Sunday, February 28, 2010

~ sEdArLaH kiTa ~

Assalamu'alaikum.. biiznillah alhamdulillah anah masih diberi kesempatan utk menupdate bl0g utk kesekian kalinya, m0ga usia kita yg da berlalu dan akan datang akan thabat dlm perjalanan mencari cintaNya.. amiin..

emm utk entry kali ni anah belum bercadang utk menyambung cket penulisan brkaitan tajuk kuliyah maghrib yg anah dengar kelmarin, tp insyaAllah entry akan datang anah akan sambung..

berbalik kpd tajuk entry anah kali ni, m0ga kita sama2 ambil iktibar dri apa yg akan anah sampaikan yg juga merupakan 'f0rwaded massage' utk anah, insyaAllah.. kalau ada dri kalangan yg dah tahu mahupun sedar akan 'kejadian' ni, m0h jadikan entry kali ni sbgi peringatan; "fazakkir fainna zikra tanfau'l mukminin..", dan buat insan yg baru nak tahu macam anah ni, yuh jadikan sbgi satu ilmu baru juga sebagai amaran kpd kita hambaNya.. insyaAllah

>>f0rwaded massage<< ~ renungkan; 27/11/09- 'eidul adha, 18/12/09- tahun baru hijriah 25/12/09- hari natal 26/02/10- maulud nabi 10/09/10- 'eidul fitri 1431h ~~ kesemua peristiwa yg disenaraikan jatuh pd hari jumaat ~~~ renungkanlah!! di dlm Al-Qur'an Allah tlh menyebutkan bhw KIAMAT terjadi pd hari JUMAAT!!! ~ juga, nuzul quran dijangka pd 27/08/10 (jumaat), 05/11/10 perayaan deepavali bg yg indianya (jumaat), 15/01/10 gerhana matahari juga pd hari jumaat >> s0, adakah kita sudah bersedia?? itu pers0alan yg ditinggalkan drpd penulis sebenar msg ni..
>> adakah kiamat sudah hampir???
>>> utk makluman; terdapat di dalam kitab2 lama yg menulis jika tahun baru hijriah jatuh pd hari jumaat maka akan berlaku suatu mala petaka yg dahsyat pd tahun tersebut.. (asif anah x sediakan buktinye tapi yg pasti insyaAllah mudah2an sebagai peringatan kpd kita).... emm buktinye bermula di Haiti dan sekarang di USA malapetaka salji turun cukup teruk, banjir di Portugal, dan sebagainya yg kadang2 tidak tercapai akal kita..
>>>> namun masih ramai yg tidak insaf.. maka perbanyakkan AMALAN dan TAUBAT..



((ud'uuni astajib lakum))

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Saturday, February 27, 2010

~ aKu pEMbenCi RaSuLullaH?? ~

Assalamu'alaikum...
emm mesti ada dari kalangan antum terkejut eh teng0k tajuk entry ana kali ni..
huu alhamdulillah malam ni bersamaan 13 rabi'ul awal 1431h anah sekali lagi berkesempatan juga terpilih utk mengikuti kuliyah maghrib.. huu dlm temp0h kuliyah kali ni juga anah sedar sesuatu yg dah anah faham (mungkin) dan dah lama diberi kesedaran dlm pr0ses tarbiyah ni..
emm "in tansurullaha yansurkum.." selama ni nampak secara te0ri dan terkadang terkesan juga di hati dlm satu2 perkara tapi tadi waktu mula2 kuliyah bermula memang tiba2 rasa 'huh!!!' sbbnye tengah sedap2 nak dengar anah dipanggil utk sediakan penceramah sedikit hidangan tp alhamdulillah dlm keterpaksaan mula2, bertukar atas kesedaran juga keyakinan yg memujuk diri supaya 'ikhlas..ikhlas..' demi agama Allah.. tiap yg baik diganjariNya..insyaAllah.......... emmm pr0sid kpd tajuk entry..


>> oleh: ustaz sabri
>> balai islam al-muttaqin, ipgkdri
>> "aku pembenci Rasulullah??"

~ dari surah al-ahzab ayat 21 yg membawa maksud "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
~ berkata saidina Umar; 'sesiapa yg tidak mengenali jahiliyah dia tidak kenal Islam'..

*****skip jap, buat teh ^-******

'HAKIKAT BERIMAN DENGAN RASULULLAH'
1)ustaz petik surah attaghabun ayat 8; "Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya (Al-Quran) yang telah Kami turunkan. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
juga dari surah al-anfal ayat 20; "Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling dari pada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),"
>> isi ayat menagajak kita untuk beriman dgn sebenar2nya iman kpd Allah juga nabiNya

2)dari suratul hasyr ayat 7; "....Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya"
>> isi ayat mengajak kita untuk mentaati Allah dan rasulNya..apa yg disuruh dan apa yg dilarang..

3)ulang surah al-ahzab ayat 21; "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
>> perintah menc0ntohi baginda nabi Muhammad s.a.w dlm tiap perkara yg dilakukan..

4)min surah at-taubah ayat 24; "24. Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
>> perintah agar mengasihi nabi melebihi segalanya (Allah tertinggi) w/pun termasuk anak juga saudara mara sendiri..

***asif, mata ngantuk suda, insyaAllah entry akan datang anah sambung silah dr kuliyah magrib ni*** tunggu eh kenapa tajuknye macam gitu.. ^-^,

~peringatan buat diri anah dan pembaca sekalian insyaAllah~

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Friday, February 26, 2010

~ kU tinGgaLKan Allah di dALam LiPAtaN sEjadaH ~

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah 'ala kulli hal, syukur bangat terpilih sebagai umat baginda nabi Muhammad s.a.w yg sebagaimana kita sedia maklum banyak bangat syafaat yg tersedia bg kita sbgi umatnya.. Allahumma salli 'ala saiyidina Muhammad.. emm insyaAllah pada entry kali ni anah nak k0ngsi cket pengisian yg anah petik daripada kuliyah maghrib. >> oleh: ustaz abdullah zaki b nordin >> tempat: balai islam al-muttaqin, ipgkdri >> bersempena maulud nabi Muhammad s.a.w >>> m0ga dapat manfaat bersama, isyaAllah..

" Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.">> surah at-taubah: 18


" bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan." >> surah al-'ankabut: 45

huu, 2 dalil yg tubik dri mulut al-ustaz.. emm apa kaitan dgn tajuk yg dikata ustaz 'b0mbastik' nih??

~ ku tinggalkan Allah dlm lipatan sejadah>> kenapa;

* kenapa kita sebagai makhlukNya hanya ingat Al-Khaliq pada waktu s0lat je.. itu pers0alan yg cuba diutarakan ustaz dlm pr0ses pentarbiyahan untuk kami sebagai pendengar juga beliau sebagai penyampai.. juga buat diri anah sendiri sebagai silah penyampai apa yg sekadar teringat( maaf lupe bawak buku )..

----to be continued, asif lupe sesangat----

tapi sebelum tu anah amat tertarik dengan satu kisah yg dikaitkan dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda..

kata ustaz melalui sirah yg beliau bace ketahuilah berat pedang yg dipegang oleh baginda nabi dan sahabat adalah 3 kil0gram!! tapi, melalui apa yg kita baca betapa nabi Muhammad dan tentera baginda berjaya mengalahkan tentera musyrikin w/pun tanpa senjata2 canggih.. sebab apa? memang tidak b0leh dinafikan kehadiran 'tentera Allah' sebagai pen0long terbaik namun kita juga tidak b0leh menafikan KEIMANAN baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat; angkat pedang dengan kehadiran iman juga keyakinan akan janji2 Allah di hati yg memudahkan urusan bagi hambaNya yg berjihad di jalanNya..

Allahu a'lam, ayuh k0reksi diri sejauh mana tahap keimanan kita yg sering erumbang ambing..

~ peringatan buat diri juga buat sahabat sahabiah pembaca bl0g anah ~

"Allahumma ahyina bil iman, wa amitna bil iman, wahsyurna bil iman..."


~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Thursday, February 25, 2010

~ Kewajiban untuk Meningkatkan Kecintaan dan Penghormatan buat Rasulullah (s.a.w) ~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. InsyaAllah sempena bulan juga minggu juga hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, anah nak share cket entry berkaitan diri baginda s.a.w.. sumber perolehan; http://www.sunnah.org/publication/malay/maulid.htm#2-1 Alhamdulillah wa syukur lillah sebab kita terpilih sebagai umat baginda Muhammad s.a.w yg sebagaimana kita sedia maklum punya banyak bangat kelebihan yg ditetapkan suda..

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.
~ Allahumma salli 'ala saiyidina Muhammad s.a.w

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Wednesday, February 24, 2010

~ 10 mUwaS$aFaT tARbiYah ~

Assalamu'alaikum..

syukran 'alaikum buat penunjung bl0g ana.. m0ga sesama dapat manfaat ye, insyaAllah ^-*


1) AKIDAH YANG SEJAHTERA

2) IBADAH YANG SAHIH

3) AKHLAK YANG MANTAP

4) BERPENGETAHUAN LUAS

5) TUBUH BADAN YANG SIHAT

6) BERMUJAHADAH MELAWAN NAFSU

7) BERDIKARI

8) TERSUSUN SETIAP URUSANNYA

9) SANGAT MENJAGA WAKTU

10) BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN


~ ayuh!! bina jati diri ke arah bi'ah Islamiyah ^-^


~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Tuesday, February 23, 2010

~ 10 ciRi $oLaT yAnG tIDAK DItERimA ~

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

"Allahumma taqabbal minna solatana wahajatana wa a'maalana.."

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers