Friday, January 7, 2011

~ azam baru v/s hati ~


بسم الله الرّمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

bismillah wa syukru lillah, as-solatu was salamu 'ala rasulillah saiyidina muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajma'iin..

syukur, masih diberikan peluang utk terus memegang laptop juga menaip dalam ruangan yg selama ni anah rindui..
~ moga Allah berikan daku kekuatan itu ~
status ym sejak akhir2 ni yg adakalanya menimbulkan pelbagai persoalan dari teman2, dan x lepas soalan dari sahabatku syuhaidah sulaiman.. (thanks syu alert dgn status kite, terharu weh)

ok lah, back to topic yg mungkin akan bercampur2 atau berkait dgn permasalahan hati yg tidak sudah2.. maaf kepada pembaca yg kurang gemar dgn sesi luahan hati..
moga Dia sang pencipta hati masih sentiasa sudi memegang hati2 kita..
 dalam surah al-fatihah 1; 6 dan 7
juga dalam banyak kalam2Nya, 'hidayah' menjadi antara doa terbanyak yg kita pohon kulli yaumin bak kata lecturer HEP IPGku dalam taklimatnya baru2 ni utk kami student semester 1 degree, lebih kurang 35 kali dlm sehari kita melafazkan kata huda @ hidayah @ petunjuk yg kita minta padaNya (indahnya Islam, yg bersolat sentiasa berdoa) yg di antaranya dlm duduk antara dua sujud kita, doa qunut kita, dan lain2..

tapi sebelum tu, masih terlambat rasanya utk anah ucapkan salam ma’al hijran buat semua umat Islam, teringat kata2 seorang ustaz “Islam bergerak bersama2 pembaharuan”, bukan baru maksudnya yg halal boleh dianggap haram atau mengharamkan yg halal tp pembaharuan yg dimaksudkan ialah dari segi gerak kerja utk sama2 membangunkan dan hidup dalam Islam (KPR lalu ada menyebut berkaitan pembaharuan yg insyaAllah akan digerakkan, moga Allah permudahkan niat dan meredhai konvensyen tersebut, amiin)

azam?? (berhubung dgn hijrah)
dalam syarah ustaz abdullah zaki b nordin yg famous dgn kuliyah kitabnya (Bughyah Tulab) di BIAM, yg intronya sahaja pun da terlalu banyak ilmu yg boleh dikutip dan diambil pelajaran; azam terbahagi kepada dua iaitu azam 'am dan azam khas.. 
~ azam 'am boleh la ditakrifkan sebagai azam yg umum (jama' perkataan 'am juga) atau azam yg luas skopnya..
termasuk di dalam azam khas ialah niat utk melakukan lebih banyak kebaikan atau nak tingkatkan ibadah tanpa menyatakan dan menspesifikkan jenis2 ibadah dan lain2 misalan.
~ azam khas pula lebih kepada sesuatu niat yg lebih berfokus, misalan yang diberikan yg menarik minat kami para pendengarnya ialah niat utk melaksanakan solat yg agak lewat. persoalan yg timbul, boleh ke nak niat solat lewat???
memang terdapat dlm hadis dan ayat Quran sendiri menyebut "inna solata kanat 'ala mukminan kitaban mauquta" yang bermaksud sesungguhnya solat itu ke atas orang2 mukmin adalah suatu ketetapan @ kewajipan yg mengikut WAKTUnya, dan "sebaik2 amalan adalah solat yg di awal waktunya" namun dalam sesetengah keadaan, niat utk melewatkannya adalah diharuskan.
dalam situasi yg macam mana??
yg diberi contoh, misalnya dalam satu masa tu kami diberikan tugasan kerja kursus dan diminta utk menghantar pada jam 3 petang, jadi keperluan utk berniat solat lewat itu perlu utk mengelakkan sebarang kemudharatan.
niatkan pada awalnya bila dah masuk waktu zuhur tu utk mengerjakan solat pada jam 3.30 petang selepas menghantar tugasan tu. (keadaan yg sama pada mereka yg sedang menghdiri mesyuarat anah kira). 
kat sini dapat dilihat betapa hukum Islam itu thabbat tapi murunah atau tetap tapi anjal..
hukum bersolat tetap kena tapi perlaksanaannya mengikut ketetapan. dalam situasi ni, yg perlu diingat dan diAWASi ialah kena la juga fikir takut2 kita meninggal tanpa sempat melakukan kewajipan solat tersebut. hukum menggantikan solat oleh pewaris si mati adalah tetap wajib namun dari segi berdosa atau tidak, niat itu yang membezakan.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sentiasa merahmati hambaNya yg beriman, diampunkan dosa bagi mereka yg berniat khas begitu..
azam dan perkaitannya dengan hati???
“faiza ‘azamta fatawakkal ‘ala Allah”.. surah
                2825266412_79072e446b[1].jpg
"innama al-a'malu binniyati.. amalan dimulakan dengan niat.. whatever you do begins with your intention.."
~ nasyid hadis hijrah yg munsyidnya mu'adz antara yg anah suka dengar (hafaz melalui nasyid, menarik!! _antara sebab dibenarkan bermuzik atau nyanyian bila niatnya baik dan memudahkan pendengar utk faham atau hafaz)
~ sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, namun perlu diingat kerana bukan semua niat yg baik menghalalkan sesuatu cara bila mana caranya tidak kena pada agama misalnya, antara isu yg tak sudah2 dibahaskan yang berkait dgn remaja ialah masalah 'cinta'..
bila dikaji balik, sama2 muhasabah adakah jalan cinta itu menghalalkan niat utk mendirikan sesebuah rumah tangga yg sinonim dgn nama 'mendirikan masjid'.. untuk bercakap soal ni, rasenye dah terlalu banyak isu berkaitan yg dibahaskan sama ada oleh bloggers remaja sendiri mahu pun ustaz ustazah jadi anah di sini hanya sekadar utk mengingatkan diri dan teman2 (أصلاح نفسك والدعوا غيرك).. ~ kerana isu ni anah ‘ditinggalkan’ ~ tapi tak mengapa, kerana Allah ada perancangan terbaik buat setiap dari kita… MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!! “…faman kanat hijratuhu limraatin yankihuha..”!!!
            Cukup dulu rasanya anah menulis utk entry kali ni..  moga2 hati ini terus diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dan mendepani permasalahan2 yg timbul.. mohon jasa baik pembaca, sama2 doakan kesejahteraan bersama, dunia akhirat. Juga buat teman2 yg mengenali diri ini, asif kathir dari anah, syukran jiddan ‘ala kulli hal..
~ kat tempat anah da 2 hari berturut2 hujan non-stop, Cuma berhenti kejap2 je.. doakan moga tempat2 yg ada potensi banjir tak banjir..(kedudukan IPG yg dekat dgn laut buatkan kami sedikit lega kerana insyaAllah sangat jarang kawasan laut dilanda bah) cuma bila mendengar keadaan sahabat2 yg dilanda banjir, rasa kasihan timbul.. apa pun, moga2 Allah permudahkan sentiasa urusan dan niat kita yg baik.. amiin
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

No comments:

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers