Sunday, March 21, 2010

~ 20 U$UL dUStUR iLMiaH ~


Assalamu'alaikum warahmatullah..
beberapa hari tak diupdate tak lengkap rasanya hidupku (^-^)..

utk en3 kali ni insyaAllah anah nak p0st 20 Usul cadangan Imam Hassan al-Banna utk dijadikan sebagai dutur ilmiah>> panduan....
emmm asalnya anah pilih asy-syahid Imam Hassan al-Banna ni utk anah punya assignment KBf a.k.a kemahiran berfikir tapi atas bebrapa faktor anah batalkan tajuk ni dan pilih tokoh lain, huu banyak jugak la bahan yg dah dapat tapi.. emm tapi alhamdulillah anah b0leh share cket dlm bl0g yg serba kurang ni..
pertamanya, tak lengkap andai belum kita kenali sapa sebenarnya asy-syahid imam ni?? emmm serba sedikit beliau yg famous sebagai penulis al-Makthurat yg dianjurkan kita mengamalkannya.. hmmm beliau membesar dlm keadaan yg cukup baik didikan ayahnya sendiri yang juga merupakan t0koh dlm bidang agama.. merasakan ketanggungjawaban atas penyaksian keruntuhan Islam di Turki yg pada ketika itu lebih ke arah kebaratan membawa kepada tertubuhnya gerakan Ikhwanul Muslimin (asy-syahid imam sebagai pengasas) yg menjadikan Al-Quran juga Sunnah sbgi rujukan aula gerakan..
Imam Al-Banna meletakkan Usul 20 sebagai Dustur Ilmiah:


TAJUK-TAJUK USUL 20
1. Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.
2. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.
3. Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.
4. Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.
5. Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.
6. Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.
7. Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.
8. Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.
9. Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.
10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.
11. Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.
14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur den
gan Bid’ah.
15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.
17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.
18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.

sumber: http://www.inijalanku.wordpress.com
rujuk juga: http://www.al-ikhwan.net/


emm dikatakan beliau meninggal pada 12 februari 1949, al-fatihah buat asy-Syahid Imam Hassan al-Banna.. m0ga akan ada pengganti juga penerus semangat juga daya juangnya, insyaAllah..
"Allahumma a'izzatul ISLAM..."

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

1 comment:

Pacifist said...

semoga roh As-Syahid ditempatkan dikalangan kekasihNya.sesungguh Allah s.w.t sentiasa mengirimkan pembela yg akan membela agamaNya sepanjang zaman

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers