السلام عليكم ورحمة الله alhamdulillah 'ala kulli hal..wuuu dlm kekurangan mo0d ni kugagahi juga diri utk p0st an0ther entry (mudah2an ada manfaat bersama, Allah bantulah hambaMu yg sgt lemah ni..) lme rsenye xp0st kuliyah maghrib dari balai Islam (hmm buku da tertinggal kat rumah tyme cuti haritu, isk3..)
k la, back t0 topik; emm kuliyah kali ni umum cket based pd tajuknya bak kata ustaz.. yuh beringat bersama, insyaAllah..
by> ustaz hazwan hamidan >>> tazkiyatun nafs (sesi 1) >>> balai Islam al-Muttaqin huuu awal permualaan tazkirah dimulakan dgn slide ttg RAMADHAN.. ade ape ye pd bulan ni??
أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار
maksud hadis: "Ramadhan; awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pembebasan dari api neraka" *hadis ini ada yg berpendapat sebagai hadis dhaif dan takleh kalau nak berhujah ttpi dlm satu2 perkara ia dibenarkan, Allahu a'lam..
hmmm dan apa pulak kaitan dgn tajuk kuliyah n entry kali ni?? sedar tak sedar tinggal bape bulan je lagi kan shahru ramadhan karim menjelma, hari ni dah 22 jamadil awal 1431h bersamaan 7 mei 2010.. kejap je kan?? bak kata s0rang ukhti ni>> pertambahan usia @ hari belum tentu membawa kpd pertambahan amal..(Allahu rabbi bimbinglah kami, jangan Kau biarkan kami terus terleka, amiin).. emmm kuliyah kali ni ustaz juruskan pada maghfirah aka keAMPUNan juga tentang pintu2 taubat min surah Ali-Imran ayat 133 yg mafhumnya;
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa"
menurut Imam an-Nawawi, bertaubat dr setiap d0sa yg disedari adalah wajib dan terdapat 4 syarat utk bertaubat>> 1) berhenti drpd melakukan dosa tersebut, 2) menyesal atas apa yg dilakukan, 3) berazam utk tidak mengulangi d0sa tersebut, dan apabila berkait dgn kita sesama insan yg ke-4 adlh perlu iaitu mengembalikan hak bg yg dianiaya.
~ keutamaan utk mem0hon keampunan>> ditinggikan darjat, min surah al-baqarah ayat 222; "....... sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yg banyak melakukan taubat dan orang2 yg banyak mensucikan diri"..
~ keluasan pengampunan dan rahmat: 1) pengampunan, 2) rahmat, 3) keburukan digantikan dgn kebaikan>> min surah az-Zumar ayat 53; isi ayat 'janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah', petikan hadis; "sesungguhnya Allah membentangkan rahmat dan pengampunanNya utk menerima taubat orang yg telah melakukan dosa pada waktu siang dan malam. keadaan ini akan berterusan sehingga terbitnya matahari dari barat".. huu mudah2an kita termasuk dlm g0longan yg diampunkanNya, amiin..
### bersambung kemudian, mata den da nak lelap, asif 'ala kulli hal ###
السلام عليكم ورحمة الله
huuu entry kali ni insyaAllah anah tujukan pada tiap yg bergelar guru (specially to training teachers kat ipg kdri n wat sahabat tersayang, syuhaidah sulaiman kai ipkb, insyaAllah).. emmm tak lupe buat semua yg membaca p0st anah kali ni sebab kita semua adalah pemimpin terutama bg diri sendiri.. insyaAllah, sebagaimana hadis..
Bermaksud:“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu adalah bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”
hmm baru nak masuk p0stnya, macam selalu, anah tak pandai mengarang tapi nak c0py-paste b0leh la.. (tringat lak saya hamba dlm dewan hq)
~DIRIKU AS A TEACHER~
Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu'alim, mu'addib, murabbi, mursyid, muddaris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.
Mu'allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu'allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu'allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral. Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu'allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.
Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.
Mu'addib (Ta'dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu'addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu'addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu'addib adalah menyiapkan mu'addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu'addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu'addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.
Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.
Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah ... (Maksud Al-Qur' an 11 :29)
Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman(Maksud Al-Qur'an 42:215)
Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.
Hmm...hebatkan peranan guru! Hakikatnya guru sememangnya dipandang tinggi dan merupakan suatu pekerjaan yang murni dan mulia. Janganlah ada di antara guru-guru yang hanya mementingkan pangkat dan gaji semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab membentuk manusia menjadi insan yang terpuji sifat dan peribadinya sesuai dengan tema sambutan hari guru, "Guru pembina negara bangsa." Teringat aku akan teman seperjuangan yang telah bersara tempoh hari. Walaupun telah bersara, sesekali Cikgu Melur akan datang juga ke sekolah menjenguk kawan-kawan. Dalam hatinya terasa rindu kepada suasana persekolahan yang telah sebati di dalam jiwa. bBegitulah guru. Walaupun telah bersara panggilan keramat "cikgu" tetap dibawa ke mana saja mungkin juga hingga ke liang lahat.
selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad s.a.w, ahlul bait juga para sahabat..
huuu sempena kedatangan exam ni, insyaAllah anah nak k0ngsi satu artikel yg anah c0py-paste dari iluvislam.com..
bace yuh!! m0ga dapat manfaat bersama..
Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.
Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas. Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi
2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti
3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca
4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.
Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.
Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.
Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.
Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran. Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.
Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.
Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.
Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.
~ huu asif kepada teman2 yg da selesai exam kat matriks dan mne2 yg da suda examnye... (waaa wishing all of you best of luck walau da terlambat tapi xpe sesungguhnya Allah mendengar suara dan d0a2 hambaNya, insyaAllah)..
~ buat teman2 se-ipg dan ipg2 lain (huu mudah2an 3.5 and ab0ve milik kita, amiiin) juga students yg belum menempuh masa2 'genting' 2, insyaAllah pert0longan Allah sentiasa ada, usaha dan teruskan usaha- aja2 fighting!!
~ huuu kangan bangat sama bi'ah sarjana (pinjam ayat syu ^_^), huuu zaman2 stayup, study n trus study walau memain pun banyak.. syukran kathir sume teman2 especially buat syuhaudah sulaiman.. ukhuwah fillah abadab abada insyaAllah..
sekian utk kali ni, asif 'ala kulli hal... doakan anah dan teman2 ea
huuu lamenye tak 'kemas rumah', s0kmo jln2 rumah org je...
dek kekangan masa yg entah rsenye anah sendiri yg cipta, asif kpd para pengikut n pemberi k0men..
emm kali ni anah nak share 1 inf0 jua peringatan atau tips mungkin..
alhamdulillah da settle minggu2 assignments ni anah berkesempatan mend0wnload cket eb0ok islamik, insyaAllah sumber dan bahan rujukan yg dinyatakan sahih..
"فاستبقوا الخيرات" insyaAllah sesamalah kita... sesungguhnya ad-deenu nasihah, dan nasihat itu bermanfaat bg kita (huuu lupe lak ayatnye).. yuh bace yuh..
Allah Yang Maha Agung dan Maha Perkasa menjadikan beberapa sebab dan kunci untuk rezeki, di antaranya:
a. Istighfar (memohon ampun kepada Allah) dan taubat kepadaNya. Dan yang dimaksud adalah melakukan keduanya dengan perkataan dan perbuatan.
b. Taqwa. Dan hakikatnya adalah menjaga diri dari yang menyebabkan dosa atau mentaati perintah-perintah Allah dan menjauhi larangan-laranganNya atau menjaga diri dari sesuatu yang menyebabkan seksa, baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya.
c. Tawakkal. Yaitu menampakkan kelemahan hamba serta bersandar sepenuhnya kepada Allah semata.
d. Beribadah sepenuhnya kepada Allah . Yaitu bersungguh-sungguh dalam mengkonsentrasikan hati ketika beribadah kepada Allah .
e. Mengikuti haji dengan umrah. Maksudnya, melakukan salah satunya lalu melanjutkannya dengan yang lain.
f. Silaturrahim. Yaitu berbuat baik kepada kerabat/keluarga dekat.
g. Berinfak di jalan Allah . Yaitu berinfak untuk sesuatu yang dicintai dan diredhai Allah .
h. Memberi nafkah kepada orang yang sepenuhnya menuntut ilmu syar'i (agama).
i. Berbuat baik kepada orang-orang yang lemah.
j. Berhijrah di jalan Allah . Yakni keluar dari negeri kafir ke negeri iman untuk mencari keredhaan Allah se-suai dengan syar'iatNya.
Alhamdulillah wa syukrulillah, as-solatu wassalamu ‘ala Rasulillah..
Setinggi syukur dirafa’kan ke hadrat Illahi di atas limpahan kurnia..
Takde ape sebenarnya utk entry kali ni, juz anah nak share satu cerita dgn para pembaca bl0g anah (bl0g da dpt tempat di hatiku tatkala senang dan susah, wuu ^_^).. yg mudah2an dlm cerita ni terselit cket pengajaran, insyaAllah….
Based pd tajuk p0st, mungkin ada yg berfikir apa yg anah nak share kali ni berkaitan siksa Allah,
Tak kurang juga yang akan ada yg berfikir entry anah kali ni berkaitan dgn nikmat atau fadhilah yg Allah kurniakan kpd hambaNya natijah d0a mak dan ayah..
Emm petang semalam (31 mac 2010) menjadi satu detik yg begitu menggembirakan bagi anah w/pn awalnya emosi tak stabil jap..>> penin dgn kedatangan Malaysia Quality Agency (MQA) yg dirangkakan akan dating ke ipgku next week insyaAllah..
Balik je s0lat asar terus tidur, asalnya d0k membaca article utk prepare oral presentation malam tu.., bangun je dah dekat pukul 7 (qadha tid0 punya pasal..^_^)
Pastu bukak je handset ada 2 massage inb0x, satunya dari ayah..
Mesej ayah;
“Salam anah, nisah dapat mrsm kuala berang, daftar 12 april”..
Huuu bace je terus nak ngalir air mata, syukur!!
Dlm d0k mamai2 tu telefon la my bel0ved father tapi mak yg angkat..
Alhamdulillah ‘ala kulli hal…..
Usai je tanye khabar terus mak cakap adikku aniesah dapat mrsm KuBe (baru je nak tanye).. gembira betul bunyi suara mak, s0 am i (diriku yg bertanggungjawab dlm membuat rayuan on9 of corse antara yg paling happy lepas mak n ayah) .. syukurnya Ya Allah…
Tanye mak, anisah dah taw ke belum, adik-beradik lain..?
Huuu sume dah diinfrmkan (padahal baru je taw, pihak MARA tep0n rumah.. haritu last anah wat rayuan n check balik dpt jawapan yg adikku tak Berjaya ke sana, waktu 2 send mesej je kat ayah sbb rsenye tak sanggup nak cakap ngn ayah adik kesayanganku tu tak dapat mrsm sbb ayah nampak sangat berharap..).. huu mane taknye, waktu balik cuti separuh sem ae2 ayah tak sudah2 cakap nak ke t’ganu lagi; hantar aniesah then lawat anah kat ipg ni, tak jauh dr kuala berang.. gambarkan deh ^_^
Huu back to ph0ne..
Sembang punya sembang dgn mak, tak lupa mintak mak d0akan anah ngan adik-beradik lain jugak 4 my mqa agenda (anah antara yg terlibat utk ditemu bual, d0akan kami ye sahabat sahabiah..) .. mak pun bagi la cket tips juga nasihat (as usual tiap kali tep0n mak, syukurnye masih punya mak sbgi da ones wh0 influenced me alm0st of my life>> diriku tak cukup berdikari =(..) kakakku pun nak exam mak kata, s0 memang sentiasa dok d0akan anak2nya.. terima kasih mak, ayah!!!
Tak ketinggalan ucapan tahniah buat mak dan ayah..
Huu nape ye kami happy sangat??
Actually dlm ramai2 kami 9 orang, belum ada lagi yg jd d0ktor atau dlm bidangnya.. s0 memang selama ni ayah mengharapkan anisah dpt jd da ones yg keje sbgi d0ktor..
B4 ni, adikku kat sm raja perempuan ta’yah..
Tak dinafikan kejayaan ada di mana2 tapi pengakuan dia sendiri kat sana dia lebih banyak berkawan (almaklum sekolah semua perempuan..), w/pun dia sayang betul ngan sekolah tu.. huu bila dah taw mula2 tak dapat haritu (adikku bukan 1st intake), aku antara penasihat terdekat dia (kat rumah dia yg paling rapat dengan aku selain mak..), rezeki di tangan Allah, kat ta’yah pun b0leh berjaya asalkan ada usaha.. فأذا عزمت فتوكّل على الله
Huuu nasihat sokm0ku buat adikku yg satu.., study rerajin, cuba penuhi hasrat ayah mak (w/pn mak diam je tapi sungguh kami anak2 dapat rasa mak nak sangat) ones of anak2 jadi d0ktor..
Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah…
min surah al-Insyirah ayat 6;
(sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Akhirnya doa, d0a, dan d0a mak ayah termakbul..
“in tansurullaha yansurkum wa yuthabbit aqdamakum”.. ayat yg aku s0kmo pegang.. dlm kisah ni anah Nampak mungkin selain d0a yg tak putus2, adikku diterima ke sana sbb balik haritu dia banyak t0long mak ayah kalau nak banding dgn diriku, huuuu..
# ape lagi nih nak cter..#
Emm takde dah kot utk sesi luahan hati kali ni..
Doaku, m0ga Allah permudahkan urusan kita semua….
D0akan adikku berada dlm jalan menuju kerjaya d0ktor macam yg diharapkan mak ayah.. amiin..
Buat adikku;
Study rerajin..
jgn lupa apa yg dah anisah belajar kat ta’yah..
I’dadinya, thanawinya… ilmu ukhrawi la dik weh…
Jasa cikgu2 jgn pernah dilupakan….
That’s all from aku, anisah kakak hang yg dlm jln jadi ckgu insyaAllah..
(dulu ayah harap aq dpt KISAS tapi tak dapat.. huu takde rezki ke sana, tapi Alhamdulillah d0a jadi ckgu dimakbulkan..)
Yakinlah adikku; rezeki di tangan Allah, cepat ke lambat insyaAllah Allah akan permudahkan jalan especially bg sesapa yg punya usaha (selagi tak langgar syara’) dan berkat d0a mak ayah n cikgu2..
“taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada RasulNya wa uli amri minkum..”
Serta “berbuat baiklah kepada ibu bapa”… ingatkan aq di kala terlupa, uhibbuki jiddan dik!!
Tahniah ye…………………………
Sekian utk kali ni, asif kalau2 ada yg kurang senang dgn entry luahan rasa ni..
(huu awat la da bertukar page ni, upl0ad kurang cket..)