Monday, December 14, 2009

Allah s.w.t mencintai wanita solehah



Maulana Syed Ahmad Khan dalam keterangannya menceritakan kelebihan yang dimiliki seorang wanita.Katanya:

1.    Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seorang wali Allah

2.    Wanita yang mengguli tepung dengn membaca bismillah akan diberkati Allah rezekinya.

3.    Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah

4.    Wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

5.    Allah akan memberkati rezeki apabila wanita memasak SAMBIL berzikir pada Allah.

6.    Seorang wanita yang menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali ganda dari wajah asal.

7.    Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah di akhiat nanti,tetapi bagi Allah sendiri
akan datang untuk berjumpa denga wanita yag membeluti auratnya iaitu memakai purdah dengan istiqamah

Begitulah kedudukan Wanita dalam Islam.
Wanita dalam Islam adalah Wanita yang menggadaikan jiwa dan raganya untuk menghias jiwa dan raganya
dengan syariat Allah dengan hati yang tulus Ikhlas tanpa mempertikaikan kedudukan Syariat Allah.

Tanpa mengendahkan ejekan manusia yang mengagongkan PUSAT dan Buah DADA dikhalayat ramai…

Pakaian Muslimah Bersih kerana mengharapkan Pakaian di Syurga lebih lagi bersih

Pakaian Muslimah Murah kerana ingin menginfakan wang yang lebih kepada Tabung Rasulullah

Pakaian Muslimah Murah juga kerana malu memakai pakaian yang lebih mahal dari pakaian Isteri-Isteri
Rasulullah.

Pakaian MuslimaH juga murah kerana mereka yakin pakaian yang Allah sediakan pada mereka di Syurga lebih
Mahal dari nilai dunia serta isinya.. Allah mampu membalas kesabaran mereka semasa di dunia dengan
setimpalnya.

Cuma ramai perempuan yang mengaku Muslimah pada hal mereka hanya najis dunia yang gilakan janji-janji
Allah.. Allah tidak mengharapkan Taubat mereka yang beribu kali,sehari tutup aurat,sehari dedahkan urat di dada
buat pameran di pejabat-pejabat.. sehari bergelar ustazah sehari berjoget macam monyet di khalayak ramai..
Mereka ini sebenarnya sama seperti isteri Abu Jahal di zaman Rasulullah… pandai segala-galanya..
Dosa dan pahala hanyalah permainan mereka, dalam minit yang sama mereka boleh melakukan pahala dan
dosa…

Kekalkan amalan kita dengan Islam semoga kita kekal bersama Allah dalam Syurga…
Ambillah apa yang Allah pilih untuk kita, Pasti Pilihan Allah adalah yang terbaik untuk kita hiasa jiwa dan raga di
dunia ini.

Yakinlah Allah tidak Buta dan Tidak Terkeliru untuk memilih calon hambanya mendiami Syurga…
Percayalah Allah tidak bodoh untuk Kita menipunya dengan alasan-alasan yang kita buat sehingga Allah
bersetuju dengan alasan kita dan memberi peluang untuk kita mendiami Syurga…
Bukankah Allah As-Samiu Al-Aliimu,Al-Qahhar dan Al-Jabbar … pasti Allah tidak lupa pada dosa kita yang kita
lakukan dengan sengaja dan memiliki sijil bertaraf dunia untuk menyokong dosa kita..kita bukanlah orang yang
jahil pasti Allah dapat menilainya dengan baik… Ya Allah Jadikan Isteriku , Orang yang Cintakan Zat Mu Ya Allah.


No comments:

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!

. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers