Thursday, February 25, 2010

~ Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w) ~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. InsyaAllah sempena bulan juga minggu juga hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, anah nak share cket entry berkaitan diri baginda s.a.w.. sumber perolehan; http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm#2-1 Alhamdulillah wa syukur lillah sebab kita terpilih sebagai umat baginda Muhammad s.a.w yg sebagaimana kita sedia maklum punya banyak bangat kelebihan yg ditetapkan suda..

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.
~ Allahumma salli 'ala saiyidina Muhammad s.a.w

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

1 comment:

shameel Iskandar said...

Bila maulidur rasul ni, ana terinagtkan kata-kata Dr Ali shariati( walaupun dia syiah imamiyah tapi tak slaah kita petik kata-katanya)" Nabi dan rasul diutus bukan utk mengajar berzikir dan berdoa semata-mata, tetapi turut membawa agenda pembebasan." Jadi marilah kita semua mmebeabskan hidup dan kehidupan, watak dan perwatakan, sifat dan sikap daripada 'penjajahan' kpd sunnahnya

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers