Friday, January 21, 2011

~ rindu ~

assalamu'alaikum wbt
بسم الله الّرحمن الرّحيم

alhamdulillah 'ala kulli hal wa astaghfirullah
(taklifan 5000 istighfar; mudah2an tertunai suda)..
rindunye nak update blog!
rindunye anak2 buah!!! ~~~home sweet home~~~
(hati 'acik' mane yg tak happy bila dapat tahu anak2 buahnye asyik sebut name 'acik'!!
(syukran kathir buat kakak dan abgku juga ipar2ku sbb sudi bg anah jaga anak2 kalian w/pun asyik kena buli!!! waaa serius rindu)
rindunye adikku yg sorang!
(sorry dik, kredit tak banyak maa dek elaun yg tinggal ciput2 je nak kol hg)
~ rindu semua ~

terasa lama tak jenguk apatah lagi update blog ni, namun taklifan2 yg diterima bukan sama sekali penyebabnya.. moga2 ana wa antum tergolong dalam kalangan mereka yg bersabar walau dalam susah mahupun senang, moga2 taklifan yg diterima dilaksanakan dan terlaksana dgn baik, insyaAllah..

untuk entry kali ni insyaAllah anah nak sharekan beberapa kata2 akhir beliau yg akan ana dan teman2 rindui..
dah ada 2 penulisan yg anah follow menceritakan tentang beliau..
dalam dirinya ada ketokohan yg tinggi walau dia seorang yg sangat merendah diri!
~ nama diberi YM Tuan Hj Sayed Hassan bin Tuan Temerang ~
~ lecturer JAPIM IPGKDRI ~
merangkap lecturer, murabbi, muaddib, mu'allim juga mudarris ana bersama teman2 seperjuangan waktu semester 2 ppismp
~ tak banyak yg anah tahu tentang Ustaz Sayed tapi pada raut wajahnya ada sesuatu yg sangat istimewa! ~
ustaz lahir pada 24 januari 1953 bererti usianya sudah 58 tapi semangatnya subhanallah..
baca sahaja entry ustaz ismail atau ustaz storm selaku mantan KJ JAPIM ttg ustaz sayed, teringin aku jadi sepertinya
.: dalam rendah suaranya ada nasihat tersembunyi,
dalam diam dirinya ada sesuatu yg boleh dipelajari,
dalam gurau sendanya juga ada kata2 yg cuba dikongsi!
itulah ustaz sayed hassan yg dikasihi :.

teringat waktu dalam kelas;
walau mata terasa mahu dipejam2 dan terpejam2, kugagahi juga utk mencelikkan diri
macam tu juga teman2 lain; tak sampai hati nak tidur waktu ustaz
walaupun adakala apa yg disampaikan memang jauh dari apa yg perlu disampaikan,
tapi yg pasti semuanya ada pengajaran!
(ustaz ajar kami subjek hafazan 2, sangatlah beliau seorang yg 'sporting'; faham2 je kami ni dengan kerenah2 nakal masing2.. =) syukran kathir ustaz atas kepercayaan yg diberi)

hari rabu lepas merupakan detik2 terakhir secara rasminya beliau sebagai lecturer di institutku..
ustaz diraikan bersama seorang lagi lecturer ipgkdri; En Rasyid b Ibrahim..
beliau pasti kurindui..
dalam ucapan pengarah pun banyak memuji ustaz selaku seorang yg pernah berada bersama ustaz sayed di UKM dulu sebelum masing2 meneruskan pembelajaran sendiri..
dulu, kini dan selamanya.. beliaulah ustaz sayed!

sempat ana catatkan beberapa point yg dikongsikan ustaz dalam ucapannya kpd kami
* الدّين النّصيحة.. *
maka tetapkanlah dirimu bersama agamaNya dan supaya kita saling menasihati..
* petikan dari surah Az-Zumar ayat 53 *
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
* diingatkan juga mengenai hadis ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara *
1) masa sihat sebelum datangnya sakit
2) masa lapang sebelum datangnya sempit
3) masa muda sebelum datangnya tua
4) masa kaya sebelum datangnya miskin
5) masa hidup sebelum datangnya mati

banyak kisah hidupnya yg ingin dikongsi tapi tak banyak yg sempat dikongsikan..
punyai pengalaman selama 7 tahun di UK, pengalaman dirinya sebagai seorang 'abid juga khalifah... sedikit yg dicerita tapi banyak yg diinsafi..
susah senang hidupnya hanya Allah yg tahu dan yg pasti, Allah akan ganjari dirinya di atas setiap apa yg beliau lalui insyaAllah..

* ustaz sangat merendah diri *
siapa tahu di sebalik dirinya yg selalu tersenyum seperti kata ustaz ismail,
di sebalik cara hidupnya yg serba serbi merendah diri,
dia ada ijazah sarjana (Ma) dalam falsafah!
jadi memang bukan suatu yg menghairankan jika dalam setiap sesi pengucapannya sama ada rasmi di kelas atau di BIAM hatta dalam ucapan akhirnya tu pun banyak yg dikongsikan..
tapi jika melihat sifat dan sikapnya..
subhanallah hanya yg kenal beliau walau bukan secara khususi tahu dirinya..
sangatlah merendah diri!
marah pun tak pernah, sangat penyabar!!
semua memperakui hakikat itu..

dalam buku program majlis jasamu dikenang, dalam ruangan ustaz dikongsikan juga kata hikmah "al-'ilmu amamul amal"
yg bermaksud ilmu ketua kepada amalan
dan
"UTAMAKAN ILMU, IA PIMPINAN HIDUP"
buat tatapan dan peringatan bersama buat anak2 didiknya juga teman2 seperjuangan..

banyak yg ustaz nak share atas pentas tu tentang perjalanan hidupnya tapi air mata melimpah dulu..
sebak, sungguh sebak!
ustaz kenal erti susah, ustaz sangat menghargai senang!
bisik ana kpd sahabat tersayang kat sebelah..
(pantang betul ana dengar kata2 ustaz, kalah juga dgn ego tahan air mata dlm dewan tu)
bicara akhir ustaz  yg saan hari anah ulang dan ulang;
"selagi berada di jalan Allah, Allah akan tolong!!"
"la taqnatu min rahmatillah.."_az-zumar: 53
yakinlah!!!

cukup dahulu utk entry kali ini,
harapan anah, pembaca dapat sedekahkan al-fatihah buat ustaz sayed dan doakan moga beliau bahagia sentiasa dunia akhirat..
~ jasamu ku kenang ~
~~ syukran kathir ustaz ~~
jazakumullahu khaira jazak semua!
tak lupa, sedekahkan juga al-fatihah buat diri sendiri dan sama2 ingatkan diri ttg mati..
'Islam tidak memandang enteng kejayaan di dunia tetapi kejayaan2 ituhanya bererti andai ia menjadi penyambung utk kita mencapai kejayaan di akhirat!'

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

No comments:

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers