Saturday, March 27, 2010

~ IsLaM itU inDAh ~

Salamullahi 'alaikum..
Alhamdulillahi Rabbi 'Alamin wassalatu wassalamu 'ala saiyidina Muhammad wa ahlihi ajma'iin.. amma ba'd
..'selawatlah kamu ke atas baginda Rasulullah nescaya Allah selawat 10 kali ke atas kamu..'
Indahnya Islam, namun....
alhamdulillah 'ala kulli hal.. huu dalam keterbatasan waktu ni anah nak k0ngsi cikit fakta juga cerita atau mungkin k0ngsi rasa utk sama2 kita fikir, muhasabah agar membawa kpd muraqabah juga mujahadah insyaAllah..(asif tak sertakan sumbernya)berkaitan tajuk entry anah kali ni..

Mudahnya Menjadi MUSLIM...Namun (tajuk asalnya)
* Anda perlukan cuma lima minit untuk solah Subuh sedangkan anda boleh meluang masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar
* Anda hanya perlukan dua saat untuk memberi salam kepada ibubapa, isteri atau anak² sedangkan anda memerlukan tiga minit untuk memakai kasut
* Anda hanya perlu lima minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh membuang masa sehingga dua puluh minit untuk mendandan rambut
* Anda hanya perlu lima belas minit untuk menunaikan solah Zohor sedangkan untuk makan tengahari lebih dari itu.

* Anda hanya perlukan lima belas minit untuk Asar sedangkan anda boleh luangkan sehingga sejam atau lebih bergayut pada ttalifon atau di depan komputer
* Anda hanya perlu lima belas minit membaca Al-Quran,tidak selama menonton filem hindustan, sehingga 3 jam

* Solah Maghrib hanya tujuh minit tetapi berita tv 1 jam
* Hanya dua saat untuk meminta maaf, mengucapkan salam dan kasih kepada ibubapa atau isteri atau sahabat sedangkan kadang kala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga berhari-hari

* Anda memerlukan lima minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah walhal anda sanggup menatap majalah selama enam puluh minit
* Anda hanya perlu dua puluh minit untuk solah Isyak sedangkan anda memerlukan empat puluh minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton tayangan lewat malam sampai "The End" sedangkan anda hanya perlukan dua saat untuk mengucapkan kalimah syukur kepada Ilahi


huu al-mu'allim kata dunia adalah ibarat neraka bagi orang Islam.. Allahumma thabbitna ma'al iman..

~~terlebih dahulu, anda tu m0h kita tukarkan kpd KITA, (baca sekali lagi la lagu tu =)) mudah2an kita beringat...~~

"jangan biarkan kami dalam keALPAan ya Allah.."

~ sekian utk kali ni, d0akan moga2 urusan kita semua dipermudahkan s0kmo tanpa Dia biarkan dlm kealpaan juga kelenaan (huu ngantuk suda) ^_^
p/s- minggu ni antara minggu2 terbussy students (matriks study weeks, lepasan spm dgn segala mcm b0rang(jgn lupa apply ckgu naa, hehe), preservice teacher dgn assigmnt n ganti klsnya) n s0 on.. d0akan semua binnajah ye, mqa pun nak akreditasi pr0gram anah dan teman2 seangkatan next week, d0akan kami.. "ad-dua' silahul mukmin", insyaAllah.. wishing all 0f you best of luck!! orang k0rea kata apa?? 'aja-aja fighting!!!'

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Wednesday, March 24, 2010

~ KiTa LagU ManA? ~


Salamullahi 'alaikum

huu kali ni anah nak share satu kajian atau mungkin juga kebetulan..

gap0 dianya yang anah nak share ni? j0m teng0k...


Hah anda tau anda jenis darah ape? Jom p cek kat klinik…kalu dah
jom kite tgk ape maknenye…emm alang2 dah p cek, derma la skali eh mudah2an darah yang didermakan tu menjadi asbab bagi sese0rang to stay alive dgn izinNya dan mana taw k0t2 darah tu jugak la yg akan jadi pengganti darah kita yg kekurangan, kan2??.. alhamdulillah anah dah berpeluang derma, kat kdri tersayang ni lah.. emm syukur 'ala kulli hal :)


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?


DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’ Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.


DARAH ‘AB ‘

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

emm yg baik jadikan tauladan yg kurang baik jadikan sempadan..

p/s; sapa tahu kalau2 darah tu tergolong dlm amal jariah yg berterusan selagi mana ia mengalir dlm badan penerima darah dan orangnya tu pun orang yg berpegang pd agama, insyaAllah..

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, March 22, 2010

~ kEmBALilaH kEPadA ALLaH ~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

huuu utk entry kali ni anah nak share satu lirik nasyid yg insyaAllah sebagai penguat saat diri terasa lemah juga pembangkit semangat juga menerbitkan sedikit keinsafan..

emmm mudah2an kita terg0long dlm gol0ngan ulul albab deh, insyaAllah..

Insha Allah Lyrics

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah

He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray

You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3

Insya Allah we’ll find the way

Allah, dengarlah rintih rayu hambaMu...

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Sunday, March 21, 2010

~ 20 U$UL dUStUR iLMiaH ~


Assalamu'alaikum warahmatullah..
beberapa hari tak diupdate tak lengkap rasanya hidupku (^-^)..

utk en3 kali ni insyaAllah anah nak p0st 20 Usul cadangan Imam Hassan al-Banna utk dijadikan sebagai dutur ilmiah>> panduan....
emmm asalnya anah pilih asy-syahid Imam Hassan al-Banna ni utk anah punya assignment KBf a.k.a kemahiran berfikir tapi atas bebrapa faktor anah batalkan tajuk ni dan pilih tokoh lain, huu banyak jugak la bahan yg dah dapat tapi.. emm tapi alhamdulillah anah b0leh share cket dlm bl0g yg serba kurang ni..
pertamanya, tak lengkap andai belum kita kenali sapa sebenarnya asy-syahid imam ni?? emmm serba sedikit beliau yg famous sebagai penulis al-Makthurat yg dianjurkan kita mengamalkannya.. hmmm beliau membesar dlm keadaan yg cukup baik didikan ayahnya sendiri yang juga merupakan t0koh dlm bidang agama.. merasakan ketanggungjawaban atas penyaksian keruntuhan Islam di Turki yg pada ketika itu lebih ke arah kebaratan membawa kepada tertubuhnya gerakan Ikhwanul Muslimin (asy-syahid imam sebagai pengasas) yg menjadikan Al-Quran juga Sunnah sbgi rujukan aula gerakan..
Imam Al-Banna meletakkan Usul 20 sebagai Dustur Ilmiah:


TAJUK-TAJUK USUL 20
1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur den
gan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

sumber: http://www.inijalanku.wordpress.com
rujuk juga: http://www.al-ikhwan.net/


emm dikatakan beliau meninggal pada 12 februari 1949, al-fatihah buat asy-Syahid Imam Hassan al-Banna.. m0ga akan ada pengganti juga penerus semangat juga daya juangnya, insyaAllah..
"Allahumma a'izzatul ISLAM..."

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Wednesday, March 17, 2010

~ jADilaH s0LEh dAn S0leHAh dAHuLu ~

Assalamu'alaikum..
huhuhu alhamdulillah wa syukur lillah.. rasenye da lame anah nak p0st en3 ttg ni..
satu yang dianggap; 'ala, biase la remaja...', 'emmm lumrah la tu..', 'eh2, bnde ni da jd satu kewajipan tau!!' n s0 on..
ttg ape yg kadang2 jd prbalahan ni??
smpaikan sbb bnde ni la kdg2 kwn baik jd musuh, yg suke jd benci, dan trmasuk yg menegur dimusuhi atau dianggap k0lot n etc...
huuu na'uzubillah, mintak ja0h dr prkara2 cam2...
ape bnde yg anah maksudkan ni eh???
huuuu e2lah yang dinamakan 'CINTA'...(huuu mcm ade pengalaman..emmm pglaman org mengajar kita, insyaAllah)..

emmm bak kate amy mastura; 'jika benar CINTA itu BUTA sapa kan jadi MANGSANYA,
jika benar CINTA itu SETIA TANGIS KETAWA SAMA..' (huhu betul ke ayat ni??)
emmm ape2pn, j0m bace artkel bwh ni dulu..


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu. Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”
Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala? Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk anda dengan insan solehah dan soleh.

sumber dr ILI.com..

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2361


~ sebagai kesimpulan dari anah, juga peringatan buat diri...
" to love sum0ne is sumthing,
to be l0ved by sum0ne we l0ve is exciting..
but to be l0ved by Allah is everything.."
huuuu xingat ayat betulnye ape, tp lbih kurang cam gitulah..
~ sm0ga Allah sentiasa ada utk jaga hati2 kita, amiin..

ALLAH CINTA TERAGUNG!!!

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, March 15, 2010

~ bila kan kurasa zaman keGEMILANGan Islam??? ~

Assalamu'alaikum.. wuhuhu lamenye rase tak mengupdate bl0g ni.. emm untuk entry kali ni, rasanya sangat bertuah bagi anah sebab hajat nak p0st tajuk ni dah lame ade tapi tulah, kat h0stel ipg wifinye kurang mengizinkan utk anah letak vide0 dari y0utube ni..

Dunia Baru Islam
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
albumnye dah ade, sape nak pinjam bolehla mintak kat anah.. cume vide0 xde, jadi terimalah:


Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi


Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat

Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah

Kami mengatur langkah

Membina sebuah thoifah
Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

hmmm terngiang2 cakap alfadhil ustaz hassan latif waktu kuliyah maghribnya kat surau rumah anah baru2 ni.. huu bila eh kan kita rasa zaman2 kegemilangan Islam macam waktu zaman Umaiyah, Abassiyah, Uthmaniah.... emm zaman penaklukan Islam di mana Rasulullah sendiri sebagai ketua juga pemimpin p0litik terbaik dunia, zaman Khulafa' Rasyidin...
"Ayuhlah para mujahid, ayuhlah para mujahidah, kita tinggalkan zaman fitnah, agar tertegak kalimatullah, agar terbangun..... Dunia Baru Islam"


اللّهمّ أتينا ما اأتيت عبادك الصالحين
Allahumma aatina ma aataita 'ibadakas s0lihin

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Wednesday, March 10, 2010

~ 10 K dalam berSAHABAT ~


assalamu'alaikum...

huuu utk entry kali ni anah nak p0st tentang rahsia dlm persahabatan ni..

yang diced0k dari ILI.com...

huuu walau diri bukanlah teman yang betul2 baik utk temannya, tapi mudah2an entry ni jadi peringatan dan panduan bersama insyaAllah..

buat teman2ku yg melawati bl0gku, ana mutaasifun jiddan andai sepanjang kita berkawan ada yg terasa hati, tersentuh mana2 yg tidak disengajakan.... especially my r0oomate, Nurul Husna Ahmad Yusoff, m0ga boleh jadi r0omate anah s0kmo..

anah sayang kamoo semua!!

ni la kelas anah, ppismp pai3 sem2..

m0ga terg0long dalam g0longan yang mendapat perlindungan arasyh Allah di hari tiada perlindungan.. amiin..

>> 2 lelaki yang beryemu dan berpisah kerana Allah<<


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).
* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat m
ampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?
* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. J
angan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).
* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahab
at kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN.
Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud
, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

"Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."

last but n0t least..... teman2ku;

RELATED HADITH

HADIS 13

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda

bersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia

mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis:

1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)

2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.

3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :

kisah Abu Zar

Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-

Quran sebagaimana beliau faham.

Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula

kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.

Pengajaran hadis:

Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan

sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang

seagama.

Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan

kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.

Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat


huu sebenarnya artikel ni juga merupakan salah satu hand-0ut daripada beberapa hand0ut yang kelas anah keluarkan sempena pertandingan s0ftware Islam beberapa hari lalu..

m0ga dapat manfaat bersama eh, insyaALLAH..


اللّهم اغفرلنا وارحمنا وعافنا واعفعنّا , أمين


~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Friday, March 5, 2010

~ didik ~

Assalamu'alaikum.. emmm utk entry kali ni anah nak share cket pengetahuan yang anah c0py-paste dr kuliyah.net.. mudah2an jadi panduan juga ped0man bersama, insyaAllah..
Kita bangun tidur di waktu subuh dan kemudian membasah wajah dengan air wudlu yang segar. Sesudah melaksanakan sholat dan berdoa. Cobalah menghadap cermin di dinding. Di sana kita mulai meneliti diri : 1.Lihatlah kepala kita! Apakah ia sudah kita tundukkan, rukukkan dan sujudkan dengan segenap kepasrahan seorang hamba fana tiada daya di hadapan Allah Yang Maha Perkasa, atau ia tetap tengadah dengan segenap keangkuhan, kecongkakan dan kesombongan seorang manusia di dalam pikirannya? 2. Lihatlah mata kita! Apakah ia sudah kita gunakan untuk menatap keindahan dan keagungan ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Kuasa, atau kita gunakan untuk melihat segala pemandangan dan kemaksiatan yang dilarang? 3. Lihatlah telinga Kita! Apakah ia sudah kita gunakan untuk mendengarkan suara adzan, bacaan Al Qur’an, seruan kebaikan, atau kita gunakan buat mendengarkan suara-suara yang sia-sia tiada bermakna? 4. Lihatlah hidung Kita! Apakah sudah kita gunakan untuk mencium sajadah yang terhampar di tempat sholat, mencium istri, suami dan anak-anak tercinta serta mencium kepala anak-anak papa yang kehilangan cinta bunda dan ayahnya? 5. Lihatlah mulut kita! Apakah sudah kita gunakan untuk mengatakan kebenaran dan kebaikan, nasehat-nasehat bermanfaat serta kata-kata bermakna atau kita gunakan untuk mengatakan kata-kata tak berguna dan berbisa, mengeluarkan tahafaul lisan alias penyakit lisan seperti: bergibah, memfitnah, mengadu domba, berdusta bahkan menyakiti hati sesama? 6. Lihatlah tangan Kita! Apakah sudah kita gunakan buat bersedekah, membantu sesama yang kena musibah, mencipta karya-karya yang berguna atau kita gunakan untuk mencuri, korupsi, menzalimi orang lain serta merampas hak-hak serta harta-harta orang yang tak berdaya? 7. Lihatlah kaki Kita! Apakah sudah kita gunakan untuk melangkah ke tempat ibadah, ke tempat menuntut ilmu bermutu, ke tempat-tempat pengajian yang kian mendekatkan perasaan kepada Allah Yang Maha Penyayang atau kita gunakan untuk melangkah ke tempat maksiat dan kejahatan? 8. Lihatlah dada Kita! Apakah di dalamnya tersimpan perasaan yang lapang,sabar, tawakal dan keikhlasan serta perasaan selalu bersyukur kepada Allah Yang Maha Bijaksana, atau di dalamnya tertanam ladang jiwa yang tumbuh subur daun-daun takabur, biji-biji bakhil, benih iri hati dan dengki serta pepohonan berbuah riya? 9. Lihatlah diri kita! Apakah kita sering tadabur, Tafakur dan selalu bersyukur pada karunia yang kita terima dari Allah Yang Maha Perkasa?

"Allahumma ahyiina bil iman.. wa amitna bil iman.. wahsyurna ma'al iman.. wa adkhina ma'al iman...."

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!

. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers