Tuesday, October 5, 2010

~ ingatlah Dia sentiasa ada ~

 السلام عليكم ورحمة الله

pertama dan selamanya, syukur ke hadrat Allah di atas semua nikmat kurniaNya
~ tak terhitung oleh kita sebagai makhluk akan nikmat2 yg diberikan Khaliq ~
jangan dilupa lafaz istighfar (sedangkan baginda Nabi Muhammad s.a.w yg sedia maksum sentiasa mengingati Allah dan memohon keampunaNya), apatah lagi kita hamba yang serba tidak tahu, sentiasa dikelilingi dosa..
adakala kita sedar (bersyukurlah andai 'disedarkan' kerana itu bukti Allah masih sayangkan kita) dan tidak kurang adakalanya kita tidak sedari salah kita atau mungkin juga buat2 tak nampak di atas 'penyedar' yang diberikan Allah.. (ربّنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهبلنا من لدنك رحمة)
amiin..
untuk entry kali ni, insyaAllah anah nak share satu kata semangat istilah tepatnya 'peringatan' yg diberikan oleh seorang teman fillah, jakallahu khaira jazak..
"ad-dinu nasihah"
"wazakkir fainna zikra tanfa'ul mukminin" _surah az-dzariyat ayat 55

~ jom baca, hayati, dan ambil iktibar bersama, insyaAllah ~

* SAAT DIRI RASA TERUJI *
menangislah sepuasnya andai ia dapat mendekatkanmu dengan Allah

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -(Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (-Surah Al-Baqarah ayat 216 )

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (-Surah Al-Baqarah ayat 286 )

RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (- Surah Al-Imran ayat 139 )

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (-Surah Al-Imran ayat 200 )

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (-Surah Al-Baqarah ayat 45 )

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. (-Surah At-Taubah ayat 111 )

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (-Surah Yusuf ayat 12 )
~ amiin ~

~ sampai sini sahaja untuk entry kali ni..
~ p/s: saat diri terasa lemah, cuba sama2 hayati tafsiran surah Ar-Rahman dan Al-Maidah (ingatlah Dia sentiasa ada)..

min surah al-maidah ;5:54
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui."
~ teman, diriku jauh dari ciri2 hizbullah, jangan diuji hatiku =( ~

~ doakan kesejahteraan diri dan hati bersama

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

2 comments:

Azrin|Azhari said...

salam..Nama ana Mohd Azrin Bin Mohd Azhari...kalau ada sebarang komen dari seseorang dari isi2 nie..bagitahu ana yer.. biar ana yang menjawabnya...sebab kebanyakan manusia melihat umur segalanya.

semoga disini dulu

InsyaAllah

Mohd Azrin said...

baik..ana terangkan.. sebab nanti susah pula..

putus asa_ saya berikan contoh ayat

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (-Surah Yusuf ayat 12 )

Mungkin bagi Non Muslim perkataan kafir disini akan memberikan impact yang begitu besar kepada mereka tapi disebaliknya bagi orang Islam Kafir bagi mereka ialah yang tidak mempercayai akan agama Allah. Dan bagi Non Muslim mereka menggunakan perkataan lain seperti Unbelevers atau sebagainya. ini menunjukkan suatu pertentangan manusia terhadap agama dan kita istilahkan kafir bagi pandangan orang Islam dan ia tetap relevan selagi masih ada orang yang Non Muslim.

"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah"

Disini kita sudah sedia maa'lum bahawa setiap apa yang telah Allah turunkan kepada umat Manusia tidak kira Non Muslim atau Islam sendiri. Yang mempercayai Islam sudah tentu ianya relevan kerana setiap apa yang telah di turunkan kepada kita kita kena ridho dan Allah telah mengingati kita supaya bersabar dan jangan sekali-kali berputus asa. Nah sekiranya kita hilang pertimbangan ini kemungkinan besar kita akan membunuh diri. dan bagi kita umat Islam itu suatu larangan yang perlu diambil kira.
(" Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." ")

Nah! disini lah akhirnya perbedzaan antara kita Islam dan Non Muslim . Mungkin bunuh diri bagi yang kafir!!!

"18.Yea, a man may say, Thou hast faith, and I have works: shew me thy faith without thy works, and I will shew thee my faith by my works." (james 2)
adakah ini relevan!!!

semoga disini dulu

InsyaAllah..akan ku sambung untukMU wahai puteri anah..

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers