Monday, October 25, 2010

~ engkaulah apa kau fikirkan ~

.: muhasabah sama2 deh :.
syukran kepada pengirim emel ni,
ukhuwah fillah insyaAllah abadan abada

Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid untuk disedekahkan;
tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan!
Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem.
betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat
tanpa harus berfikir panjang-panjang.
Betapa asyiknya apabila pertandingan bola dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa.
Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris.
Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa.
Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada
saat terakhir untuk event yang menyenangkan.
Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain.
Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.
Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema.
Betapa setiap orang ingin masuk syurga seandainya tidak perlu untuk percaya atau berfikir,atau mengatakan apa-apa,atau berbuat apa-apa
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, October 18, 2010

~ exam coming!!! ~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
alhamdulillah 'ala kulli hal..
syukur masih punya kesempatan utk terus bernafas dlm manhaj Islam dan iman, insyaAllah..
tak boh panjang cerita, post kali ni insyaAllah anah dedicatekan buat semua teman2 yg akan ambil exam hitam putih (tapi jgn lupa hakikat hidup sentiasa diuji)

* exam oh exam *
Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi
2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti 
3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca
4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

~ sekian utk kali ni.. "doa terbaik>> doa utk kesejahteraan semua"
~ buat semua, hidup perlukan DUIT (adoi, dah ada yg tegur jgn singkatkan)>> Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal =)
~ jangan lupa, kejayaan semua datang dari Allah tp ketentuan itu berupa takdir yg boleh berubah.. usaha kita sebagai makhluk dijadikan asbab utk berjaya.. insyaAllah..
"wa ilallahi turja'ul umur".. sadaqallahul 'azim..

p/s: doakan anah dan teman2 ipg yg akan mula menduduki exam pada 1 November 2010 ni, insyaAllah..
~ ini bermakna, (anah, susun jadualmu!!!)
~ moga2 sem ni pointer meningkat, sem lepas turun =(

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Sunday, October 17, 2010

~ wanita ~

. : kerana diriku wanita : .
. . : : walaupun ku insan biasa yg penuh kelemahan dan kisah silam : : . .
~ bimbing daku ~
"ar-rijal qauwamuna 'ala nisa"

Wanita (Piano Version)
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com/

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir ~

~ butterflies and flowers ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

bismillahi 'ala kulli hal wa astaghfirullah..
alhamdulillah 'ala kulli hal

hmm dalam minggu ni je ada banyak benda yg buat anah berfikir (puas juga menangis sendirian), ada yg senang diterima dan tak kurang ada yg tersa perit untuk anah menerima..
tapi, tetaplah dikau yakin duhai hatiku, "انّ مع العسر يسرا"

tak boh cakap lame2, ada tugasan menanti (selagi namanya manusia dan selagi hidup, tanggungjawab mengatasi masa tapi ramai yg terleka termasuk la anah =( )

jom, sama2 tengok, faham, dan ambil pengajaran daripada kata2 yg terkandung dlm video..
tapi...
(dah dua hari nak post video cuma tak terupload yg ni, sebabnya anah pun tak pasti)
* sedihnya rasa tak boleh nak share video ni, cantik + syahdu je baca *
jadinya, anah upload kata2nye saja deh
(mudah2an dapat manfaat bersama, insyaAllah)

* asal tajuk yg kawan sharekan rama2 dan bunga *
tapi baru kuteringat, diriku ada kemungkinan jadi cikgu ganti english juga ^_^
(temanku bertanya; kenapa bukan bunga dan kumbang??)
~ maaf ye, saje ubah angin kejap ~
sebab kat beloved IPGKDRI ni anah dan zumala' ambil PA/ BI/ BA (Pengajian Agama/ Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris)

jadi, anah tukar tajuk entry
.: butterflies and flowers:.
"seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama2,
namun Allah berikan kaktus dan ulat..
lelaki ini sedih, dia tidak faham mengapa pemberianNya berbeza dari permintaanNya,
kemudian, dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat utk diuruskan
dan dia memutuskan utk tidak mempersoalkannya..
selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yg telah lama dilupakannya..


lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yg hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik,
dan daripada ulat yg terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yg cantik.
~ izinkan diriku menjadi rama2mu ~
temanku,
Allah sentiasa lakukan semua perkara dgn betul,
cara Allah sentiasanya terbaik, walaupun kelihatan semuanya salah..
~ jika anda memohon sesuatu tapi menerima yg lain dari Allah, PERCAYALAH
pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yg dipinta pada masa yg sesuai ~

apa yg anda pinta
tak semestinya apa yg diperlukan!!
Allah tak akan gagal penuhi permintaan, teruskan BERDOA tanpa ragu dan mengeluh
~ DURI hari ni adalah BUNGA hari esok!! ~
"Allah kurniakan pilihan terbaik kpd mereka yg menyerahkan ketentuan hanya kepadaNya"
~ indahnya andai kita jadi mawar berduri akhawatku ~
* specially dedicated for everyone who know me *
teringat kata2 sorang teman,
~ moga kita tenang2 sahaja hadapi ujian ~
* syukran 'alaik *
"bersama-sama kesusahan ada kesenangan", insyaAllah_surah insyirah_
always remember; UJIAN adalah TARBIYAH!!
* kuatkan hatimu anah, tunjuki diriku pada jalan yang benar Ya Rabb *

~ doakan ketetapan iman dan Islam bersama, dan moga2 Allah tetapkan kita dalam ketaatan dan agamaNya, amiin..
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Wednesday, October 13, 2010

~ Kehidupan memberi 10 Pengajaran penting ~

assalamu'alaikum warahmatullah..

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
tak tergambar rasa syukur
(nikmat Islam dan IMAN, nikmat dugaan, nikmat sihat, nikmat diberikan kelapangan waktu>> 2 nikmat yg selalu dilupakan, nikmat berteman, dan macam2 nikmat yg bak kata k.hanim 'kalau nak kira sampai mati pun tak terkira semua kenikmatan yg diberi' dan tak lupa>>> nikmatnya  assignments dah submit semua ^_^)

~ dah2, back to topik ~
sama2 kita baca, fahami dan ambil 'ibrah buat diri bersama..
* jazakallahu khaira jazak kepada yg sudi berkongsi *
kenikmatan juga tu bilamana ada yang sudi menegur, memberi pendapat dll
terima kasih pada yg sudi selalu ziarah ruanganku yg serba kurang..

Kehidupan memberi 10 Pengajaran penting

semasa kanak-kanak adalah ibarat taman hijau yang tumbuh darinya ratusan benih kecintaan, kemurnian jiwa dan belaian kasih sayang.

Seindah-indah jiwa adalah jiwa yang berurusan sesama insan dengan penuh kesucian dan keikhlasan.

Persahabatan sebenar adalah menyempurnakan kelakuan zahir, menyentuh dan bersalaman serta bercakap dengan hati.

Sesungguhnya airmata tidak boleh melupakan atau menghapuskan kepedihan.

Bunga mesti tumbuh dan mengembang serta senyuman mesti kekal diwajah.

Kepedihan adalah disaat perpisahan yang banyak tersirat peristiwa dan kenangan tetapi perpisahan di dunia hanya sementara.

Senyuman dan pandangan positif adalah ( pasport) memberi kebahgiaan kepada orang lain.

Kebahgiaan hati hakiki hanyalah berhasil dengan ketaatan dan keredhaan daripada  Allah SWT.

Perpisahan dalam kehidupan adalah lumrah kehidupan samada dengan orang yang dikasihinya atau dengan orang yang kita benci, tetapi kenangan yang paling indah adalah kenangan manis, kata-kata yang membentuk kebenaran dan perjalanan hidup yang dipenuhi dengan keindahan.

Kematian tidak mengenali kecil  atau dewasa, kaya atau fakir, maka bersedialah dengan sebaik-baik persediaan. Sesungguhnya umur itu pendek, pertambahan umur pun hanya sedikit sahaja sedangkan perjalanan yang akan kita lalui terlalu panjang.

Monday, October 11, 2010

~ maafkan teman ~

assalamu'alaikum warahmatullah..

saat diri duk terfikir.. dengar nasyid syahdu rasanya..
~ maafkan teman ~


Maafkan Teman
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang
Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda
kurindu sahabatku..

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina
Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

~ oh assignments!!
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Friday, October 8, 2010

~ Allahu rabbi, 'tika dinihari' ~


"Tuhan, usah bebankan kami dengan bebanan yang berat,
seperti yang pernah Kau berikan kepada umat terdahulu dari kami..
Tuhan, jangan pikulkan kami yang kami yang kami tidak terdaya,
maafkan salah kesilapan, ampunkanlah dosa2, rahmatilah kami..."
_tiKa diNihAri_

Allahu rabbi, kuatkan diriku..
saat hati diuji oleh seorang yang kukira boleh kuatkan diri..
temanku;
"nahnu qaumun a'azzalallahu bil Islam"..
moga2 Allah meredhai kita sebagai hambaNya,
juga baginda nabi sudi berikan syafaatnya kepada kita,
dan Islam berbangga kita sebagai penganutnya"..

huu, adakala hati berkata salahkah aku hinggakan diuji begini???
salahkah baik sangkaku??
salahkah perkenalan ini????
salahkah aku untuk itu dan ini??
Allahu rabbi..
kata mereka; 'tetapkanlah bersabar dlm mengerjakan kebaikan'..
tapi kataku; 'tahap kesabaranku terbatas'..
jujur, bukan salah orang lain
melainkan salah diri sendiri, semuanya..
duhai hati,
yakinlah; "la yukallifullahu nafsan ILLA WUS'AHA"..
yakinlah akan ada pelangi yang sedang berselindung yang akan muncul saat kau tunggu matahari namun Dia berikan hujan dan petir..
yakinlah; tidak Allah ciptakan manusia itu sia2..
supaya manusia itu saling berkenal2an..
(tapi bukan untuk saling menyakitkan dan menguji)..

teman,
maafkan anah..
terlalu banyak salah dan silap yang dah kulakukan..
sama ada kalian sedar atau tidak..
tapi jarang sekali anah memahami kalian,
dan menzahirkan kata maaf itu..
moga Allah mengampuni kita..
kerana "tiada siapa yang lebih mengenali kita melainkan Allah dan diri kita"..
moga2 Allah sudi menunjukkan kita,
ke jalan yang lurus iaitu jalan yang Dia telah berikan kenikmatan kepada mereka..
namun ingatlah temanku,
'hari ni kita menguji, hari akan datang pastikan datang untuk kita diuji'..
kalau bukan kita yang kena pun, 
ingatlah; generasi kita masih ada..
moga2 Allah sudi mengampuni kita,
dan Dia tak biarkan kita dengan keadaan 'zon selesa' kita sedangkan kita yang bersalah..
"lirrijali nasibun min ma kasabu, wa lin nisai' nasibun min mak tasabn"..

lapangkanlah hatimu dlm musibah..
dan bersabarlah di jalan Allah...
jgn hanya memeluk..dunia fana..
yg bersalut dengan dosa..
_azab Illahi (irsyadee)_
hatiku jua temanku,
yakinlah; Allah Maha Mendengar, Dia Maha Penerima taubat, juga Dia jugalah Maha Sempurna..
saat diri rasa bersalah.. menangislah sepuasnya!!
kata seorang ikhwan kat Balai Islam, 'ambillah masa kita walau sedikit untuk bermuhasabah, tak kira tiap hari atau sekali dalam seminggu.. mudah2an sedikit yang bermanfaat itu adalah lebih bermakna daripada banyak yang sia2'..
juga hati dan temanku,
lakukan lah apa2 pun yang dikau rasa betul jika ia bisa membuatmu lebih mendekatkan diri dengan Allah, dan tenang dengan ujianNya..
(tapi pastikan jangan ijtihad kita tu ijtihad yang berlawan dengan syari'atNya)
'ku akui kelemahan diri, ku insafi kekurangan ini_ irsyadee

~ sampai sini saja entry untuk kali ni.. mana2 hati yang terasa, maafkan anah tapi bersyukurlah saat diri terasa kerana ia menunjukkan Allah masih sayangkan kita.. dijadikan ujian sebagai tarbiyah.. moga sama2 kita tabah..
teruskan perjuangan kalian, walau mungkin jalan kita berbeza tapi insyaAllah matlamat kita satu..
moga Allah sentiasa ada untuk ampuni kita, dan untuk kita berikan pengharapan kepadaNya..
amiin..
dan moga Allah permudahkan segala niat baik kita..
moga Allah permudahkan urusan anah dan dia..
'kuserah segala ketentuan, biarlah masa yang berbicara'_ kuserah cinta(in-team)
amiin Ya Rabbal 'alamin..

bersyukurlah selalu..
dan jangan ragu..
nescaya jauh azabmu.
_azab Illahi_
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Thursday, October 7, 2010

~ Allah Maha Penyayang ~

bismillahirrahmanirrahim...
assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

~ Allah Maha Penyayang ~
~ ujian dan tarbiyah diberikan tanda Dia masih sayang ~
~ manusia selalu cepat menghukum, namun Allah jualah sebaik-baik perancang ~
~ moga diri diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ~

yuh sama2 hayati bait2 nasyid PASRAH SEGALANYA (munsyid: DeHearty)

* dalam jauh sebuah perjalanan yang sudah pastinya dipenuhi mehnah dan trebulasi, syukur masih ada teman yang masih sudi mengingatkan *

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai 
Namun ku tahu ada hikmahnya 
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan 
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
~ lagi satu nasyid yang bisa buatku menangis, lemahnya diri tatkala diuji ~ 

RAHMAT UJIAN (mestica)

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

~ sekian untuk kali ini, doakan kesejahteraan bersama ~
~ moga Allah sentiasa bersama kita dan kita sentiasa mengharapkanNya ~
* insyaAllah *

 * esaiments in progress, doakan anah deh *

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Tuesday, October 5, 2010

~ ingatlah Dia sentiasa ada ~

 السلام عليكم ورحمة الله

pertama dan selamanya, syukur ke hadrat Allah di atas semua nikmat kurniaNya
~ tak terhitung oleh kita sebagai makhluk akan nikmat2 yg diberikan Khaliq ~
jangan dilupa lafaz istighfar (sedangkan baginda Nabi Muhammad s.a.w yg sedia maksum sentiasa mengingati Allah dan memohon keampunaNya), apatah lagi kita hamba yang serba tidak tahu, sentiasa dikelilingi dosa..
adakala kita sedar (bersyukurlah andai 'disedarkan' kerana itu bukti Allah masih sayangkan kita) dan tidak kurang adakalanya kita tidak sedari salah kita atau mungkin juga buat2 tak nampak di atas 'penyedar' yang diberikan Allah.. (ربّنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهبلنا من لدنك رحمة)
amiin..
untuk entry kali ni, insyaAllah anah nak share satu kata semangat istilah tepatnya 'peringatan' yg diberikan oleh seorang teman fillah, jakallahu khaira jazak..
"ad-dinu nasihah"
"wazakkir fainna zikra tanfa'ul mukminin" _surah az-dzariyat ayat 55

~ jom baca, hayati, dan ambil iktibar bersama, insyaAllah ~

* SAAT DIRI RASA TERUJI *
menangislah sepuasnya andai ia dapat mendekatkanmu dengan Allah

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -(Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (-Surah Al-Baqarah ayat 216 )

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (-Surah Al-Baqarah ayat 286 )

RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (- Surah Al-Imran ayat 139 )

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (-Surah Al-Imran ayat 200 )

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (-Surah Al-Baqarah ayat 45 )

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. (-Surah At-Taubah ayat 111 )

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (-Surah Yusuf ayat 12 )
~ amiin ~

~ sampai sini sahaja untuk entry kali ni..
~ p/s: saat diri terasa lemah, cuba sama2 hayati tafsiran surah Ar-Rahman dan Al-Maidah (ingatlah Dia sentiasa ada)..

min surah al-maidah ;5:54
"Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui."
~ teman, diriku jauh dari ciri2 hizbullah, jangan diuji hatiku =( ~

~ doakan kesejahteraan diri dan hati bersama

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!

. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers