Sunday, October 17, 2010

~ butterflies and flowers ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

bismillahi 'ala kulli hal wa astaghfirullah..
alhamdulillah 'ala kulli hal

hmm dalam minggu ni je ada banyak benda yg buat anah berfikir (puas juga menangis sendirian), ada yg senang diterima dan tak kurang ada yg tersa perit untuk anah menerima..
tapi, tetaplah dikau yakin duhai hatiku, "انّ مع العسر يسرا"

tak boh cakap lame2, ada tugasan menanti (selagi namanya manusia dan selagi hidup, tanggungjawab mengatasi masa tapi ramai yg terleka termasuk la anah =( )

jom, sama2 tengok, faham, dan ambil pengajaran daripada kata2 yg terkandung dlm video..
tapi...
(dah dua hari nak post video cuma tak terupload yg ni, sebabnya anah pun tak pasti)
* sedihnya rasa tak boleh nak share video ni, cantik + syahdu je baca *
jadinya, anah upload kata2nye saja deh
(mudah2an dapat manfaat bersama, insyaAllah)

* asal tajuk yg kawan sharekan rama2 dan bunga *
tapi baru kuteringat, diriku ada kemungkinan jadi cikgu ganti english juga ^_^
(temanku bertanya; kenapa bukan bunga dan kumbang??)
~ maaf ye, saje ubah angin kejap ~
sebab kat beloved IPGKDRI ni anah dan zumala' ambil PA/ BI/ BA (Pengajian Agama/ Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris)

jadi, anah tukar tajuk entry
.: butterflies and flowers:.
"seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama2,
namun Allah berikan kaktus dan ulat..
lelaki ini sedih, dia tidak faham mengapa pemberianNya berbeza dari permintaanNya,
kemudian, dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat utk diuruskan
dan dia memutuskan utk tidak mempersoalkannya..
selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yg telah lama dilupakannya..


lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yg hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik,
dan daripada ulat yg terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yg cantik.
~ izinkan diriku menjadi rama2mu ~
temanku,
Allah sentiasa lakukan semua perkara dgn betul,
cara Allah sentiasanya terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah..
~ jika anda memohon sesuatu tapi menerima yg lain dari Allah, PERCAYALAH
pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yg dipinta pada masa yg sesuai ~

apa yg anda pinta
tak semestinya apa yg diperlukan!!
Allah tak akan gagal penuhi permintaan, teruskan BERDOA tanpa ragu dan mengeluh
~ DURI hari ni adalah BUNGA hari esok!! ~
"Allah kurniakan pilihan terbaik kpd mereka yg menyerahkan ketentuan hanya kepadaNya"
~ indahnya andai kita jadi mawar berduri akhawatku ~
* specially dedicated for everyone who know me *
teringat kata2 sorang teman,
~ moga kita tenang2 sahaja hadapi ujian ~
* syukran 'alaik *
"bersama-sama kesusahan ada kesenangan", insyaAllah_surah insyirah_
always remember; UJIAN adalah TARBIYAH!!
* kuatkan hatimu anah, tunjuki diriku pada jalan yang benar Ya Rabb *

~ doakan ketetapan iman dan Islam bersama, dan moga2 Allah tetapkan kita dalam ketaatan dan agamaNya, amiin..
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

2 comments:

Azrin|kun said...

5 Sifat yang melayakkan kita memasuki Syurga

Abul-Laits berkata: “Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:

Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: “Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma’wa yang bermaksud “ Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya.“
Rela dengan pemberian yang sederhana sebab telah disebut dalam hadis: “Harga syurga itu ialah orang tidak rakus pada dunia.“
Rajin melakukan perkara ketaatan dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : “Syurga itu diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.“
Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mengharapkan syafaatnya sebagaimana dalam hadis: “Perbanyaklah kawan kerana setiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.“
Memperbanyakkan doa dan memohon untuk memasuki syurga dan berharap mati dalam keadaan husnul khotimah.
Suber Kitab Tanbihul Ghafili

safanah adnan said...

jazakallahu khaira jazak atas perkongsian ilmu..
moga Allah memberkati usahamu..

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers