assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.... tak tergambar ucapan syukur atas segala nikmat yg dikecapi, m0ga anah juga para pembaca s0kmo dijaga Allah agar segala nikmat yg diberi tidak kita bawa ke jalan yg salah..selawat dan salam ke atas baginda habibullah, nabi Muhammad s.a.w, ahlul bait, juga sahabat baginda nabi s.a.w...
wuuu rindunya nak update bl0g.. m0ga ada manfaat diperoleh bersama, insyaAllah..
untuk entry kali ni suka untuk anah bawakan satu cerita atau juga pers0alan berjawapan utk dik0ngsi bersama teman pembaca..
sumber cerita; iliuvislam.com
syukran kathir... ^_^
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat...
" Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya? "
Salman al-Farisi menjawab, " Saya, ya Rasulullah. "
Rasulullah bertanya lagi,
" Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ? "
Salman al-Farisi menjawab,
" Saya ya, Rasulullah. "
Rasulullah kemudian bertanya,
" Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? "
Salman al-Farisi menjawab lagi,
" Saya, ya Rasulullah. "
Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi. Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi membuat semua itu. Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu. Salman al-Farisi menjawab,
" Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya. Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan). "
Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi.
" Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran. Aku membacanya 3 kali setiap hari. Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "

2 comments:
aslkm..wah nice blog...leh linkkan blog ana ni di sini http://rejeks.blogspot.com ,ok babai
salam anah.satu agama yg penuh hikmah dan dinamik.sentiasa memberi ruang dan peluang kepada penganutnya utk mendpt ganjaran dlm pengamalannya.walaupun kemampuan kita berbeza ttp ganjarannya ttp sama.syukur kepadaNya kita mendapat nikmat Iman dan Islam..
Post a Comment