Wednesday, July 28, 2010

~ renungan seketika ~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Allahumma salli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in..
alhamdulillah 'ala kulli hal..
untuk entry kali ni setelah beberapa hari x update, insyaAllah nak share 1 peringatan ringkas yg anah ambil drpd laman halaqah.net..
peringatan dari seorang warga halaqian jugak..

yuh baca, faham, hayati, muhasabah bersama..

~ cuba kita bandingkan segala wasiat para sahabat pula..


SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERPESAN:

-Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
-Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
-Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
-Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
 
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU 'ANHU BERPESAN:

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
-Hatinya selalu berniat suci
-Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
-Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
-Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
-Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

~ dan fahami "DARI MULUT TURUN KE HATI"

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, July 19, 2010

~ ibu yg menipu??? ~

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

"اللهمّ اغفرلنا ذنوبنا و لوالدينا والرحمهما كما ربّيانا صغيرا"

alhamdulillah, alhamdulillah, walhamdulillah 'ala kulli hal...
syukur, masih diberikan kesempatan ruang dan masa utk jenguk blog kesayangan ni ^_^
huuu back to da doa' kat atas..

"Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami
dan dosa2 ibu bapa kami..
dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil"
untuk entry kali ni insyaAllah anah nak kongsikan satu cerita yg dicopy-paste dari laman iluvislam.com..
~ cerita tentang ibu ~
jom baca... hayati... dan fikirkan bersama

Pada suatu pagi yang hening dan tenang, tika burung sedang berkicau, aku baru saja bersiap untuk pergi ke sekolah. Aku kelihatan begitu segak sekali. Keluar saja aku dari bilik, ibu sudah menghidangkan sarapan di ruang makan. Aku memandang ibu ku sambil tersenyum, dan ibu membalas kembali senyumanku itu. Lalu ibu memanggil ku untuk bersarapan. Ubi rebus yang ibu hidangkan begitu sedap bila dicecah dengan sambal.

Aku memandang ibu lalu bertanya, "Ibu mengapa tidak makan sekali?"

"Ibu sudah makan tadi nak, sewaktu kau sedang bersiap," sambil terukir senyuman di wajah ibu.

Namun, aku tahu ibu sedang menipuku, dia masih belum bersarapan. Kami hanya tinggal dua beranak saja, ayah telah lama meninggalkan kami berdua. Ibulah yang mencari nafkah dan membesarkan aku selama ini.


Pulangnya aku dari sekolah pada tengah hari, aku terus makan. Ibu pula masih di pasar menjual sayur, dan hanya pulang pada jam dua petang. Ibu kelihatan begitu penat sekali apabila dia pulang, dan terus masuk ke bilik. Aku mulai pelik, ibu selalunya tidak begitu, selalunya dia pasti akan berbual dengan ku terlebih dahulu. Bertambah pelik lagi, ibu tidak keluar-keluar lagi dari biliknya dari pukul dua hinggalah ke pukul enam petang. Aku nekad, aku terus masuk ke bilik ibu. Aku melihat ibu sedang terlantar di dalam bilik. Ya Allah, apa yang sedang berlaku ini. Aku memegang dahi ibu, dahinya sungguh panas. Barangkali ibu demam.


"Ibu, kita pergi jumpa doktor ya, ibu demam ni."

Ibu sekadar menggelengkan kepalanya lalu berkata "Tak mengapa nak, esok lusa elok lah demamnya, lagipun bukannya teruk sangat demam ibu ni."

Sekali lagi aku ditipu oleh ibu. Kenapa ibu suka sangat menipu aku. Dahinya sungguh panas tadi. Aku tahu yang ibu tidak mahu membazirkan duit kerana ingin menampung kos aku untuk ke sekolah, sehingga tidak mahu berjumpa doktor.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kini aku telah dewasa dan berkerjaya. Seperti kebanyakan orang, aku terlalu sibuk sehingga tidak sempat menelefon ibu untuk bertanya khabar, apatah lagi menjenguknya di kampung. Suatu hari, aku berkesempatan jua menelefon ibu untuk bertanya khabar.

"Assalamualaikum ibu. Ibu sihat? Dah makan ibu? Duit belanja cukup tak?"


Ibu membalas sambil terbatuk-batuk, "Waalaikumsalam. Ibu batuk sikit saja ni, esok lusa baiklah. Duit yang kau kirimkan bulan lepas pun tak habis diguna lagi, banyak lagi."


Mendengarkan suara ibu yang terbatuk-batuk itu, aku mula rasa tidak sedap hati. Namun apakan daya, aku hanya mampu berdoa pada yang Esa supaya ibu diberi nikmat kesihatan.  Keesokan harinya, aku menerima panggilan dari Mak Piah, jiran dan rakan karib ibu di kampung. Tiba-tiba jantung aku berdebar-debar, aku bertanya kepada Mak Piah,

"Ada apa Mak Piah telefon ni?"

Aku sungguh terkejut mendengar jawapan dari Mak Piah sehingga jatuh terjelupuk ke lantai.

"Ibu telah meninggal dunia..."

Patutlah semalam aku risau tatkala mendengar ibu terbatuk-batuk. Mak Piah memberitahu sudah masuk dua bulan ibu menghidap batuk kering. Ibu sering batuk berdarah tetapi tidak mahu ke hospital, ibu tidak menggunakan duit yang aku kirim untuk berbelanja, sebaliknya duit itu dia gunakan untuk membeli tanah di hujung kampung untukku, ibu hanya makan apa yang ditanamnya di kebun. Pada saat ini aku masih terfikir, mengapa ibu sering menipu aku walau ajal hampir kepadanya?

Kini, setelah ibu pergi untuk selamanya barulah aku tahu mengapa ibu sering menipu aku. Itu pun setelah aku bertanya kepada Mak Piah. Mak Piah memberitahu, naluri seorang ibu ini berlainan, ibu sanggup menahan lapar dan sakit demi untuk anaknya. Aku sungguh sedih, lantas bercucuran air mataku jatuh ke bumi. Aku sungguh terharu dengan pengorbanan ibu selama ini kepadaku. Ya-Allah, kau tempatkanlah ibuku di kalangan hamba-hamba-Mu yang solehah. Amin...

~ Allahu rabbi, kasihi ibu dan bapaku; bonda munirah bt ahmad dan ayahanda adnan bin said..
~ moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangMu..
~ uhibbukuma jiddan ~ 
~ buat teman2 yg masih punya ibu dan ayah, hargai+sayangi+hormati+bantui mereka.. moga anah juga teman2 x menyesal di kemudian hari..

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~ 

Sunday, July 11, 2010

~ selamatkan bumi Palestin #3# Fakta Tembok Keluli Gaza ~

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
alhamdulillah wa syukru lillah, tak terlafaz kata syukur di atas nikmat2 yg terlalu banyak yg tak terhitung dek akal.. syukur, diri ini masih diberikan ruang dan kesempatan utk meneruskan hidup dan menjenguk kembali ke teratak blog ni.. alhamdulillah....

untuk entry pada lewat malam ni insyaAllah anah nak kongsi lagi satu isu bumi Palestina... sumber bacaan boleh dilawati di laman web iluvislam.com...
yuh baca dan cuba selami bersama.. PEDULI PALESTIN..


FAKTA 01: TEMBOK KELULI DIBINA SEJAUH 11 KM, DAN SETINGGI 18-20 METER DARI PERMUKAAN TANAH.


 Tembok keluli yang digunapakai oleh Mesir hampir menyerupai konsepnya dengan Sheet Pile Wall. Sheet Pile Wall ialah salah satu daripada pelbagai Tembok Penahan yang digunakan di Malaysia. Berikut ialah beberapa gambar berkaitan tembok penahan di sekitar lebuhraya di Malaysia. 

 
 
Sheet Pile Wall ialah tembok cerucuk yang seringkali digunapakai dalam industri pembinaan, buat untuk menahan benteng-benteng yang dikorek, bagi mengelakkan tanah runtuh. Ianya mampu menahan tekanan bumi yang tinggi (high earth pressure) terutama sekali di kawasan tanah yang lembut. Kekuatannya terletak pada bahan dan ikatan diantara keluli dengan keluli yang lain. Sheet Pile Wall bukan sahaja terdapat dalam bentuk keluli (turut dikenali sebagai anchor sheet steel pile), tetapi boleh didapati dalam bentuk konkrit yang dibentuk di kilang. Kenapa dipanggil 'Sheet', ianya disebabkan kerana bentuknya seperti helaian kertas. Berikut merupakan sedikit gambar berkaitan sheet pile.
 
 
 
 
Sama bukan sepertimana yang dibina di Mesir, cuma yang bezanya adalah bahan yang digunakan.
 
FAKTA 02: BAHAN KELULI UNTUK TEMBOK DI MESIR MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIKENALI SEBAGAI "SUPER-STRENGTH STEEL". KEKUATAN BAHAN YANG DIGUNAKAN MEMBOLEHKAN KELULI INI TAHAN DARI SEBARANG AKTIVITI PEMOTONGAN, PENEBUKAN DAN LETUPAN BOM.


Kelebihan menggunakan Sheet Pile ini adalah ianya mudah dipasang (tidak mengambil masa yang lama) dan murah. Cukup sekadar menanam cerucuk berkenaan di dalam tanah menggunakan kuasa hidraul atau hentakan. Teknik penanaman cerucuk ini menggunakan konsep 'jingsaw' - mengunci di antara satu sama lain. Kebiasaannya, cerucuk ini dipasang sebagai struktur sementara (tiada nilai estetik) sebelum struktur yang kekal siap sepenuhnya. Namun demikian, ada juga yang menjadikan sheet pile ini sebagai struktur tetap.
 
Kenapa Mesir membina tembok berkenaan? Mesir menyatakan pembinaan tembok keluli itu adalah satu keputusan untuk mempertahankan kedaulatan yang bertujuan menghalang penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan yang digali secara haram dan digunakan untuk menyeludup pelbagai bekalan dan senjata. Ulama Jordan melihat tembok berkenaan akan memburukkan lagi sekatan yang sedang dilaksanakan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan menghalang kemasukan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang dibawa menerusi terowong rahsia berkenaan.
 
Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menyifatkan pembinaan tembok pemisah itu adalah 'haram di sisi syarak'. Tambah beliau lagi, "Benar, Mesir bebas dan haknya untuk membuat keputusan setiap yang berkaitan dengan kedaulatannya tetapi Mesir tidak berhak memberi bantuan yang berupa membunuh jiran malah saudaranya sendiri (penduduk Palestin di Gaza)". Tegas beliau, perkara seumpama ini tidak wajar bagi sebuah Negara Arab yang berhukum dengan undang-undang kebangsaan Arab, sekalipun ia Negara Islam, biarlah di atas semangat persaudaraan Islam dan atas nama kemanusiaan lagi wajib sebagai saudara sesama manusia.
 



Tembok pemisah
 



Dinding kezaliman
 
Ya Allah, bantulah para saudara kami di bumi Gaza.
 
Bebaskanlah bumi Palestin daripada cengkaman musuh Zionis !
Allahu rabbi, perkenankan doa2 kami...
khaibar ya Yahud!!
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, July 5, 2010

~ selamatkan bumi Palestin #2# AL-QUDS ~

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
huu utk entry mlm ni sebelum melelapkan mata insyaAllah anah nak share satu klip video u-tube berkaitan isu yg anah nak bawakan utk beberapa entry yg telah dan akan datang..
Allahu rabbi, moga terus diberikan kekuatan buat diri dan teman2 dlm memperjuangkan 
dan terus diberikan kesempatan utk mengambil berat terhadap saudara kita di bumi Islam Palestin dan yg lainnya, insyaAllah...

jom, hayati video ni;


Allahu akbar!!!
"...permasalahan AL-QUDS bukan sekadar permasalahan Palestina.."
"...Al-Aqsa memanggil anda!!!.."
panggilan untuk kita selaku ummah bersaudara!!!
berjuanglah wahai pemuda pemudi harapan ummah,
Islam mengharapkan kita..
tak kira walau dgn cara apapun walau sepotong doa;
hancurkan kuffar Ya Allah!!!
"Allahumma Ya Munzilal Kitab, wa Ya Mujrias Sahhab wa Ya Hazimal Ahzab..
ihzimhum (Yahudi wan nasrani) wan surna 'alaihim"

dan hayati juga video ni;
moga masih ada hati2 yg merasakan keperitan mereka di sana, insyaAllah..
Liriknya

Untukmu jiwa-jiwa kami
untukmu darah kami
untukmu jiwa dan darah kami
wahai al aqsa tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
kami penuhi panggilanmu
untukmu al-aqsa yang mulia
kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
kami penuhi panggilanmu
untukmu al-aqsa yang mulia
kami kan terus bersamamu

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulya
Untukmu, Palestina tercinta
kami penuhi panggilanmu
untukmu al-aqsa yang mulia
kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
untukmu darah kami
untukmu jiwa dan darah kami
wahai al aqsa tercinta

Yaa Rabbi.., izinkanlah kami
Berjihad di PalestinaMu
Yaa Allah.., Masukkanlah kami
tercatat sebagai syuhadaMu
Yaa Rabbi.., izinkanlah kami
Berjihad di PalestinaMu
Yaa Allah.., Masukkanlah kami
tercatat sebagai syuhadaMu
tercatat sebagai syuhadaMu
tercatat sebagai syuhadaMuuu
~ janji Allah itu pasti bahawa Islam pasti menang, tapi bila Allahu a'lam...
teman, Islam mendambakan kita.... Allahu rabbi, bimbinglah kami..

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

~ selamatkan bumi Palestin #1# ~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allahumma salli 'ala saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasallam..

Alhamdulillah 'ala kulli hal...
setelah sekian lama tak meng'update' blog secara langsung, syukur dlm waktu menunggu lecturer yg tak kunjung tiba ag, diberi ruang dan kesempatan kpd anah utk meneruskan penulisan ni, mudah2an ada nilai dari sisiNya..
insyaAllah utk entry kali ni dan beberapa entry akan datang anah nak sentuh isu saudara seIslam kita, sahabat sahabiah rakyat Palestin..
كما قال الله تعالى في قرءان الكريم
فاستبقوا الخيرت... min surah al-Maidah ayat 48 yg mafhumnya berlumba-lumbalah kamu dlm membuat kebaikan...
Allahu rabbi, moga keprihatinan kita walau sedikit menjadi saksi di hari yg tiada perlindungan kelak, hari yg mana anggota tubuh tidak bersaksi melainkan menyatakan kebenaran sahaja..
ampunkan kami Ya Rabb, tak termampu lagi nak berjuang di medan jihad mengangkat senjata bersama-sama saudara kami yg memerlukan..

Allahu akbar, terlalu hebat ujian yg sedang melanda umat Islam seluruh dunia terutama di bumi Palestin..
huu utk post kali ni insyaAllah anah nak share cket gambar juga banner yg mengajak kita sebagai umat Islam utk sama2 kita menginsafi diri dan cuba cari jalan utk sama2 kita membantu saudara kita di sana, paling kurang pun dgn doa kerana "ad-dua' silahul mukmin", insyaAllah, dan sesame kita boikot barang2 keluaran Yahudi laknatullah dan sekutu2nya..
boikotlah sekadar termampu..

satu pembelian sebutir peluru




yuh beralih kpd produk2 keluaran Islam dan bumiputera kita kerana "sesungguhnya mencari yg halal itu adalah wajib".. lakukanlah sumbangan kpd jalan2 Allah walaupun dgn pembelian, insyaAllah...
emm sedikit promosi produk keluaran Islam;

sesiapa yg berminat utk dapatkan produk hr bolehlah berurusan dgn anah, insyaAllah

 ~ sekian utk post kali ni, moga ketemu lagi insyaAllah...
daripada surah al-Hujurat ayat 49 yg maksudnya;
 "Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."
~ moga pertolongan yg kecil ni bisa membantu...


~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Sunday, July 4, 2010

~ ARIEL DAN LUNA?? ~

Assalamu'alaikum warahmatullah..

huuu sekadar satu release setelah sekian lama menyepi dari dunia blogger..
serius cakap, memang sangat merindui dunia ni tapi khilaf anah, sejak akhir2 ni terlalu mengikut kehendak hati... isk3..

emmm tutup dulu intro kat atas, insyaAllah akan disambung..
just nak share satu gambar yg diemelkan oleh seorang teman,
Allahu rabbi, redhai kami...
bila baca title emelnya, rasa berat betul nak check tapi bila da tengok...
waaa klakar pun ada.. ^_^
jom tengok gambarnya,
apepun asif 'ala kulli hal...
gambar ni tak melibatkan mana2 individu, maaf andai ada yg terasa hati..

huhu ni la gambar ariel dan luna yang dimaksudkan..
maaf ^_^,,

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!

. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers