Saturday, May 7, 2011

~ syeikh hafiz salamah ~

assalamu'alaikum wbt.

*hajat awa nak share ~ doakan dia ~ tp termati jap hajat tu*
tp alhamdulillah jumpe satu artikel ni
(asif, sumber x dinyatakan, web sensitif mgkin utk sesetengah orang)
tp insyaAllah, jom kenali beliau
* copy-paste jah

Syeikh Hafiz Salamah, Kassyaf Dalam Perang Mesir–Israel
Bagi umat Islam di Mesir dan di seluruh dunia yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar, nama Syeikh Hafiz Salamah adalah tidak asing lagi bagi mereka. Ini kerana beliau telah memahat sejarah tersendiri dalam diari ingatan individu Muslim yang bencikan penjajahan, khususnya Israel yang bukan sahaja merampas tanah umat Islam di Palestin lebih setengah kurun, malah bertindak biadap untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh umat Islam di tempat lain termasuklah bumi bertuah, Mesir. Keangkuhan bangsa Yahudi yang mendiami Israel tidak dapat dibendung walaupun cuba ditutup dengan kain sebesar saiz stadium sekalipun. Ini kerana kejahatan, kerakusan dan kebiadapan mereka telah pun diceritakan oleh Allah SWT bagaimana mereka sanggup menjadi penghalang kepada tugas-tugas para anbiya' di kalangan mereka sendiri yang bertindak tanpa mempedulikan para anbiya' adalah utusan daripada Allah SWT.
Kebiadapan mereka perlu diajar seperti yang pernah dilakukan oleh individu Muslim yang berpegang kuat kepada ajaran agama Allah SWT, seperti yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hafiz Salamah ketika tercetusnya perang antara Mesir dan Israel pada tahun 1973. Perang berpihak kepada kemenangan Mesir kerana berkat doa, usaha serta penentangan yang ditonjolkan oleh individu-individu seperti Syeikh Hafiz Salamah.
Rahmat Allah SWT dengan berkat Syeikh Hafiz Salamah, maka Mesir terselamat dalam kancah perang pada 1973 yang akhirnya memaksa tentera Israel berundur dari seluruh kawasan dan wilayah di Mesir kerana perancangan mereka tersekat dengan munculnya satu keajaiban melalui tangan keramat Syeikh Hafiz Salamah.
Keperibadian Syeikh Hafiz Salamah
Namanya Hafiz Ali Ahmad Salamah atau lebih dikenali umum sebagai Hafiz Salamah, dilahirkan pada 10 Jamadilakhir 1344H bersamaan dengan 25 Disember 1925 di bandar Suez. Beliau anak keempat daripada pasangan Ali Salamah iaitu seorang saudagar kain yang menjelajah dari satu wilayah ke satu wilayah yang lain seperti yang pernah dilkukan oleh Rasulullah SAW pada zaman kehidupan baginda.
Dalma Perang Dunia Kedua, ayahnya berhasrat untuk membawa ahli keluarganya untuk berhijrah ke Kaherah memandangkan Suez adalah tempat masuk segenap bala tentera asing yang mengancam penduduk setempat sekali gus menghalang segala sktiviti harian termasuk perdagangan dengan pelbagai bentuk jenisnya.
Namun Syeikh Hafiz enggan untuk bersama keluarganya ke Kaherah dengan alasan mahu meneruskan perniagaan ayahnya di Suez, sekali gus mahu mampertahankannya daripada segenap anasir yang datang.
Dalam usia mencecah 19 tahun, Syeikh Hafiz menyertai sebuah pertubuhan belia pada 1944 yang dikenali sebagai Jam'iyyah Syabab Muhammad (Pertubuhan Belia Muhammad) yang merupakan penglibatan awalnya dalam kancah penentangan terhadap segenap bentuk penjajahan asing ke atas Mesir.
Kecenderungan kepada gerakan secara tidak langsung
Syeikh Hafiz Salamah sedar, bahawa kebanyakan para aktivis Islam pada masa itu bersama dengan gerakan Islam yang ada pada masa itu yang diasaskan oleh Imam Hassan, yang berjuang bukan sahaja dalam Mesir, malah perjuangan mereka hingga mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyelamatkan bumi Palestin yang dirampas pada 1948 yang ditaja oleh Britain, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Syeikh Hafiz Salamah tidak menolak pendekatan yang dibuat oleh gerakan Islam yang ada pada masa itu dalam meneruskan misi dakwah dan gerakannya. Malah beliau terus bersama Pertubuhan Belia Muhammad yang masih dilihat oleh pihak berkuasa dan tentera asing bukanlah ancaman terhadap mereka, tetapi pada masa yang sama bertindak mengancam dan menghalang hasrat mereka untuk menjajah dan menakluk bumi Mesir.
Beliau yang juga terlibat dalam menyertai ketumbukan gerakan Islam pada tahun 1948 ke Palestin bagi menyelamatkan bumi tersebut terkandas kerana pihak berkuasa Mesir lebih dahulu mengesan individu yang menjadi delegasi untuk menyelamatkan Palestin, nama-nama mereka diserahkan kepada tentera British untuk diambil tindakan undang-undang.
Pada tahun 1950, Syeikh Hafiz Salamah dan juga aktivis gerakan Islam menjadi buruan pihak berkuasa atas arahan British. Akhirnya beliau ditangkap kerana tulisannya yang tersiar di dalam akhbar "An-Nazir" yang mengkritik hebat pakaian wanita dalam pasukan Bulan Sabit Merah yang menyerupai rahib-rahib Kristian.
Beberapa bulan selepas ditahan, Syeikh Hafiz Salamah bertindak garang dengan menghalakan sasaran kritikan pedasnya terhadap kekejaman tentera British pada 1951 yang akhirnya beliau sekali lagi ditangkap hingga kepada berlaku revolusi yang dikenali sebagai "Revolusi Julai 1952" yang dianggap sebagai satu petualang kepada perpecahan orang Arab hingga ke hari ini.
Presiden Mesir ketika itu, Presiden Jamal Abdul Naser mengeluarkan arahan supaya Pertubuhan Belia Muhammad diharamkan serta-merta markaz mereka ditutup, segala aktiviti dihalang bagi menjaga kepentingan Mesir dan Soviet Union ketika itu, kerana PResiden Jamal Abdul Naser adalah pemimpin Mesir yang berhaluan Sosialis, maka Syeikh Hafiz Salamah turut ditangkap dan disumbat ke dalam Penjara Za'bal.
Berjihad di belakang tabir penjara
Syeikh Hafiz Salamah yang diletak di dalam sel yang bernombor 12 di penjara Anbar Al-'Atawilah tidak berdiam diri, malah menulis sepucuk surat yang ditujukan khas kepada Presiden Jamal Naser menasihatkannya agar bertakwa kepada Allah SWT, hendaklah beliau takut kepada-Nya yang akan mati dan berada dalam alam kubur hingga sanggup menjadi tali barut musuh Islam dengan menggadai maruah ajaran Islam dan akidah. Beliau bersama para pimpinan gerakan Islam turut memohon agar dibebaskan supaya dapat mempertahan Mesir dari serangan Israel, ia berlaku pada tahun 1967 di mana tentera Mesir kalah dalam peperangan itu.
Beliau menegaskan dengan jelas, bahawa tangan-tangan Muslim yang jarang berwudhuk, tidak akan diberi kemenangan oleh Allah SWT, kerana mereka sama sahaja seperti orang-orang kafir. Permintaan Syeikh Hafiz Salamah akhirnya ditunaikan akan tetapi, sudah agak terlewat kerana Mesir telah menerima kekalahan.
Perang 6 Ramadhan menghadapi tentera Israel
Syeikh Hafiz Salamah boleh dianggap wira dalam peperangan pada tahun 1973 setelah Syeikh Al-Azhar pada waktu Dr. Abdul Halim Mahmoud bermimpi bahawa Mesir akan menerima kemenangan dan mengerahkan seluruh bala tenteranya melalui Presiden Anwar Sadat agar bersiap siaga dalam menghadapi peperangan tersebut.
Syeikh Hafiz Salamah berperanan besar pada peperangan itu. Apabila tentera Israel mengalirkan racun dalam laut Mesir termasuk di Terusan Suez yang menjadi sumber minuman kepada seluruh rakyat negara itu, sesungguhnya Allah SWT tidak menghendaki rakyat negara Mesir mati diracun, maka dengan berkat dan keramat (karomah) Syeikh Hafiz Salamah yang kassyaf kerana banyak beramal dan berzikir kepada Allah, beliau telah mengalihkan air racun tersebut untuk dikirim semula ke Israel agar menjadi sumber minuman beracun dengan jarinya yang mulia itu.
Takdir Allah menentukan segala-galanya apabila Mesir menerima kemengan dalam peperangan tersebut atas berkat doa, gandingan serta penggemblengan tenaga para ulamak yang membuka mata umum bahawa para ulamaklah yang menjadi tulang belakang kemenangan kepada Mesir walaupun mereka pernah dipenjara atas alasan yang tidak munasabah kerana semata-mata mendaulatkan Islam secara praktikal.
Sesungguhnya kehidupan Syeikh Hafiz Salamah sarat dengan perjuangan untuk menegakkan hukum Allah SWT di muka bumi ini, sama ada menghadapi musuh Allah di kalangan orang-orang kafir Nasrani (Kristian) atau Yahudi, mahupun musuh dalam selimat di kalangan bangsa sendiri yang sanggup menjadi penerus hidup yang menentang Allah SWT.
~ fikir! ~

No comments:

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!

. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers