Wednesday, March 10, 2010

~ 10 K dalam berSAHABAT ~


assalamu'alaikum...

huuu utk entry kali ni anah nak p0st tentang rahsia dlm persahabatan ni..

yang diced0k dari ILI.com...

huuu walau diri bukanlah teman yang betul2 baik utk temannya, tapi mudah2an entry ni jadi peringatan dan panduan bersama insyaAllah..

buat teman2ku yg melawati bl0gku, ana mutaasifun jiddan andai sepanjang kita berkawan ada yg terasa hati, tersentuh mana2 yg tidak disengajakan.... especially my r0oomate, Nurul Husna Ahmad Yusoff, m0ga boleh jadi r0omate anah s0kmo..

anah sayang kamoo semua!!

ni la kelas anah, ppismp pai3 sem2..

m0ga terg0long dalam g0longan yang mendapat perlindungan arasyh Allah di hari tiada perlindungan.. amiin..

>> 2 lelaki yang beryemu dan berpisah kerana Allah<<


* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).
* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat m
ampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.
* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?
* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. J
angan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).
* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahab
at kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN.
Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud
, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

"Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."

last but n0t least..... teman2ku;

RELATED HADITH

HADIS 13

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda

bersabda:

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia

mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis:

1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)

2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.

3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :

kisah Abu Zar

Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-

Quran sebagaimana beliau faham.

Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula

kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.

Pengajaran hadis:

Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan

sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang

seagama.

Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan

kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.

Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat


huu sebenarnya artikel ni juga merupakan salah satu hand-0ut daripada beberapa hand0ut yang kelas anah keluarkan sempena pertandingan s0ftware Islam beberapa hari lalu..

m0ga dapat manfaat bersama eh, insyaALLAH..


اللّهم اغفرلنا وارحمنا وعافنا واعفعنّا , أمين


~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

No comments:

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers