikirim semula ke Israel agar menjadi sumber minuman beracun dengan jarinya yang mulia itu.
Takdir Allah menentukan segala-galanya apabila Mesir menerima kemengan dalam peperangan tersebut atas berkat doa, gandingan serta penggemblengan tenaga para ulamak yang membuka mata umum bahawa para ulamaklah yang menjadi tulang belakang kemenangan kepada Mesir walaupun mereka pernah dipenjara atas alasan yang tidak munasabah kerana semata-mata mendaulatkan Islam secara praktikal.
Sesungguhnya kehidupan Syeikh Hafiz Salamah sarat dengan perjuangan untuk menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi ini, sama ada menghadapi musuh Allah di kalangan orang-orang kafir Nasrani (Kristian) atau Yahudi, mahupun musuh dalam selimat di kalangan bangsa sendiri yang sanggup menjadi penerus hidup yang menentang Allah SWT.
~ fikir! ~

Wednesday, April 20, 2011

~ haaa, ermm ~

bismillahirrahmanirrahim..
insyaAllah ringkas tapi ada isinya
(w/pun copy-paste ^_^ )

KHUSUS BUAT MUSLIMAT
Haa... jangan tak percaya.. dalam zaman serba moden nie, solekan memang memainkan peranan yang penting dalam diri seseorang insan yang bergelar muslimah. So... di sini ada beberapa tips khas untuk muslimah. Kosnya??? percuma ajer...try lerr yaa....
  1. Jadikan Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  2. Calitkan "lipstick kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  3. Sapulah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa :al-haya" (malu) yang dibuat di salun iman.
  4. Gunakanlah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  5. Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan "kelemumur" pandangan muslimin yang berbahaya.
  6. Perindahkanlah tangan anda dengan gelang "tawaddhu' " dan jari jemari anda dengan cincin "ukhuwah fillah"
  7. Sebaik-baiknya "kalung " anda adalah "kalung kesucian".
Bedakilah wajah anda dengan "air wudhu' " nescaya akan terbit nur di akhirat nanti, InsyaAllah...

Thursday, April 7, 2011

~ indahnya hidup..? ~

السلام عليكم ورحمة الله..

بسم الله والحمد لله على كلّ حال..
"la yukallifullahu nafsan ILLA WUS'AHA.."
berkali-kali, dan mungkin dah berjuta kali anah dan antum yang lain dengar bukan petikan ayat dari surah al-baqarah ayat 286 ni..?
malah dalam minggu ni je pun dah banyak kali diulang-ulang dlm kalangan MT BADAM selain nota kecil buat diri yg hina ini (Allah paling tahu)..
Allahu akbar!

syukur, masih diberi kesempatan hidup dan syukur masih diberi peluang utk dengar ayat2 peringatan tersebut..
namun, sejauh mana penghayatan kita hanya diri kita tahu dan Allah Maha Tahu..

sekian lama x menulis, dah mula ada yg bertanya;
'kenapa membisu? kenapa dibiar tidak terisi? kenapa itu dan ini..??'
dlm erti kata lain, nape biar tak terupdate??
atau mungkin juga nape nampak berubah????

nak bawa satu luahan dari seorang teman utk entry kali ni
(mintak izin ye temanku kalau bace entry ni, mudah2an ada manfaat bersama insya Allah)

"Allahu akbar!
adakala diri ingin meluahkan,
tapi bila fikir2 layak ke aku, layak ke kita nak persoalkan??
itu dan ini?
sedangkan ia ditentukan Tuhan Rabbul 'Izzati..?
lantas,
tersemat mungkin 'diam itu boleh jadi emas berbanding bersuara'..

maafkan aku teman..
ampunkan hambaMu Allah al-Jalalah.
saban hari, terasa diri terlalu kecik
tapi perubahan positif??
hmmm..
bukan menafikan betapa indahnya hidup bersama antunna..
tapi,
hati ini terlalu hina,
diri ini terlalu keji utk bersama antunna saban waktu..
asif kathir.

bukan juga menyoalkan kenikmatan yg diberi,
tapi..
salah diri sendiri
tak pandai susun atur semua yg diberi..
asif kathir.

cuma ku pinta,
yakinkan aku!
"la yukallifullahu nafsan ILLA WUS'AHA"
dan yakinkan aku!
penatku akan berbayar nanti..
walau sekarang langsung tak ternilai pada pandangan orang,
walau saat kita sangat memerlukan dia buat2 tak tahu.
kerana perjuangan itu panjang!
moga diriku juga dirimu temanku..
dalam redha Allah selalu."

panjang untaian kata atau mungkin jugak puisi luahan dari satu blog seorang zamilati wa hiya sahibati yg anah ikut, tapi yg ter'copy-paste' banyak ni je kot.. selanjutnya kami banyak berbual je, isi bualan? it's her secrets! jangan ditanya-tanya deh ^_^
~ suka bait2 kata tu, syahdu je.. ada kena pada diri sendiri jgk sebenarnye..

~ ok lah, need to rest walau da x larat ter'rest'..
lepas satu blog ke satu blog, tak sentuh jugak asgments malam ni.. tup2 dah pukul 5.30..
ingat nak buat sikit, tapi memandangkan esok insyaAllah nak drive g jumpe adik kesayanganku yg sorang tu, kena jgk la lelap..
mudah2an selamat sampai kat dia dan selamat sampai balik maktab..
* pernah anah menulis tentang adikku aniesah, perkembangan terkini alhamdulillah dia antara best student kat mrsm kube(kuala berang) tu walau baru2 ni exam kioq tapi insyaAllah dia boleh. > doakan ye semua, adikku insyaAllah spm tahun ni, amik 11 A..
adik syu haritu dapat straight 10 A, nak jugak adikku dapat straights.. selaku dia orang terakhir dlm family yg ambil SPM.. yg seterusnya nanti tunggu nuha, muhsein, waeil, haziq, iman sofia n becoming anak2 buah la pulak.. (waaaaaaa rindu!!!)

~ sekian untuk kali ini, doakan kesejahteraan semua deh; dunia akhirat.
akhir kalam, maaf salah silap sepanjang menulis dan sepanjang teman2 dan yg kenal mengenali anah..
sebelum tu, nak share.. =)
anak2 buah ^_^

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Sunday, March 27, 2011

~ ingat ~


10 jenis solat tidak diterima

 RASULULLAH bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”

Rasulullah bersabda: “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah, antaranya:

1.    ·  Orang lelaki solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2.    ·  Orang lelaki mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.    ·  Orang lelaki menjadi imam, padahal orang menjadi makmum membencinya.
4.    ·  Orang lelaki melarikan diri.
5.    ·  Orang lelaki minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).
6.    ·  Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.    ·  Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.    ·  Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.    ·  Orang suka makan riba.
10.  ·  Orang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan      perbuatan keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah dan jauh dari Allah.”
Hassan berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal buruk.”

Maksud hadis Rasulullah “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Kita disarankan supaya mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun ketika azan berkumandang.
p/s: copy-paste cuma, syukran kepada penulis asal..

Friday, February 25, 2011

~ hanya untukmu ~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
syukur 'ala kulli hal, juga syukur masih diberikan kesempatan utk bertapak di bumi Tuhan..
yang mana telah Allah katakan di dalam Al-Quran surah Muhammad ayat bahawa sesungguhnya kehidupan hanyalah suatu permainan dan senda gurau.. ila akhir ayat.
dan juga sesungguhnya dunia ini hanyalah sebagai ladang utk bercucuk tanam bagi sama2 mengejar kebaikan yang mana hasilnya akan kita tuai di akhirat kelak.
Allahu a'lam, peringatan buat diri dan teman2 pembaca insyaAllah..

entry kali ni mgkin juga simple tapi mudah2an menyucuk hati sendiri juga hatimu temanku..

Buatmu temanku...
"bila engkau letih dan hilang semangat,
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya..
bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu...
    Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
    Allah tetap bersamamu..
    Bila engkau kebuntuan akal,
    Maka Allah adalah penunjuk jalan..
Apabila engkau telah berazam,
Maka bertawakkallah kepadaNya..!"

Moga Allah merahmati kita temanku!
teman;
teman..
simpanlah keluh kesahmu daripada pandangan manusia walau sedikit,
kelak dikhuatiri kau tak punya waktu untuk mengadu pada Dia Pencipta dirimu juga diriku...
yakinlah duhai temanku;
" يا أيّها الّذين امنوا أن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم "
surah ke 47 (Muhammad) ayat 7 yg mafhumnya "wahai orang2 yang beriman! sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan menetapkan hatimu"

meskipun dirimu rasa lemah, namun yakinlah temanku;
janji Allah buat penolong2Nya (agamaNya) dari surah Ali-Imran ayat 160 yg bermaksud "jika Allah menolong kamu, maka tidak ada orang lain yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang2 mukmin bertawakkal"

walau mungkin jalan kita berbeza, yakinlah dirimu temanku..
andai aku tiada untukmu, Allah masih dan pasti tetap bersamamu!
oleh itu, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..
"la taknatu min rahmatillah.."

khas dariku buatmu temanku; hatiku:
moga dirimu kuat dalam rahmatNya, amiin.




nota kaki: rindunye anak2 buahku, juga dirimu Syuhaidah sulaiman!

~ fikir, fikir dan teruskan berfikir!!! ~

Friday, February 18, 2011

~ 6 perkara yang disembunyikan ~

 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ruangkan masa untuk membaca………                                                             6 Perkara Allah S.W.T Sembunyikan                                          
                                                                           
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan    
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara  
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:                          
                                                                           
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."                                                                    
                                                                           
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as      
berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan        
tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.                                
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang            
bermaksud.                                                                
                                                                           
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang                
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku      
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang  
nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai    
umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan    
solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa
serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka
pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya      
solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka          
mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan  
atas perintahKu."                                                          
                                                                           
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan    
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"                              
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga  
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."                                          
                                                                           
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
                                                                           
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as  
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua    
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah        
malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah  
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan
dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:                    
                                                                           
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau  
sepertiganya, atau seperempatnya?"                                        
                                                                           
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu    
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan      
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti    
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada            
sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat    
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."      
                                                                           
                                                                           
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...                        
                                                                           
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:          
                                                                           
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.                  
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.            
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam      
Al-Quran.                                                                  
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
                                                                           
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat  
(yang lima waktu).                                                        
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di      
dalam semua hari.                                                                                                                                    
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam        
~ baca, faham, ambil pengajaran, copy + paste ~ syukran teman, sebar yuh!

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!!~

Wednesday, February 16, 2011

~ KURSUS IMAM DAN BILAL 2011 ~

Assalamu'alaikum w.b.t
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajmain..

selawat dan salam buat junjungan besar baginda Nabi Muhammad s.a.w,
setinggi syukur dilafaz ke hadrat Ilahi Rabbul 'alamin di atas semua kenikmatan sama ada dalam bentuk diberikan kesenangan atau yang dirasakan perit,
juga nikmat sebagai umat Nabi yg dirai sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w.
"dugaan hidup menguji iman"
begitulah salah satu tajuk dlm buku (Langit Ilahi 1 ~ TUHAN TIDAK MELUPAKAN KITA ~)  yg sangat menarik bagi anah untuk sama2 kita baca dan hayati serta beramal, insyaAllah..

setelah sekian lama tak update ruangan ni, alhamdulillah hari ni, petang ni dapat luangkan sedikit masa untuk mengajak sahabat sahabiah terutama kepada teman2 se-ipg KDRI, untuk sama2 melibatkan diri di dalam program Kursus Iman dan Bilal 2011 yang insyaAllah merupakan aktiviti pertama yg formal anjuran BIAM (Balai Islam Al-Muttaqin).

"sifatul insan an-nisyan"
x boh cakap panjang cuma utk peringatan bersama,
dalam kemeriahan meraikan bulan mulia, hari kelahiran junjungan besar Muhammad s.a.w, ingatlah bahawa sesungguhnya 'kelahiran dan sirah nabi bukan sekadar sambutan yg berkala tetapi merupakan suatu penghayatan yg berterusan'
sesuai dgn firman Allah "tidak Aku (Allah) ciptakan engakau (Muhammad) melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam"
yg mana rahmat itu bukan hanya utk dikejar oleh sahabat2 baginda radhiallahu 'anhum tapi buat keseluruhannya.

hari ini, ramai yg mampu mengulas panjang tentang sejarah hidup nabi (sirah) dan tidak kurang yg meraikan secara besar2an dgn moto masing2 tapi pembawaan sirah itu??
mana mungkin, yg secara jelasnya diwajibkan ditolak namun yg sunat dibangga2kan malah dicampur adukkan dgn unsur sekularisma?
selamanya, yg haq tetap haq di sisiNya begitu juga yg batil! 
moga Allah mengampuni kita dan memberikan rahmatNya kepada kita,
juga dibukakan hati2 kita yg tertutup supaya diberikan petunjukNya juga tidak dibiarkan kita terus di dlm kelalaian.. 

sekian utk kali ini..
mohon jasa baik pembaca utk sama2 doakan kedaulatan Islam, dan menguatkan hati2 jundullah juga ikhwanur rasul utk teruskan langkah di dlm memperjuangkan Islam..
jika kita bukan dua golongan itu, tak salah utk kita join dgn golongan yg mencintai dan mendoakan dua golongan tadi..
moga Allah merahmati kita, dan baginda Nabi Muhammad s.a.w sudi memberikan kita syafaatnya nanti.
doakan juga hati kecil anah diberikan kekuatan dan ditetapkan diri di dalam agamaNya, amin

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers