Friday, November 12, 2010

~ bila waktu telah berakhir ~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
selawat dan salam ke atas junjungan juga ikutan kita Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat baginda kulluhum

alhamdulillah, masih diberikan kesempatan ruang masa, kesihatan dan lain2 nikmat utk terus masuk ke ruangan 'new post' ni utk kongsikan satu cerita..
mudah2an ada manfaat diperolehi bersama, insyaAllah

hari ni jumaat, seperti kebiasaan tiap hari jumaat mula pukul 10 atau 11 pagi ada cerita melayu..
hari ni, anah punya kesempatan itu utk nonton jap drama ni, tak pasti tajuk apa tp mungkin 'bila waktu telah memanggil' ni sesuai juga..
disebabkan kawan dri unit TESL tu pun datang lambat utk buka tv, kami tengok drama ni pun kejap je.. tapi alhamdulillah di pengakhiran cerita anah nampak moral ceritanya..

*penceritaan melalui drama singkat yg anah tengok je deh*

mengisahkan mengenai kehidupan sebuah keluarga yg bukanlah sebuah keluarga yg boleh dikategorikan 'orang senang'..
mengisahkan seorang ayah yg telah kematian isterinya yg kurang menyayangi anak laki bongsunya yg kurang berpendidikan (kot) berbanding dgn seorang abang dan kakaknya lagi..
kat rumah tu, si ayah duduk dgn anak bongsunya tu, si anak tu lah yg sentiasa mengambil berat akan ayahnya yg sorang tu..
kedua abg dan kakaknya dah kerja kat bandar, jarang2 pulang ke rumah tapi bagi si ayah, anak yg dua orang ni lah yg banyak membantunya..

nak dijadikan cerita, si ayah sangat teringin utk menjejakkan kaki ke Baitullah..
apabila hajat si ayah diberitahu kpd kedua abg dan kakak laki tadi, masing2 tak boh ambik caghe bak kata orang t'ganu..
lalu si adik tu lah, yg hanya bekerja di kampung yg bertungkus lumus berkerja utk tunaikan hajat ayah tersayang yg ingin ke Mekah..
anak bongsu daripada tiga beradik lakonan faizal yusuf tu sebenarnya dah mempunyai seorang teman utk dijadikan calon isteri tetapi hajatnya ditangguhkan dulu demi seorang ayah..
w/pun ayahnya tak pernah nampak pun pengorbanan dia..
dia sebenarnya mengidap penyakit cancer tapi dirahsiakan dan hanya dlm pengetahuan pak langnya atau adik kpd si ayah..
bila mana ada pengorbanan, di situlah ada yg terkorban..
dlm kisah ni, faizal yusuf yg mengorbankan dirinya
(bukan korban mcm raye haji tu tau, maksudnya dia korbankan apa yg selama ni dia tunggu @ idam @ niatkan) ^_^
duit dalma simpanan utk tujuan perkahwinan dan apatah lagi merawat penyakitnya dilupakan demi menunaikan hajat ayahnya..
si anak bongsu ni lah yg selama ni memasukkan duit ke dlm akaun si ayah walhal pada tanggapan ayah, anak sulong dan secondnya yg masukkan..
tapi segala2nya terungkai slps majlis tahlil kematian faizal sekali gus majlis doa selamat utk si ayah ke Mekah..

bilamana si ayah membuka mulut mengucapkan teria kasih kpd si along dan angah tu kerana dah masukkan duit, masing2 terpinga2..
barulah paklang tadi buka mulut utk cerita perkara sebenar dan mengapa si bongsu tu merahsiakan penyakitnya..
sambil2 di flashback cerita paklang dgn faizal kat tepi sungai, iringan lagu "bila waktu telah memanggil" mengiringi cerita..

* Bila waktu telah berakhir by opick *

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya
bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal

bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

adoi, terima panas pipi tgk cerita ni w/pun sekejap cuma..
ok, sambung cerita

dlm pesanan2 akhir faizal yg disampaikan kpd paklang, dia meminta maaf kpd bakal isterinya atas tindakan dan keputusannya utk memutuskan pertunangan mereka.
juga kemaafan dipohon buat kesemua ahli keluarga seandainya telah menyusahkan mereka..
juga tak dilupa pesanan buat kedua abg dan kakaknya supaya menjaga ayah mereka dgn baik, sebagaimana dia telah menjaga ayahnya..
"kullu nafsin zaiqatul maut"
~ bila tiba masanya, maka tidak akan diawalkan atau dilewatkan walau sesaat ~
moga Allah meredhai kita sebagai makhlukNya dan Nabi Muhammad sudi memberikan kita syafaatnya kelak

di kesempatan ni, anah pun nak minta jutaan malahan berbilion kemaafan kpd semua yg mengenali diri safanah adnan terutamanya familyku..
terutama kpd insan2 terdekat juga insan2 yg pernah anah berkawan dengannya kerana anah tahu dia membaca tulisan anah ni..
maafkan anah dunia akhirat..
moga dirimu faham apa yg anah inginkan dan moga Allah meredhai keputusan dan tindakan anah juga dirimu, yg anah tahu anah sayangkan kalian cuma biarlah..
di TanganNya terletak segala ketentuan, doakan apa2 yg terbaik buat kita semua..
~ teruskan perjuanganmu temanku ~
terima kasih juga di atas segala tunjuk ajar kalian, moga kalian tidak serik utk berkawan dgn anah..

~ sekian utk kali ni, exam masih berbaki satu paper, mohon doa teman2 pembaca utk doakan anah dgn kawan2 seluruh ipg yg sedang exam, juga tak lupa buat teman2 di tempat2 lain..
lagi satu, antara doa yg mudah dimakbulkan adalah apabila seorang mukmin mendoakan kesejahteraan keseluruhan mukmin lain tanpa pengetahuan mereka..

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

4 comments:

::Madu Lebah:: said...

hu3..
rajin deh tgk tv..
^_^
rajin juga mengHUPDATE~
lalalala~

GOOD LUCK 4 THE LAST PAPER!

Anonymous said...

juz 2 share with u all...

MY BELOVED MOM SAID TO ME AFTER I KNOW WHAT LOVE IS ABOUT…

"I haven't found any entry in Islam that permits what you are doing right now. I haven't heard from anyone that loves before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word.“

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family comes from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.

It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

think! think! think!

safanah adnan said...

>> syu, hehe macam tak kenal anah adnan.. =)
bittaufiq wan najah jugak..

>> buat nissa: syukran 'alaiki atas semua nasihat nissa pd anah.. dan maaf juga atas kejadian lepas..
insyaAllah anah faham apa yg nissa cuba sampaikan, namun anah rase nissa pun belum cukup memahami anah sebagai mana anah belum banyak memahami nissa.. maafkan anah deh.. insyaAllah anah serahkan semuanya pd Allah, begitu juga nissa ye, kerana Dia sebaik-baik penentu.. dan bak kata nissa 'jalan yg kita lalui skrg adalah jalan yg terbaik buat kita'..
namun, adakala anah pun ada rasa cket sedih bila ada insan sprti yg anh cakap sblm ni..
apa2 pun, pd Allah akan kembalinya segala urusan..
~ syukran dik, uhibbuki fillah..

azryn|crew said...

Assalamualaikum Anah:


AL QAHHAARU:Ertinya Yang Sangat Keras.

KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.
-----------------------------

Semoga ante sihat selalu & diberkati serta diberi kesenangan dalam perjuangan ante..

-----------------------------

sama2 kita amalkan zikir diatas itu ya ^_^

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!

. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers