Wednesday, September 22, 2010

~ hitunglah amalanmu ~

السلام عليكم ورحمة الله

alhamdulillah 'ala kulli hal...
syukur, masih diberi kesempatan utk meneruskan kehidupan
bak kata encik yusuf bin mohamad, lecturer math anah waktu sem1 kat IPGKDRI ni waktu KULTUM (kuliyah tujuh minit) tadi, syukurnya diri kerana x terhitung segala nikmat yg diberikan Allah Tuhan Pemilik Alam..
1) syukur masih diberi nikmat iman dan islam
2) syukur terpilih sebagai umat nabi Muhammmad s.a.w
3) syukur kerana terpilih utk mengimarahkan rumah Allah
dan lain2..
dan tambahan dari hati anah, 
syukur masih diberi kesempatan utk menyayangi dan disayangi..
besar nikmat tu, sambil2 dengar nasyid al-Ghuraba' ni, terfikir juga andai suatu hari tiada yg menyayangi diri dan dipulaukan..
sungguh, walau luaran cakap 'insyaAllah aku kuat' tp tdk dapat dinafi dah ramai yg secara sedar mahupun tidak, takdir dan ujian Allah disalahkan.. na'uzubillah...

ok lah, back to tajuk entry..
teringat pesanan ustaz ashraf bin ridhwan, lecturer sirah sem 3 ni..
~ hitunglah amalanmu ~
tapi... macam mana??
kita manusia layakkah mengambil tugasa Rabbul Jalil dlm menafsir dan memberi penilaian??
bak kata seorang teman, manusia tak layak nak memberi dan mengadakan ujian utk orang lain.. syukran ya akhi fillah ^_^

emm tapi yang dimaksudkan ustaz kat sini ialah..
kita sebagai hamba boleh nak nilai amalan kita contoh yang diberi SOLAT
but how's??

"kamu boleh nilai dan bandingkan markah solat kamu, kat dalam kategori A ke B ke C ke.. n so on.. kalau kita boleh hitung markah kita utk perkara lain, tak kan solat tak boleh??"

hmmm itu antara ayat awal ustaz, berkerut juga la dahi ni mula2 nak dengar penjelasan ustaz.. sblm ni pun ada isu yg ustaz cakap yg tak pernah anah terfikir pun, aduh lemahnya diri..

camne nak kira markah solat??
ok, kita revise balik yg hadis cakap 'solat bersendirian dapat satu pahala tetapi solat berjemaah dilipat gandakan kepada 27 kali ganda', Maha Suci Allah, Tuhan Maha Pengasih lagi Penyayang..
kita andaikan dalam tiap solat berjemaah kita dapat 25 markah tak pun 20 (kita manusia biasa yg xkan pernah lari drpd melakukan kesalahan walau dalam solat)..
andaikan dlm sehari kita berjemaah 3 kali dan 2 kali bersendirian, hasil tambahan pahala yg dijanjikan Dia Allah yg tidak mendustakan janjiNya.. kita dah perolehi 62 markah, dlm gred B..
daripada situ, kita cuba buat mutaba'ah amal atau nilaian sendiri supaya kita lebih bersemangat utk kita menambahkan markah dan memperbaiki gred solat sebagaimana excitednya kita nak tambah markah mata pelajaran kita..

terungkai persoalan dlm diri..
terima kasih ustaz, mudah2an anah dan teman2 classmates yg mendengar boleh membuat perubahan dlm diri, biarpun sedikit demi sedikit tp mudah2an 'hari ini adalah lebih baik daripada semalam'.. insyaAllah..
p/s:huu teringat keluhan ustaz mohd noor, ustaz pelik kenapa Balai Islam al-Muttaqin nampak sunyi sejak balik raya ni.. tak kira sama ada waktu zuhur atau maghrib dan isya'.. waktu2 lain apatah lagi..
emm maaf kpd teman2 yg tidak gemarkan cara anah tegur kat sini, tp mudah2an medan penulisan dapat anah jadikan salah satu dlm medan penyampaian..
nak tegur berdepan tak semua dapat terima, diri anah sendiri pun sama, dgn kelemahan2 diri lagi buatkan rasa diri kerdil nak menegur dan mengajak..
mungkin betul kata seorang sahabat, 'talking to your shadow as one of mathode to get motivations', jazakillah mardiah idris! ^_^

sekian utk kali ini, moga ada manfaat diperolehi bersama, insyaAllah

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

No comments:

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers