Saturday, January 22, 2011

~ kini tiba masanya ~

السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

kini tiba masanya

insyaAllah esok (23 januari 2011) bersamaan 19 safar 1432h akan diadakan majlis pembuangan undi bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012..
justeru itu, sebagaia salah seorang guru pelatih IPGKDRI ana menjemput semua teman2 utk turut sama turun padang { macam YB pulak=) } bagi membuat pilihan dlm memilih bakal pemimpin kita dari kalangan pelajar, insyaAllah..

pesanan atau mungkin kata2 Saidina Abu Bakar utk peringatan kita bersama;
yg antara isinya;
'sekiranya aku sebagai pemimpinmu berada di atas jalan kebenaran, maka sokonglah aku dan bantulah aku.. namun sekiranya aku bukan di atas jalan kebenaran (Islam) maka tegurlah aku....
yang juga merupakan kata2 yg disampaikan salah seorang calon PRK 2011 ustaz razif bin nawi

alhamdulillah, beberapa calon telah memperkenalkan diri semasa malam bicara pemimpin termasuk daripada batch ana sendiri..
sebanyak 6 kerusi yg dipertandingkan bagi batch ana untuk jawatan2 exco
tepi memandangkan hanya 5 calon berdaftar, insyaAllah kelima-limanya akan memegang mana2 exco yg akan dibincangkan semula kelak secara automatiknya..
ketiga-tiga bakal 'yb' daripada kalangan muslimat datangnya drpd kelas pai (pendidikan Islam), seorang pai 1; Mardhiah Othman dan dua lagi calon dari pai3; Najwa Arifah bt Mokhtar dan Farah Diana bt Abu Bakar.. kelas ana??? hanya seorang muslmin berminat dan berkobar2 utk bertanding dalam jawatan umum yg akan menggalas taklifan sebagai Ahli Majlis Tertinggi JPPIPGKDRI iaitu al-akh Muhammad Firdaus bin Omar Baki. bagi muslimin pula, ustaz zulhasanain dari kelas pai 1 dan Mu'az Hakimi dari kelas TeSL 4 yg juga famous dgn panggilan ustaz yg akan bertanding.. Alhamdulillah

bagi junior, hanya 4 kerusi dipertandingkan yg bakal melihat persaingan sengit di antara 6 orang muslimin yg dua daripadanya dari kelas pai iaitu Muhammad Luqman bin Daud yg aktif sebagai imam juga bilal bagi Balai Islam Al-Muttaqin dan Nik Mohd Hanif bin Nik Soh selaku ajk BIAM seperti ustaz luqman. bagi calon perempuan, kedua-duanya juga mungkin telah menang tanpa bertanding (keputusan pilihanraya boleh berubah mengikut persetujuan perwakilan).

bagi calon senior pula iaitu pismp sem3, juga 4 kerusi akan dipertandingkan yg bakal melihatkan persaingan sengit kerana seramai 10 orang yg mendaftar.. begitu juga persaingan bakal diperlihatkan dari kalangan guru pelatih semester 5.. semester 7 tidak akan terlibat sebagai ahli JPP memandangkan mereka sendiri terdiri daripada jawatankuasa pilihan raya 2011 dan mereka tidak dibenarkan mengundi.

juga tidak ketinggaln bebrapa calon tersenarai untuk diundi bagi jawatan MT JPP iaitu seramai 9 orang. yg akan diberikan kerusi hanya 5 jadi untuk jawatan2 ini, persaingan pasti lebih sengit!
untuk ana, ada beberapa nama yg telah ana gariskan untuk diundi yg mana insyaAllah mereka boleh sama2 membantu hasrat BADAM bagi merealisasikan IPG zikir, insyaAllah..

ana di sini sama sekali tidak ingin bertindak selaku salah seorang yg menyeru kepada assabiyah yg sebagai mana sabda nabi apabila ditanya ttg assabiyah;
sahabat tanya; man assabiyah???
qola Nabi Muhammad s.a.w; 'iaitu kamu menolong bangsa kamu atas dasar kezaliman',
na'uzubillah.. kata nabi golongan ini bukan daripada kalangan umatnya..
cuma selaku seorang muslimah ana rasa terpanggil utk sama2 menyeru kepada sahabat sahabiah utk kita mencalonkan seseorang yg kita doakan dia berada di atas jalan Islam, yg bila memimpin akan menyeru kita melaksanakan solat (salah satu ciri yg digariskan Al-Quran, asif ana tak ingat surahnya) dan akan menyeru kita ke arah kebaikan insyaAllah..

bila mana pemimpin Islam terpilih, maka jatuh pula hukum ke atas kita sebagai yg dipimpin utk mentaati pemimpin itu selama mana dia tidak melangkaui batasan agamaNya..
"taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, dan ulil amri (pemimpin) drpd kalangan kamu" _mafhum ayat Al-Quran

apa pun, syukran kathir kepada barisan JPP IPGKDRI bagi sesi 2010/2011 atas program2 anjuran kalian juga bantuan2 yg disumbangkan..
namun!!
"la haula wala quwata illa billah"
'tiada kekuatan tanpa keizinan Allah"

.: salam pembuangan undi :.
doa jangan lupa!!!
Allah yg utama, tapi politik juga merupakan salah satu drpd cabangan Islam dalam merealisasikan dan mencapai baldatun taiyibah warabbun ghafur.. 
insyaAllah

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Friday, January 21, 2011

~ rindu ~

assalamu'alaikum wbt
بسم الله الّرحمن الرّحيم

alhamdulillah 'ala kulli hal wa astaghfirullah
(taklifan 5000 istighfar; mudah2an tertunai suda)..
rindunye nak update blog!
rindunye anak2 buah!!! ~~~home sweet home~~~
(hati 'acik' mane yg tak happy bila dapat tahu anak2 buahnye asyik sebut name 'acik'!!
(syukran kathir buat kakak dan abgku juga ipar2ku sbb sudi bg anah jaga anak2 kalian w/pun asyik kena buli!!! waaa serius rindu)
rindunye adikku yg sorang!
(sorry dik, kredit tak banyak maa dek elaun yg tinggal ciput2 je nak kol hg)
~ rindu semua ~

terasa lama tak jenguk apatah lagi update blog ni, namun taklifan2 yg diterima bukan sama sekali penyebabnya.. moga2 ana wa antum tergolong dalam kalangan mereka yg bersabar walau dalam susah mahupun senang, moga2 taklifan yg diterima dilaksanakan dan terlaksana dgn baik, insyaAllah..

untuk entry kali ni insyaAllah anah nak sharekan beberapa kata2 akhir beliau yg akan ana dan teman2 rindui..
dah ada 2 penulisan yg anah follow menceritakan tentang beliau..
dalam dirinya ada ketokohan yg tinggi walau dia seorang yg sangat merendah diri!
~ nama diberi YM Tuan Hj Sayed Hassan bin Tuan Temerang ~
~ lecturer JAPIM IPGKDRI ~
merangkap lecturer, murabbi, muaddib, mu'allim juga mudarris ana bersama teman2 seperjuangan waktu semester 2 ppismp
~ tak banyak yg anah tahu tentang Ustaz Sayed tapi pada raut wajahnya ada sesuatu yg sangat istimewa! ~
ustaz lahir pada 24 januari 1953 bererti usianya sudah 58 tapi semangatnya subhanallah..
baca sahaja entry ustaz ismail atau ustaz storm selaku mantan KJ JAPIM ttg ustaz sayed, teringin aku jadi sepertinya
.: dalam rendah suaranya ada nasihat tersembunyi,
dalam diam dirinya ada sesuatu yg boleh dipelajari,
dalam gurau sendanya juga ada kata2 yg cuba dikongsi!
itulah ustaz sayed hassan yg dikasihi :.

teringat waktu dalam kelas;
walau mata terasa mahu dipejam2 dan terpejam2, kugagahi juga utk mencelikkan diri
macam tu juga teman2 lain; tak sampai hati nak tidur waktu ustaz
walaupun adakala apa yg disampaikan memang jauh dari apa yg perlu disampaikan,
tapi yg pasti semuanya ada pengajaran!
(ustaz ajar kami subjek hafazan 2, sangatlah beliau seorang yg 'sporting'; faham2 je kami ni dengan kerenah2 nakal masing2.. =) syukran kathir ustaz atas kepercayaan yg diberi)

hari rabu lepas merupakan detik2 terakhir secara rasminya beliau sebagai lecturer di institutku..
ustaz diraikan bersama seorang lagi lecturer ipgkdri; En Rasyid b Ibrahim..
beliau pasti kurindui..
dalam ucapan pengarah pun banyak memuji ustaz selaku seorang yg pernah berada bersama ustaz sayed di UKM dulu sebelum masing2 meneruskan pembelajaran sendiri..
dulu, kini dan selamanya.. beliaulah ustaz sayed!

sempat ana catatkan beberapa point yg dikongsikan ustaz dalam ucapannya kpd kami
* الدّين النّصيحة.. *
maka tetapkanlah dirimu bersama agamaNya dan supaya kita saling menasihati..
* petikan dari surah Az-Zumar ayat 53 *
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
* diingatkan juga mengenai hadis ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara *
1) masa sihat sebelum datangnya sakit
2) masa lapang sebelum datangnya sempit
3) masa muda sebelum datangnya tua
4) masa kaya sebelum datangnya miskin
5) masa hidup sebelum datangnya mati

banyak kisah hidupnya yg ingin dikongsi tapi tak banyak yg sempat dikongsikan..
punyai pengalaman selama 7 tahun di UK, pengalaman dirinya sebagai seorang 'abid juga khalifah... sedikit yg dicerita tapi banyak yg diinsafi..
susah senang hidupnya hanya Allah yg tahu dan yg pasti, Allah akan ganjari dirinya di atas setiap apa yg beliau lalui insyaAllah..

* ustaz sangat merendah diri *
siapa tahu di sebalik dirinya yg selalu tersenyum seperti kata ustaz ismail,
di sebalik cara hidupnya yg serba serbi merendah diri,
dia ada ijazah sarjana (Ma) dalam falsafah!
jadi memang bukan suatu yg menghairankan jika dalam setiap sesi pengucapannya sama ada rasmi di kelas atau di BIAM hatta dalam ucapan akhirnya tu pun banyak yg dikongsikan..
tapi jika melihat sifat dan sikapnya..
subhanallah hanya yg kenal beliau walau bukan secara khususi tahu dirinya..
sangatlah merendah diri!
marah pun tak pernah, sangat penyabar!!
semua memperakui hakikat itu..

dalam buku program majlis jasamu dikenang, dalam ruangan ustaz dikongsikan juga kata hikmah "al-'ilmu amamul amal"
yg bermaksud ilmu ketua kepada amalan
dan
"UTAMAKAN ILMU, IA PIMPINAN HIDUP"
buat tatapan dan peringatan bersama buat anak2 didiknya juga teman2 seperjuangan..

banyak yg ustaz nak share atas pentas tu tentang perjalanan hidupnya tapi air mata melimpah dulu..
sebak, sungguh sebak!
ustaz kenal erti susah, ustaz sangat menghargai senang!
bisik ana kpd sahabat tersayang kat sebelah..
(pantang betul ana dengar kata2 ustaz, kalah juga dgn ego tahan air mata dlm dewan tu)
bicara akhir ustaz  yg saan hari anah ulang dan ulang;
"selagi berada di jalan Allah, Allah akan tolong!!"
"la taqnatu min rahmatillah.."_az-zumar: 53
yakinlah!!!

cukup dahulu utk entry kali ini,
harapan anah, pembaca dapat sedekahkan al-fatihah buat ustaz sayed dan doakan moga beliau bahagia sentiasa dunia akhirat..
~ jasamu ku kenang ~
~~ syukran kathir ustaz ~~
jazakumullahu khaira jazak semua!
tak lupa, sedekahkan juga al-fatihah buat diri sendiri dan sama2 ingatkan diri ttg mati..
'Islam tidak memandang enteng kejayaan di dunia tetapi kejayaan2 ituhanya bererti andai ia menjadi penyambung utk kita mencapai kejayaan di akhirat!'

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Thursday, January 13, 2011

usaha!

~ muslimah yang mukminah pembentuk baldatun taiyibah ~

~ dah sampai seru ~

                                       السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته                                   
 بسم الله الرّحمن الرّحيم

Saat bait2 kata dilafaz,
Hatiku tidak tenang..
Saat lafaz diatur,
Kepalaku ligat berfikir..
Apakah aku sempat menyahut lafaz2 itu??
Atau hanya sekadar mendengar??
Lalu membiarkan lafaz2 itu berlalu begitu sahaja???
Allahu rabbi,
Berikan aku kekuatan itu..
Petikan dari surah at-Taubah yang satu2nya surah tanpa basmallah, surah ke-9, ayat 18 ada menyatakan..
Ba’da a’uzubillah,
mafhum ayat;
18. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.

Lalu apa kaitannya dengan dah sampai seru??
Teringat tazkirah lecturer yg anah dan teman2 kagumi (pn maimunah bt ropar)
Semasa sesi kuliyahnya bersama kami tentang Perkembangan Kanak2
dengan merujuk surah as-Sajadah ayat 7 hingga 9, antara intisari maksud ayat;
 _Allah memulai penciptaan manusia dgn tanah (Nabi Adam a.s), sebelum dijadikan keturunannya (anak cucu Nabi Adam termasuk kita) dari saripati air yg hina iaitu air mani, kemudian Dia (Allah) menyempurnakan kita dan meniupkan roh ke dalam tubuh kita sebelum dijadikan pendengaran (kenapa bukan telinga?? Hikmah ciptaan Allah; telinga bukan syarat untuk mendengar), juga Allah jadikan ke atas kita penglihatan dan tidak ketinggalan    hati..                                                                                    
tapi!!
                                            Sedikit sekali dari kalangan kita yg bersyukur..                                                     
Dan dikaitkan dgn petikan ayat dari surah an-Nisa 4: 28  
                                                                  yg bermaksud                                                                                 “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu kerana manusia diciptakan bersifat LEMAH”
صدق الله العظيم
Lalu kepada siapa kekuatan itu harus dan mesti dipohon???

Temanku,
Sudah sampai serunya...!!
                  Indahnya yg dirasa
                  saat lafaz dikeudarakan, 
               syahdunya dalam diri
                  saat mendengar indahnya lafaz yg diatur.. 
          “hayya ‘ala solah (marilah berSOLAT),
          hayya ‘alal falah (marilah menuju KEJAYAAN)”
     Cukup indah!!!
           Tapi!! 
                     “… hanya sedikit yg bersyukur”..
        Allahu akbar!

Sudah sampai serunya!!
Ayuh, siapkan diri!!!Menuju kejayaan tapi dengan syarat solat jangan dilupa.,  
kerana 'umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam..'
Namun saat lafaz dilaungkan,
hati adakala tidak tenang malah ada tikanya kepala ligat berfikir..
sempatkah aku menyahut seruan itu???
atau aku dijmput dulu???? 
 Temanku, 
 ada satu ketika seorang sahabat bainda Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada anak2 muridnya;
   perkara apakah yg paling ringan??
Lalu yg dijawab mestilah kapas, atau mungkin juga sang angin, dan lain2 jawapan..
lalu direspons oleh sahabat yg bertanya ya betul kesemuanya namun yg lebih tepat perkara paling ringan ialah meninggalkan solat!! 
Lalu kesemuanya tertunduk mengiyakan jawapan yg diberikan..

Ana wa antum kullukum!!
Dah sampai serunya!!!
Ayuh, persiapkan diri usah berlengah lagi!!
Yang punya kesempatan utk ke masjid atau rumah2 Allah atau sama2 mendirikan jemaah, tafaddhal ‘alaikum kerana itu adalah lebih baik.. 
 (kata ustazku; tiada salahnya mewajibkan suatu amalan yg sunat bagi tujuan mentarbiyah)!
Lalu apakah salahnya pada diri kita utk sama2 mewajbkan diri..
bukan utk orang lain, tapi kembali kepada kita juga, insyaAllah..
 berjemaah dengan ganjaran 25 atau 27 ganjaran pahala atau satu??
           Pesan pn maimunah; 
 masing2 dah mendengar, masing2 dah tahu.. jadi terpulang utk ambil dan sahut seruan2 itu atau hanya membiarkan tidak bersambut
sama sekali Allah tidak memerlukan kita sebagai makhlukNya dlm setiap qurat dan iradatNya,
tapi kita yg memerlukan Dia!!
Antara isi penyampaian kuliyah maghrib oleh us hazwan hamidan di BIAM 7 januari 2011 lalu,
antara sifat wajib bagi Allah;
istighna’: Allah sentiasa Yang Maha Kaya, Maha Berkuasa dan tidak memerlukan benda2,
juga Dia bersifat iftiqar yakni semua perkara perlukan Allah..
(ayah pin, Allah ke??? Sedangkan dia memerlukan pengikut2 utk ‘ikut telunjuk’nya dan tidak semua perkara memerlukan dia bahkan amalan2 pengikutnya juga tidak menghedakinya dalam tiap perkara yg mereka lakukan)
moga Allah ampuni mereka dan merahmati kita kesemuanya, amiin

Sudah sampai serunya!!
Jom ke BIAM!!!
Atau mana2 rumah Allah
“Allahummaf tahli abwaba rahmatik”
walaupun ia hanya dari sebahagian dari adab memasuki masjid atau surau, namun harus diingat!
Diterimanya kita masuk ke syurgaNya yg tiap dari kita mengidamkannya adalah dgn rahmat Allah, bukan dgn amalan kita!!
Siapalah kita di sisi Allah andai diukur dan di’deal’kan amalan kita..
seperti mana kisah seorang ‘abid yg mengasingkan dirinya semata2 utk beribadah kepada Allah
tapi Allah katakan padanya yg dia dibenarkan masuk syurga dengan rahmat Allah.. 
 kata ‘abid tadi, dia ingin masuk ke syurga dgn tiket amalan2nya sepanjang dia beribadah,   lalu apabila dimizankan amalan2nya,
yg ternyata adalah kenikmatan2 yg Allah berikan kepada dia adalah melebihi ibadah2nya..
sedangkan dia seorang ‘abid,
inikan kita yg tidak pernah istiqamah!
“Ya Allah Ya Tuhanku,
bukakanlah kepadaku pintu2 kerahmatanMu”
‘ayuhlah para mujahid,
ayuhlah para mujahidah..
kita tinggalkan zaman fitnah,
kita tegakkan kalimah Allah,
agar terbangun dunia baru Islam

Ayuh!!
Kembalikan zaman khilafah dan kegemilangan Islam!!! 
 Islam tetap akan menang walau bukan dgn tenaga kita tapi betapa ruginya diri kita andai tidak dapat menyumbangkan sedikit pun utk Islam..
betapa ruginya kita tidak cuba mengejar rahmat Allah!
Ayuh ana wa antum!
~sudah sampai serunya~
Apa2 yg tersalah, mohon ada dari kalangan pembaca yg membetulkannya.. sekian dahulu utk entry kali ini, moga ada manfaatnya bersama diperoleh dan ada nilai dari sisiNya, amiin.. mohon juga jasa baik teman2 sama2 doakan kesejahteraan ibu bapa kita juga guru2 kita dan umat Islam keseluruhannya..

~ "likulli ummatin ajal, faiza ja a ajaluhum la yasta'khiruna sa'atan wala yastaqdimun".. terpulanglah kalau terus2 nak menipu!! moga2 Allah ampuni kita dan bukakan pintu rahmatNya.. amiin
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Saturday, January 8, 2011

~ surat 'cinta' darinya ~

PLEZ...READ THIS..!! (SURAT DARI SETAN) Mesej: Ayat kat bawah sekali tu yg buat x
sanggup nak simpan tanpa forward tu.

(Surat Dari Iblis)

(Surat ini akan membuat anda benar-
benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku
gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan
kecil dibawahnya)

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau
memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan
subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak
mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat
mengerjakan shalat Isha sebelum
berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku
menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa
senangnya aku melihatmu tidak
merubah
cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-
tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2
mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku
benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas
dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga,
dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia
masih memiliki rencana-rencana
untukmu
dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu
padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu
seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali
dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu,
karena aku sudah menunjukkan
kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam
hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama,
memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip,
manghakimi orang, menghujam orang
dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku
buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan
ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar
bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat
untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku
untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH'
kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku
menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu
menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan
sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah
mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok,
mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois
mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak
dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak
sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi
untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari
sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa
umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku,
tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak
aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap
membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng
tolol yang lebih baik dimata ALLAH.

Catatan : Jika kau benar2
menyayangiku , kau tak akan memberi
surat ini dengan sesiapapun

Friday, January 7, 2011

~ azam baru v/s hati ~


بسم الله الرّمن الرّحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

bismillah wa syukru lillah, as-solatu was salamu 'ala rasulillah saiyidina muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi ajma'iin..

syukur, masih diberikan peluang utk terus memegang laptop juga menaip dalam ruangan yg selama ni anah rindui..
~ moga Allah berikan daku kekuatan itu ~
status ym sejak akhir2 ni yg adakalanya menimbulkan pelbagai persoalan dari teman2, dan x lepas soalan dari sahabatku syuhaidah sulaiman.. (thanks syu alert dgn status kite, terharu weh)

ok lah, back to topic yg mungkin akan bercampur2 atau berkait dgn permasalahan hati yg tidak sudah2.. maaf kepada pembaca yg kurang gemar dgn sesi luahan hati..
moga Dia sang pencipta hati masih sentiasa sudi memegang hati2 kita..
 dalam surah al-fatihah 1; 6 dan 7
juga dalam banyak kalam2Nya, 'hidayah' menjadi antara doa terbanyak yg kita pohon kulli yaumin bak kata lecturer HEP IPGku dalam taklimatnya baru2 ni utk kami student semester 1 degree, lebih kurang 35 kali dlm sehari kita melafazkan kata huda @ hidayah @ petunjuk yg kita minta padaNya (indahnya Islam, yg bersolat sentiasa berdoa) yg di antaranya dlm duduk antara dua sujud kita, doa qunut kita, dan lain2..

tapi sebelum tu, masih terlambat rasanya utk anah ucapkan salam ma’al hijran buat semua umat Islam, teringat kata2 seorang ustaz “Islam bergerak bersama2 pembaharuan”, bukan baru maksudnya yg halal boleh dianggap haram atau mengharamkan yg halal tp pembaharuan yg dimaksudkan ialah dari segi gerak kerja utk sama2 membangunkan dan hidup dalam Islam (KPR lalu ada menyebut berkaitan pembaharuan yg insyaAllah akan digerakkan, moga Allah permudahkan niat dan meredhai konvensyen tersebut, amiin)

azam?? (berhubung dgn hijrah)
dalam syarah ustaz abdullah zaki b nordin yg famous dgn kuliyah kitabnya (Bughyah Tulab) di BIAM, yg intronya sahaja pun da terlalu banyak ilmu yg boleh dikutip dan diambil pelajaran; azam terbahagi kepada dua iaitu azam 'am dan azam khas.. 
~ azam 'am boleh la ditakrifkan sebagai azam yg umum (jama' perkataan 'am juga) atau azam yg luas skopnya..
termasuk di dalam azam khas ialah niat utk melakukan lebih banyak kebaikan atau nak tingkatkan ibadah tanpa menyatakan dan menspesifikkan jenis2 ibadah dan lain2 misalan.
~ azam khas pula lebih kepada sesuatu niat yg lebih berfokus, misalan yang diberikan yg menarik minat kami para pendengarnya ialah niat utk melaksanakan solat yg agak lewat. persoalan yg timbul, boleh ke nak niat solat lewat???
memang terdapat dlm hadis dan ayat Quran sendiri menyebut "inna solata kanat 'ala mukminan kitaban mauquta" yang bermaksud sesungguhnya solat itu ke atas orang2 mukmin adalah suatu ketetapan @ kewajipan yg mengikut WAKTUnya, dan "sebaik2 amalan adalah solat yg di awal waktunya" namun dalam sesetengah keadaan, niat utk melewatkannya adalah diharuskan.
dalam situasi yg macam mana??
yg diberi contoh, misalnya dalam satu masa tu kami diberikan tugasan kerja kursus dan diminta utk menghantar pada jam 3 petang, jadi keperluan utk berniat solat lewat itu perlu utk mengelakkan sebarang kemudharatan.
niatkan pada awalnya bila dah masuk waktu zuhur tu utk mengerjakan solat pada jam 3.30 petang selepas menghantar tugasan tu. (keadaan yg sama pada mereka yg sedang menghdiri mesyuarat anah kira). 
kat sini dapat dilihat betapa hukum Islam itu thabbat tapi murunah atau tetap tapi anjal..
hukum bersolat tetap kena tapi perlaksanaannya mengikut ketetapan. dalam situasi ni, yg perlu diingat dan diAWASi ialah kena la juga fikir takut2 kita meninggal tanpa sempat melakukan kewajipan solat tersebut. hukum menggantikan solat oleh pewaris si mati adalah tetap wajib namun dari segi berdosa atau tidak, niat itu yang membezakan.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang sentiasa merahmati hambaNya yg beriman, diampunkan dosa bagi mereka yg berniat khas begitu..
azam dan perkaitannya dengan hati???
“faiza ‘azamta fatawakkal ‘ala Allah”.. surah
                2825266412_79072e446b[1].jpg
"innama al-a'malu binniyati.. amalan dimulakan dengan niat.. whatever you do begins with your intention.."
~ nasyid hadis hijrah yg munsyidnya mu'adz antara yg anah suka dengar (hafaz melalui nasyid, menarik!! _antara sebab dibenarkan bermuzik atau nyanyian bila niatnya baik dan memudahkan pendengar utk faham atau hafaz)
~ sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, namun perlu diingat kerana bukan semua niat yg baik menghalalkan sesuatu cara bila mana caranya tidak kena pada agama misalnya, antara isu yg tak sudah2 dibahaskan yang berkait dgn remaja ialah masalah 'cinta'..
bila dikaji balik, sama2 muhasabah adakah jalan cinta itu menghalalkan niat utk mendirikan sesebuah rumah tangga yg sinonim dgn nama 'mendirikan masjid'.. untuk bercakap soal ni, rasenye dah terlalu banyak isu berkaitan yg dibahaskan sama ada oleh bloggers remaja sendiri mahu pun ustaz ustazah jadi anah di sini hanya sekadar utk mengingatkan diri dan teman2 (أصلاح نفسك والدعوا غيرك).. ~ kerana isu ni anah ‘ditinggalkan’ ~ tapi tak mengapa, kerana Allah ada perancangan terbaik buat setiap dari kita… MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!! “…faman kanat hijratuhu limraatin yankihuha..”!!!
            Cukup dulu rasanya anah menulis utk entry kali ni..  moga2 hati ini terus diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dan mendepani permasalahan2 yg timbul.. mohon jasa baik pembaca, sama2 doakan kesejahteraan bersama, dunia akhirat. Juga buat teman2 yg mengenali diri ini, asif kathir dari anah, syukran jiddan ‘ala kulli hal..
~ kat tempat anah da 2 hari berturut2 hujan non-stop, Cuma berhenti kejap2 je.. doakan moga tempat2 yg ada potensi banjir tak banjir..(kedudukan IPG yg dekat dgn laut buatkan kami sedikit lega kerana insyaAllah sangat jarang kawasan laut dilanda bah) cuma bila mendengar keadaan sahabat2 yg dilanda banjir, rasa kasihan timbul.. apa pun, moga2 Allah permudahkan sentiasa urusan dan niat kita yg baik.. amiin
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Thursday, January 6, 2011

~ Rabbi yassirlana wala tu'assirlana watmum bil khair ~

~ ku biar kalam berbicara ~
~ ku biar gambar menduga ~
...kerana hanya Dia Pemilik diri mengetahui rahsia hati...
"rabbi yassirli wala tu'assirli watmum bil khair"
~ amiin ~

~ MUSLIMAH YANG DIKASIHI ~

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........

~ masih mengumpul kekuatan utk terus blogging (banyak yg nak dikongsikan tapi...) Allahu rabbi, kuatkan hatiku.. doakan deh 
~ moga2 Allah meredhai dan mengampunkan salah silap kita, amiin

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!

. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers