Sunday, January 24, 2010

~ s0lat oh s0lat ~

assalamualaikum..
buat teman2 yg sudi mengunjungi teratak anah, syukran 'alaikum dan asif sebab lama xdiupdate.. sem kali ni agak pack jadualnya n atas dasar wifi pun xberapa mengizinkan utk anah update bl0g kat bilik tapi alhamdulillah diberi kesempatan dan ruang waktu utk berk0ngsi sedikit ilmu bagi entry kali ni.. insyaAllah =)

>> kuliyah maghrib ustaz abdullah zaki
>> balai islam al-Muttaqin ipgkdri
>>> maksud qasad, ta'arudh, dan ta'ayin

Ramai yang solat. Niatnya ada 3 rukun. Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin.

Qasad = Aku menuju kepada Allah.
Ta'arrudh = Aku bentangkan amalan aku di depan Allah.
Ta'yin = Aku mengenali siapakah Allah yang Maha Esa itu.

>> nota dari halaqah.net dibuka atas sebab beberapa pers0alan yg dik0nfiuskan anah sendiri..

m0ga sama2 dapat manfaat, insyaAllah

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Friday, January 8, 2010

~ eNtaH kEnApA, aKu x taHu…~

Entah kenapa, aku xtahu…

Saat lidah mula membaca surah al-fatihah di kala s0lat isya’ td

Hatiku tiba2 teringatkn dirimu…

lantas selepas isya' kubangun tunaikan ba'diah isya'..

walau sehingga kini kumasih belum istiqamah menunaikannya..

tp dek teringatkan pesan s0rg lctrerku agar xlupa d0aknmu,

kugagahi juga...

Entah kenapa,

Masih kurasa pelukanmu sblm aku meninggalkn rumah,

Sblm diri melangkah meninggalkan negeri kesayanganku..

Demi sebuah amanat lain..

Pesananmu kala itu walau xcukup kuat

Tp dpt kudengari sebak getar suaramu…

Entah kenapa,

Dulu kurasakan cakapmu byk y membuatkan diriku jd termangu,

Dek penatnye dengar nasihat2,

Tp aku xtahu betapa suatu hari kupasti akan merindukan dirimu..

Walau dlm masa s0latku……!!

Entah kenapa,

Di saat itu baru kusedari,

Insan sepertimu amat istimewa di hatiku..

Saat kudengar bicara dan kesalanmu yg buat diriku jd btul2 berteleku..

Menangis selalu…

Entah kenapa,

Sangatlah cemburu kurasa saat dirimu memuji yang lain

Namun bisa membuatku jd bangkit

Untuk turut jd yang terbaik di matamu demi sebuah keredhaan…

Namun, aku sedar siapa diriku…..

Entah kenapa,

Aku xtahu……..

Walau punya cita murni itu

Jarang skali kucuba untuk membuatkan dirimu bahagia

Itu yang kurasa…

Namun dirimu jarang bangat nak memperkecilkanku,

Cuma nasihat, nasihat, dan nasihat yang diberi…

Walau kutahu sedihnya dirimu melihatkanku yg selalu x memenuhi keinginanmu..

Itu yang kurasa,

Yang tersimpan di hatimu xsiapa tahu……

Entah kenapa,

Saat ini kusangat rindukan dirimu..

Suaramu….

Bebelan nasihatmu…

Namun………………..

Aku xtahu,

Kenapa ya mulutku begitu payah untuk meluahkan y sebanarnya

‘aku sayang pada dirimu, mak..’

Buatmu makku juga ayah kesayangan….

Belaian Ibu

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh Ibu


syukran jiddan mak, ayah!!!!

~ fikir, fikir, dan terus berfikir!!! ~

Tuesday, January 5, 2010

~ i$u nama Allah ~



_ Arif Husaini

Keputusan mahkamah membenarkan penerbitan mingguan Katolik Herald The Catholic Weekly menggunakan nama "Allah" telah menunjukkan satu kesan pertamanya yang jelas bertentangan dengan semangat yang telah kita rakyat Malaysia pertahankan selama ini, yakni amalan agama secara aman dan damai.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Walau apapun alasan yang diberikan untuk mewajarkan penggunaan nama Allah oleh Kristian Katolik itu, ada dua perkara yang paling mudah dapat diperhatikan akan menjadi kesan kepada masyarakat berbilang agama negara kita.

Pertama, rasa tidak senang sesama penganut Islam dengan bukan Islam yang terlibat dalam pertikaian ini dan kedua, penggunaan nama Allah bakal mendatangkan kekeliruan bagi banyak pihak kerana nama Allah telah sebati sebagai nama bagi Tuhan dalam bahasa Melayu, yang digunakan orang Melayu-Muslim yang menjadi majoriti negara ini, yang agama Islam menjadi satu-satunya agama yang disebut dalam perlembagaan.

Usaha pihak Katolik terbabit mahu menggunakan nama Allah mungkin tidak dapat diketahui sebabnya, tetapi yang penting ialah usaha ini telah membawa kesan yang tidak harmoni, apabila umat Muslim menunjukkan rasa marah mereka terhadap agenda pihak Katolik itu.

Memang nama Allah telah disebut oleh penganut agama lain, terutamanya agama samawi sejak lama dulu, tetapi dalam hal ini, isu ini hendaklah dilihat berdasarkan konteks bahasa, budaya dan realiti amalan keagamaan di negara Malaysia ini.

Isu ini tidak dapat dipisahkan daripada konteks bahasa dan budaya negara ini, dan apabila dikaji dengan mendalam, akan sampai kepada hubungan bahasa Melayu, tulisan jawi dan agama Islam yang sangat rapat dengan sejarah tanah ini.

Isu ini tidak dapat dipisahkan daripada peranan bahasa Melayu membina budaya dan peradaban berasaskan Islam di negara ini.

Isu ini terkait dengan jiwa bangsa Melayu dan hubungan rapatnya dengan Islam di negara ini. Hal yang sama berlaku dalam konteks bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah dengan agama Kristian.

Penggunaan nama Allah dan istilah-istilah agama Islam daripada bahasa Arab dan ada yang dimelayukan menjelaskan sejarah hubungan rapat bahasa Melayu dengan Islam.

Seperti disebut ramai pemimpin dan tokoh, penggunaan nama Allah oleh Kristian boleh mengelirukan kerana tidak ada jaminan apa yang akan mereka tulis dan terbitkan tidak akan sampai kepada orang Muslim.

Orang Muslim tertentu boleh keliru dengan penggunaan nama Allah itu dengan beranggapan Allah itu sama dengan yang dia sedia fahami. Ini sangat mudah difahami, kerana sebahagian besar kesannya nanti akan terkena pada orang awam, bukan orang elit termasuk ahli politik tertentu yang menyokong penggunaan nama Allah oleh Kristian itu.

Perdebatan mengenai isu ini berlaku di kalangan orang intelektual dan orang yang mahir dalam undang-undang, tetapi perlaksanaannya akan sampai kepada lebih ramai orang yang tidak tahu-menahu tentang persamaan dan perbezaan antara agama-agama samawi.

Bagi ramai orang Muslim, pemahaman mereka mudah, yakni Tuhan itu ialah Allah, al-Quran itu ialah kitab suci Islam, masjid ialah tempat ibadat orang Muslim, dan sebagainya.

Penggunaan istilah-istilah yang telah terbiasa dalam bahasa Melayu yang menjadi satu asas agama Islam di Malaysia untuk menyifatkan apa yang dirujuk agama lain akan mengelirukan.

Isu ini melibatkan kepentingan orang ramai, ketenteraman awam dan keharmonian hubungan antara agama di Malaysia ini. Kenapa orang yang mendakwa agama mereka, Jesus mereka membawa mesej kasih-sayang mahu meneruskan usaha yang bertentangan dengan mesej kasih-sayang Jesus itu?

Kenapa mereka beriya-iya mahu menggunakan nama Allah sedangkan nama Allah lebih dikaitkan dengan Islam? Ini memberi tanggapan yang mereka mempunyai niat menyebarkan agama mereka kepada orang Melayu.

Ini adalah kerana menjadi kebiasaan dalam usaha menyebarkan agama kepada pengikut agama lain, pada mula-mulanya penekanan diberi kepada persamaan agama yang mahu disampaikan itu dengan agama pendengarnya.

Persamaan-persamaanlah yang akan mendekatkan dua agama tersebut. Akhirnya, seseorang itu mudah menerima agama yang satu lagi itu, yang dilihat tidak ada bezanya dengan agamanya sendiri.

Dalam kes ini, orang Melayu Muslim terutamanya perlu sedar di sinilah pentingnya bahasa Melayu yang kita pegang, dan kenapa penting untuk kita memahami bahasa kita dengan lebih dalam dan menjadikannya bahasa yang utama dari segi kedudukan dan amalan di negara kita ini, menjadikannya bahasa yang bersatu dari sudut semangatnya dengan agama Islam.

Semua orang Muslim perlu bersatu hati dalam hal ini. Menyalahkan Umno semata-mata tanpa bertindak sewajarnya tidak akan membawa sebarang penyelesaian. Kita tidak perlu apologetik dan cuba mewajarkan tuntutan Kristian itu dengan hujah-hujah berlandaskan pluralisme, kerana tuntutan itu membawa implikasi besar yang tidak dapat ditangani dengan fahaman liberal.

Implikasi isu ini bersifat praktikal dan perlu ditangani sewajarnya. Isu ini melibatkan politik, agama, bahasa dan budaya sekaligus, dan memerlukan gabungan tenaga seluruh umat untuk menanganinya.



- s0urce harakahdaily.net

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, January 4, 2010

~ 19 hadis tentang kelebihan wanita ~

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

~ huuu alhamdulillah aeni dpt result...
sr0n0k bangat ble ckp kt mak n ayah... mak gumbira !!! ~

~ fikir,fikir, dan terus berfikir!!! ~

Saturday, January 2, 2010

~ bUAtmU tEManKu ~

Temanku,
Allah menjadikan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun dengan berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya..

‘Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan
sebaik-baik kejadian.’
(Surah Al-Tin:4).

Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata??
Mahukah kita hidup terhina??
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya..

‘Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan
orang berilmu beberapa darjat.’
(Surah Al-Mujadilah:11).

Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hatimu tenang dan bahagia..

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan..

‘You are the best ummah.’(Al-Imran:110).
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah
adalah orang yang paling bertaqwa.’(Al-Hujurat:13).
Jelaskan visi perjalanan,
‘Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab
neraka.’(Al-Baqarah:201).
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
‘Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu
yang menciptakan.’(Al-Alaq:1-2).
Sedarlah kita pemikul amanat Tuhan,
‘Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat
kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya
enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh
manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat
bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak
melaksanakan.’(Al-Ahzab:72).
Ketinggian seseorang kerana iman,
‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula
kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang
beriman.’(Ali-Imran:139).

Lantaran itu, carilah redha Allah,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha × istiqomah – malas / masa+yakin,
Asas kejayaan,
‘Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia
mengubah nasibnya sendiri.’(Ar-Ra’d:11).
‘Jikalau mereka bersungguh-sungguh redha dengan apa
yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka dan
berkata: cukuplah Allah bagi kami, Allah akan
memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya
dan demikian pula Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah
orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang
demikian itu lebih baik bagi mereka).’(At-Tawbah:59).



Temanku,
Kau tidak bodoh andai engkau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar dan terus berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga..

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang.
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan kau biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan..
Berjuanglah temanku,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di SYURGA…(^_^)…


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


~ fikir, fikir, dan terus berfikir!!! ~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!

. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers